Sunday, June 18, 2017

Giliran balik raya???

Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.

Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

Namun apa yg diamalkan(giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan(giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.

Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).

Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

Terkadang kita lupa:
1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapa nya

3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mrngutamakan suaminya dari ibubapa

4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi Isteri

5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan

6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya.

Wallahualam...

Fb; Kami Bersama Ulamak

Saturday, June 3, 2017

SENYUM DHUHA... Ada beberapa jenis keluarga di dunia ini

Salam semua.
Jangan jemu saling mengingatkan. Ada beberapa *jenis keluarga* di dunia ini:

1. jenis keluarga *Nabi Nuh* dan *Nabi Luth*, suaminya sholeh, istrinya tidak.

2 . Jenis keluarga *Firaun*, Istrinya solehah suaminya tidak.

3. Jenis keluarga *Nabi Ibrahim*, suami istri soleh dan solehah, dan anak keturunannya menjadi orang soleh.

4. Jenis keluarga *Abu Lahab*, suami dan istri sama sama derhaka.

Kemudian Ustaz bertanya: "makcik -makcik nak yg mana?"

Makcik-makcik menjawab: "Keluarga Nabi Ibrahim!!!!"

Kemudian Ustaz berkata: "Keluarga Nabi Ibrahim itu Isterinya ada 2, yaitu Siti Sarah dan Siti Hajar."
Macam mana makcik-makcikkkkk....

Makcik-makcik:
"KITA BALIK JE JOM , USTAZ TU X BEST. "

Kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara

Renungan Bersama...

Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.

Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.

Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata,  kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara:

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah. Sehingga mereka lebih selesa bekerja cari nafkah diri sendiri daripada bantu didik anak di rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU DAN PENDIDIK. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ALIM ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

~Buat renungan bersama....