Tuesday, March 24, 2015

Kata-Kata UAI Tentang Kaum Hawa

Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan dibakar di Api Neraka.
 Perempuan jika ada boyfriend Yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahanam.
 Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
 Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi selain suaminya.
 Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.
 Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.
 Perempuan mudah rebah dengan lelaki yang mudah menggubah kata-kata.
 Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.
 Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya.  Dialah bidadari suaminya di dunia dab permaisuri agung di Jannah.
 Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
 Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
 Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan kaum lelaki di dunia.
 Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah dan banyak menangis dalam diam.
 Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
 Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
 Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.
 Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
 Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
 Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

Monday, March 23, 2015

Malunya Sa'labah Kepada Allaah

Nabi Muhammad saw mengamanahkan Sa'labah Bin Abdul Rahman Al-Ansori membuat tugasan di luar daerah.  Dalam perjalanan ke sana Sa'labah ternampak aurat seorang wanita sedang mandi, dia melihat sebanyak tiga kali, barulah dia tersedar. Segera dia beristigfar dan berasa malu kepada ALLAH SWT.  Sa'labah menyembunyikan diri ke kawasan pergunungan menyebabkan Nabi saw tercari-cari.

     40 hari berlalu, Nabi mengarahkan sahabatnya mencari Sa'labah.  Umar dan Salman menemui Sa'labah, Nabi s.a.w bertanya apa yang berlaku.  Dalam keadaan malu, Sa'labah bercerita.  Nabi s.a.w berkata  "Kamu nak tahu aku ajarkan satu doa yang dapat memadam dosa yang lalu? " jawab Sa'labah " sudah pasti, Ya Rasulullah ".  Lalu Nabi saw mengajarkan doa : --

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah
waqina 'adzabannar', seperti dipetik daripada
ayat 201, surah A-Baqarah.

     Sa'labah berkata, Tetapi dosaku besar sungguh".  Nabi s.a.w berkata " Ayat ALLAH SWT lebih besar ".  Sa'labah mengamalkan doa itu, tetapi hatinya masih tidak tenang.  Dia menangis siang dan malam sehinggalah jatuh sakit. Ketika melawatnya, Rasulullah s.a.w meletakkan kepala Sa'labah diribaannya, tetapi Sa'labah mengalihkan kepalanya.  Nabi s.a.w pun bertanya, " Kenapa kamu mengalihkan kepalamu daripada ribaanku".  Jawab Sa'labah, " Kerana aku terlampau berdosa ".Kemudian Nabi s.a.w bertanya lagi " Apakah yang kamu inginkan?".  Jawabnya " Aku hanya inginkan keampunan daripada ALLAH SWT ". 

     Selepas itu, Jibril pun turun memaklumkan kepada Nabi s.a.w bahawa ALLAH SWT berkata, " Sekiranya dia ini datang kepadaKu dengan dosa yang sebesar bumi sekalipun, maka Aku akan memberi sebesar bumi juga keampunanKu ".  Perkara ini pun diberitahu kepada Sa'labah dan ketika  itu juga  dia meninggal dunia.

        Ketika menghantar jenazahnya ke kubur, sahabat melihat Nabi s.a.w berjalan berjinjit-jinjit (berjalan dengan hujung jari kaki).  Sahabat bertanya mengapa Nabi s.a.w berjalan sebegitu rupa.  Baginda pun menjawab, " Kerana terlalu ramainya malaikat yang bersama-sama tadi, lalu aku takut terpijak kepak-kepak dan sayap mereka ".

Cerita bagi orang suka makan laksa

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motosikal mengelilingi kampung. 

Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. 

Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. 

Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. 

Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. 

Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

"dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga

walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. 

Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. 

Atau untuk rumah anak yatim juga. 

Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. 

Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. 

Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi.

Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana masjid/surau kampung berkenaan. 

Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . 

Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain.

Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.

Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. 

Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. 

Hari isnin sipolan solat di masjid ini, hari selasa si polan solat di surau ini.

Dan seterusnya...

Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun islam. 

Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. 

Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? 

Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. 

Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun islam ke 5 iaitu mengerjakan haji. 

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?"

terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. 

Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu?

Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? 

Mampu itu kita sendiri yang tentukan. 

Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

masyaallah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. 

Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung. 

Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikir

Sunday, March 22, 2015

Pesanan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.

Wednesday, March 18, 2015

4 PENYEBAB KERASNYA HATI

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

4 PENYEBAB KERASNYA HATI

Tidak semua hati manusia  itu mudah menerima nasehat dan kebenaran, inilah yang menjadikan jalan hidup manusia tersesat.  Adapun sebab dari kerasnya hati tidak bisa menerima hidayah adalah karena maksiat dan lalai mengingat Allah, hati yang keras ibarat karang. Sulit menerima kebenaran dan gembira dalam kemaksiatan. tidak jarang kita temukan orang yang gemar maksiat, lalu dinasehati tetapi malah justru membantah bahkan lebih jauh dapat mengolok-olok agama,wal iyadzubillah. Model hati seperti inilah yang dilarang oleh Allah :

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. “
(QS. Al-Hadid  ayat 16)

Ibnu Rajab  (736-795 H) seorang ulama hadits, ahli fiqih dan ushul terkemuka, merinci  sebab hati menjadi keras dan sulit menerima hidayah.

1.  Pertama, banyak bicara dan meninggalkan dzikrullah.

Ini disimpulkan dari hadits Rasulullah saw,

"Janganlah kamu banyak bicara kecuali dzikrullah. Sungguh, banyak bicara itu membuat hati menjadi keras, dan orang yang paling jauh dari Allah adalah yang berhati keras,"
(HR Tirmidzi No.2413, Malik dan Baihaqy).

 Dalam riwayat lain, beliau bahkan menyebut hati yang keras sebagai salah satu biang kesengsaraan
(HR al-Bazzar, Majma az-Zawaid 10/226).

2. Kedua, banyak tertawa.

Kebiasaan buruk ini menjadikan hati lalai mengingat Allah, sehingga  menjadikan hati  kehilangan ruh dan kesadaran jati diri. Maka tepat, jika Rasulullah saw jauh-jauh hari mengingatkan untuk menghindari kebiasaan yang satu ini.

"Janganlah kalian banyak tertawa, karena hal itu dapat mematikan hati,"
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

3. Ketiga, banyak makan.

Apalagi jika yang dimakan itu berupa barang syubuhat (meragukan) atau haram, atau diperoleh dengan cara yang sama. Seorang ulama, Bisyr bin al -Harits, pernah menjelaskan bahwa banyak bicara dan makan merupakan dua penyebab hati menjadi keras. selain menyebabkan hati keras, banyak makan akan menyebabkan badan subur dan besar syahwatnya, inilah "bahan bakar" dari setan untuk melakukan maksiat. sangatlah bijak Rasulullah mengajarkan kepada kita supaya puasa karena dengan puasa nafsu syahwat akan teredam.

4. Keempat, banyak dosa dan maksiat.

Rasulullah saw sangat tepat dalam salah satu haditsnya, ketika mengibaratkan dosa seperti titik hitam yang menempel di hati. Jika pelakunya bertobat lalu meninggalkan kemaksiatannya dan memohon ampun pada Allah, hatinya berubah mengkilat. begitu juga dengan keimanan dapat bertambah dan berkurang dapat bertambah jika senantiasa mengingat Allah, dan berbuat kebaikan dan dapat berkurang dengan lalai mengingat Allah dan senang dengan kemaksiatan.

“Jika kemaksiatannya bertambah, bertambah juga titik itu sehingga hatinya menjadi tinggi, sombong dan tak dapat menerima kebenaran (HR Tirmidzi).

Wallahu a'lam.

Sekian, selamat beramal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Tujuh sebab kenapa kita perlu berjaya

Bila ibu bapa masih belum mampu menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji, siapakah akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka?. Tergamakkah kita katakan "aku pun tak ada duit."

Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk sesuap nasi, seteguk air, siapa yang menanggung mereka?. Tergamakkan kita berkata," aku pun tak cukup makan.'

Bila ibu bapa sakit, siapa yang uruskan bil-bil perubatan?. Adakah kita hanya pejam mata, pekakkan telinga?. Mereka tidak pernah meminta dari kita kerana mereka memahami keadaan kita. Tapi adakah kita memahami keadaan mereka?. Tergamakkah kita berkata, "aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak datang menjenguk, siapa akan pulang melihat mereka sedangkan anda sibuk sibuk dan sibuk memanjang. Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja kerana mereka sudah merasai tidak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi. Tergamakkah kita berkata," aku bukan tak nak balik, tapi bos tak bagi cuti, kena outstation."

Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya?. Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka. Adakah wajahnya dalam kecerian atau kesedihan. Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik masa dia sakit, tapi masa tu tengah sibuk sangat".

Bila ibu bapa sudah tidak mampu uruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tak pernah buang kita walau pun kita banyak kerenah. Mereka bergolok gadai bertungkus lumus besarkan kita. Mampukah kita menguruskan mereka dengan usaha kita sendiri?. Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk,biarlah adik-beradik yang lain uruskan."

Bila ibu bapa anda minta duit untuk beli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda beri tanpa sebarang alasan?. Ketahuilah, walau apapun kita lakukan untuk ibu bapa kita,kita masih belum mampu membalas jasa mereka.

Adakah Allah menciptakan kejahatan

Bismillahirrahmaanirrahim

Seorang profesor yang atheis berbicara dalam sebuah kelas.

Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"

Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."

Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."

(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).

Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.

Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"

Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."

Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.

Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.

Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.

Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"

Profesor: "Tentu saja ada!"

Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.

Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.

Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.

Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.

Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.

Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"

Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."

Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.

Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.

Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."

Profesor terpaku dan terdiam!

Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..

Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..

Itulah IMAN..

www.alaqsatahfiz.com

SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..

M E M A H I R K A N
P E N G U C A P A N   I M A N
D A L A M  D I R I  U M A T

Wallahu A'alam...

Friday, March 13, 2015

Jenaka Rumahtangga

Seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suami tanpa apa2 sebab. begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami.
"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya."
Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.
Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.
"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang."
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.
Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca,
( "aku nampak kaki kau, bongok. aku keluar sekejap, beli roti. " )

Thursday, March 12, 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah   anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / memb
elakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!
::

Mengatur tanggungjawab di dunia sebelum berhadapan dengan Allah swt di akhirat.

INGAT!! 4 GOLONGAN LELAKI YANG AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH WANITA DI AKHIRAT KELAK

A Y A H N Y A
S U A M I N Y A
S A U D A R A  L E L A K I N Y A
A N A K  L E L A K I N Y A

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

PERTAMA : AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yang bergelar ayah. Bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat dan saum?

Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak! Cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka Jahannam.

KEDUA : SUAMINYA

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.

Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

Duhai lelaki yang bergelar suami! Bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang? Di manakah dia?
Bagaimana akhlaknya?

Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.

KETIGA : ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada! Tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.

Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Duhai lelaki yang mempunyai adik
perempuan! Jangan hanya menjaga
amalmu, dan jangan ingat kau terlepas.

Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu
bergelumang dengan maksiat dan tidak
menutup aurat.

KEEMPAT : ANAK-ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.

Maka, anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Duhai anak-anak lelaki! Sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa. Kerana ibu juga insan biasa. Tidak terlepas daripada melakukan dosa.

Selamatkanlah dia daripada menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.

Lihatlah, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T,

"Hai anak Adam! Peliharalah diri kamu
serta ahli keluargamu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.."

Wallahu’alam.

PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI

::

Kancil dan Ferrari

Pemuda : kenapa kereta pakcik ni?
Pakcik : x tau la nak,tiba2 mati tepi jln td..
Pemuda : Tak apa la,saya tunda kereta pakcik ke exit terdekat. Jauh mlm ni ssh org nk berenti tolong         
Pakcik : Anak dah la kereta ferrari. Pakcik kereta kancil je. Jadi apa2 kat kereta anak nanti susah plak         
Pemuda : Tak pe kite slow2..kalau laju pakcik HIGH BEAM sy..        
Pakcik : Ok lah klu mcm tu..     
Ketika Ferrari sedang menunda kancil, berdesup Skyline potong sambil keluar tangan tunjuk isyarat 'loser'         
Pemuda : Kuang ajor Skyline.Tggu kau! (Drop gear)         
Pakcik : Eh nak, kenapa kau bawak laju ni!(jerit sambil high beam)         
Polis : Alpha beta 1, 3 buah kereta disyaki sedang lumba haram. Sebuah Skyline, Ferrari dan yang ke 3 ni klu aku habaq, hang mesti tak percaya. Kancil tgh cucuk Ferrari tu siap bagi high beam nk POTONG..

Monday, March 9, 2015

MENANG TAPI KALAH

"MENANG TAPI KALAH" .

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang.. cuma ego diri  sendiri
yang susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita

Nama aku DUIT

Nama aku DUIT, kadang org panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.

Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku.

Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana manusia mengidolakan aku.
Banyak orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan,memutuskan persaudaraan, menjual maruah, malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!

Aku tak mengerti perbezaan orang senang dgn orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat, menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan kejahatan demi mendapatkan aku.

Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri bergaduh dan berpisah kerana aku.
Anak dan ibubapa berselisihan kerana aku.

Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia
menyembah aku seperti tuhan,bahkan kerap kali hamba- hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jgn sesekali menjadi hamba duit.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun, tetapi ramai orang yang rela mati demi aku

Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat, tetapi aku tidak mampu untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang.

Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan
keberkatanNya.

Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan malam. Walhal, tidak kah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien
lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak akan pernah putus dari kamu.
Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya.

Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Yang benar,
Duit..

Sunday, March 8, 2015

Kenduri Arwah Dan Hukumnya Menurut Imam Nawawi Al Banteni

Kenduri Arwah Dan Hukumnya Menurut Imam Nawawi Al Banteni

Oleh : Ustaz Ayman Al Akiti 

Imam Nawawi al-Jawi al-Banteni (w. 1897 M), ulama hebat dari Nusantara yang telah diakui kehebatannya oleh ulama-ulama Arab secara ittifaq. Bahkan karangan beliau melampaui 40 kitab berbahasa Arab yang fasih, sampai kadang2 orang Arab tak percaya beliau adalah orang Sunda Banten asli. 

Beliau berpendapat bahawa bersedekah untuk dihadiahkan kepada mayyit adalah dituntut syariat. Ia tidak terkait sebanyak 7 hari, atau lebih atau kurang. Bahkan menurut beliau, menetapkan 7 hari, 40 hari, 100 hari, 1000 hari hanyalah adat yang boleh dilakukan sebagaimana yang difatwakan Shaikh Sayyid Ahmad Dahlan (w. 1886 M). Maka tidak ada masalah juga membuat acara haul memperingati kewafatan seseorang pada setiap tahunnya! Tetapi memberi makan pada hari kebumian hukumnya makruh kecuali kalau ia adalah harta anak yatim (kecil yang tidak mentasarufkan harta tersebut), maka haram. [Nihayah al-Zayn, 275]

Ketahuilah, tidak ada yang lebih arif dari orang yang berasal dari tempat suatu perkara itu berlaku. Nah di sini ada Imam Nawawi al-Jawi dari Banten, Nusantara yang berbicara, sudah tentu ketika itu dia sudah menimpang fiqh nawazil dan konteks ketika memberi fatwa. Maka sudah seharusnya fatwa beliau dijadikan rujukan, bukan dari fatwa ulama yang tidak mengetahui situasi sebuah daerah tersebut. Wallahu a'lam.

Saturday, March 7, 2015

Amalan yang tidak diterima

Berikut ialah sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.
๑๑ Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu: ๑๑
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jadikan petikan hadith ini sebagai peringatan dan panduan dalam kehidupan seharian kita.

Kisah lawak cikgu dan anak muridnya Hameed

Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal disebuah kampung di Perak. Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed". Pada suatu hari ibu Hameed datang kesekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain. 25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut. Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya. Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada disampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara. Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu. Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia...

Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi...

Thursday, March 5, 2015

Disakiti dan Menyakiti

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia men yusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Amalan Pertama yang Dihisab

Ali bin Nashr bin Ali Jahdhami menceritakan, Sahal bin Ahmad memberitahukan, Hammam memberitahukan kepada dari Al Hasan, dari Harits bin Qabishah, dia berkata :

" Aku datang ke kota Madinah sambil berdoa,
" Ya Allah, mudahkanlah bagiku untuk berteman dengan orang yang Salih"

Dia berkata lagi " Lalu aku bertemu dengan Abu Hurairah, maka aku berkata, " Seseungguhnya aku meminta kepada Allah untuk diberi rezeki berupa teman yang salih yang mau menceritakan kepadaku hadis yang dia dengar dari Rasullullah SAW, yang dengan Hadis itu Allah akan memberikan manfaat kepadaku"

Abu Hurairah berkata" Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman:

" Lihatlah ( hai para malaikat ) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?'

Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu "
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426)

Solat merupakan kayu ukur. Baiknya solat seseorang baiklah amalan orang itu, jika buruk solatnya maka buruk amalan seseorang. Bermulanya solat adalah dengan wuduk disertai dengan thaharah kesucian tubuh badan dan hati ( keihklasan ). Juga kesucian dari rezeki yang dimakan. Tinggalkan amalan makruh ketika berwuduk yang seringkali dilakukan oleh ramai orang iaitu pembaziran air ketika mengambil wuduk. 

Wallahu a'lam.

Sekian, selamat beramal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Wednesday, March 4, 2015

13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari:

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.   

2. Jangan menunggu kaya  baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya. 

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi. 

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka akan dipedulikan

5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan
hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu. 

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya. 

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.  

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!  

13. Jangan menunggu waktu terluang utk Tuhan,  Tapi luangkanlah waktu utk Tuhan

Monday, March 2, 2015

Apakah TUHAN Benar-benar Ada?

(3 Pertanyaan, 1 Jawaban)
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, ia telah kembali ke tanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama (ustadz)/siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaan darinya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
Pemuda :: (Dengan nada sombong pemuda itu bertanya) Anda siapa...?? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan saya...??
Ustadz :: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan Anda.
Pemuda :: (Tetap dengan nada sombong) Anda yakin....?? Sedang profesor & banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Ustadz :: Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya...!!
Pemuda :: Saya punya 3 buah pertanyaan...??
1. Kalau memang TUHAN itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR...??
3. Kalau SETAN diciptakan dari api, kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat setan, sebab mereka memiliki unsur yang sama? Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba pemuda agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras.
(sambil menahan sakit) si Pemuda berkata ::
Pemuda :: Kenapa...?? Anda marah kepada saya...??
Ustadz :: Saya tidak marah...!!! Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya...!!
Pemuda :: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti...??!!
Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!
Pemuda :: Tentu saja saya merasakan sakit...!!
Ustadz :: jadi Anda percaya bahwa sakit itu ada...?!!
Pemuda :: Ya... Percaya...!!
Ustadz :: Tunjukan pada saya wujud sakit itu...??!!
Pemuda :: Saya tidak bisa...!!
Ustadz :: Itulah jawaban pertanyaan pertama, kita semua merasakan keberadaan TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya.
Ustadz :: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya..??!!
Pemuda :: Tidak...!!
Ustadz:: Apakah pernah terpikir oleh Anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini...??!!
Pemuda :: Tidak...!!
Ustadz :: Itulah yang dinamakan TAKDIR...!!
Ustadz :: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda...??!!
Pemuda :: Kulit...!!
Ustadz :: Terbuat dari apa pipi Anda...??!!
Pemuda :: Kulit...!!
Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!
Pemuda :: Sakit...!!
Ustadz :: Walaupun setan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika TUHAN berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi setan.
MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN 'TUHAN' DALAM HARI-HARI ANDA ?
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini. Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...

Hassan Al basri bersama seorang pemuda memegang botol

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.
·
Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".
·
Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.
·
Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.
·
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".
·
Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,
"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".
·
Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".
·
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
···
Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.
···
Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...
···
Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.

saudaraku molek cerita ni boleh jadi Pengubat jiwa agar kita terhindar dri
sifat mazmumah walau sehebat manusia.
moga kita trhindar dr sikap bangga diri,sombong,ujub dgn amalan kita sendiri. sekali2 jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kau"
YANG.....

Yang singkat itu - "waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "kematian"

Yang besar itu - "hawa nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang mudah itu - "berbuat dosa"

Yang susah itu - "sabar"

Yang lupa itu - "bersyukur"

Yang membakar amal itu - "megumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

Kisah budak Kecil

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. 
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
“Ayah! Saya dah bersedia” 
Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
 ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
 ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” 
Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” 
Dengan merintih anaknya merayu
“Benarkan saya pergi ayah?” 
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” 
”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.
DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.
Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?” 
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya
“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” 
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.
Dia adalah perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 
”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali.
Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni.
Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. 
”Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
 ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
 ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”.
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.
Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! 
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.
Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat. 
Biarkanlah air mata itu menitis.
Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR !!

Sunday, March 1, 2015

Bersyukurlah..

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA

Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
"Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."

Keluhan wanita kedua:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Keluhan wanita ketiga:
"Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"

Keluhan wanita keempat:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"

Keluhan wanita kelima:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."

Keluhan wanita keenam:
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."

Keluhan wanita ketujuh:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
"Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
"Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
"Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
"Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."

Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:
"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

-----------------------------------

Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216