Sunday, January 10, 2016

Nasihat Jack Ma yang membuatkan kita terpegun

Nasihat yg terbaik dari orang paling  kaya di China..Jack Ma.

Jack Ma  berkata, "Tolong beritahu anak² kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa suda berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan² lenyap.  Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang. Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.  Bila jualan langsung/penjualan secara talian meningkat, pemasaran secara tradisional menurun. Bila smartphone dhn 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kepada dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah. Bila Wechat dan whatsapp (mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kapada Jack Ma, "Apakah rahsia kejayaan kamu" Dia berkata "Sangat mudah...Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari.  Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan.  Kamu tuai apa yg kamu semai/guna dgn masa kamu. Kalau kamu habiskan masa untuk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.  Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan. Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorang gadis yang cantik/lelaki yang handsome.  Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.  Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah², kamu mungkin menjadi orang yang 'jahat'.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.  Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dgn orang² yang kamu sayangi.