Tuesday, July 26, 2016

KITA TAK NAMPAK ALLAH

Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH.

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH.

Sunday, July 24, 2016

7 Kata Mutiara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Di sini merupakan antara 7 kata mutiara yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tok Guru :

1 . " Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah "

2 . " Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas "

3 . " Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil "

4 . " Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen "

5 . " Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka "

6 . " Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar "

7 . " Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup "

7 Kata Mutiara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .

Copy And Paste
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )

Wednesday, July 20, 2016

RAHSIA AL-FATIHAH


1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.