Saturday, January 31, 2015

KERANGKA PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Prof Madya Dr Muhammad Syukri Salleh 
Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP) 
Universiti Sains Malaysia 
 

Setiap disiplin akademik memerlukan kerangka teoritis. Begitulah juga dengan pembangunan berteraskan Islam. Ia bukan sahaja mempunyai pelaku, skala waktu, perkaedahan, peralatan dan matlamat, tetapi juga kerangka yang jelas. Kerangka pembangunan berteraskan Islam adalah berlandaskan kepada ilmu fardhu `ain.

Ilmu fardhu ‘ain merupakan salah satu dari dua bentuk ilmu di dalam Islam, selain dari ilmu fardhu kifayah. Berbeza dengan ilmu fardhu kifayah yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat, ilmu fardhu `ain wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu Islam. Kalau fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial, fardhu `ain merupakan tanggungjawab individu. Oleh kerana hukum mempelajari dan mengamalkan ilmu fardhu `ain adalah wajib, maka sesiapa yang tidak mempelajari dan mengamalkannya dikira berdosa.

Ilmu fardhu `ain ini terbahagi kepada tiga jenis, yakni Ilmu Tauhid, Ilmu Fekah dan Ilmu Tasawwuf. Ilmu Tauhid berhubungan dengan aqidah dan terkandung di dalamnya ialah rukun-rukun Islam dan rukun iman. Ilmu fekah pula berhubungan dengan syari’at. Ia terbahagi kepada empat bahagian (rubu’), yakni bahagian ibadah, muamalat, munakahah dan jinayat. Manakala ilmu tasawuf pula berhubungan dengan akhlak. Ia memandu manusia mengenali sifat-sifat terkeji (mazmuumah) yang ada di dalam diri masing-masing dan menyediakan kaedah menghapuskannya serta menggantikannya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah).

Dengan lain perkataan, ilmu fardhu `ain menyediakan segala kerangka asas kepada manusia dalam mereka melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah dengan sempurna. Ilmu Tauhid menyediakan akar tunjang agar pembangunan yang diusahakan tidak terpisah dari aqidah dan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Ilmu Fekah menyediakan kaedah-kaedah menjadikan usaha pembangunan itu sebagai ibadah. Manakala ilmu tasawwuf menyediakan manusia dengan sifat-sifat terpuji agar pembangunan dapat dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berakhlak. Gabungan ketiga-tiga ilmu fardhu `ain inilah yang membentuk satu kerangka pembangunan yang jitu dan harmonis.

Jadi berbeza dengan ilmu fardhu kifayah yang meliputi ilmu-ilmu seperti ilmu pembangunan, perundangan, politik, ekonomi, perubatan, perniagaan dan sebagainya, ilmu fardhu `ain merupakan ilmu asas yang mesti dimiliki dan diamalkan oleh setiap pelaku pembangunan. Mereka mesti bergerak melaksanakan pembangunan berteraskan Islam di dalam lingkungan kerangka fardhu `ain ini.

Namun begitu, ini tidak bererti bahawa ilmu fardhu kifayah mesti diabaikan. Tambahlagi, pembangunan sebenarnya merupakan salah satu dari bentuk fardhu kifayah. Fardhu `ain dan fardhu kifayah sepintas lalu nampak terpisah, tetapi pada hakikat sebenarnya kedua-duanya adalah bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. Walaupun pembangunan terletak di dalam kategori fardhu kifayah, namun ia tidak boleh dikatakan pembangunan berteraskan Islam sekiranya ia tidak bertunjangkan kepada ilmu fardhu `ain dan dilaksanakan di dalam kerangka fardhu `ain tersebut. Pembangunan berteraskan Islam tetap mesti bertunjangkan kepada Tauhid (aqidah) serta dilaksanakan mengikut apa yang digariskan ilmu Feqah (syariat) dan Tasawwuf (akhlak).

Selain itu, ilmu fardhu `ain juga merupakan ilmu yang dinamik dan boleh melahirkan pembangunan yang cukup progresif. Misalnya, dalam Tauhid dipelajari bahawa Allah SWT adalah Pemberi rezeki yang mutlak. Manakala di dalam Feqah pula diajari bahawa di dalam perniagaan terdapat sumber rezeki yang banyak, tetapi ianya mesti dilaksanakan secara bersyariat. Antara syariat itu ialah dengan mengadakan `akad jual beli apabila berlakunya sesuatu transaksi perniagaan. Kedua-dua ilmu ini tidak mungkin dapat dihayati dan dilaksanakan kecuali dengan menjalankan perniagaan itu.

Tetapi, barangan apakah yang hendak diniagakan? Di dalam Tasawwuf diajari bahawa makanan itu menempa hati. Oleh itu berniaga makanan yang halal dan suci di sisi Islam mestilah menjadi ke utamaan.

Dari situ lahirlah perniagaan makanan Islam. Kalau pengeluaran makanan selama ini hanya dilakukan oleh orang bukan Islam dan tidak ada walau seorang pun pengeluar dan peniaga beragama Islam yang mengeluarkan dan berniaga makanan halal, maka tindakan mengeluar dan berniaga makanan halal itu adalah merupakan fardhu kifayah.

Dalam kes ini, terbukti bahawa tuntutan fardhu kifayah dapat dipenuhi hasil dari melaksanakan tuntutan fardhu `ain. Tidak mungkin makanan halal dapat dikeluar dan diniagakan tanpa bertunjangkan kepada ilmu fardhu `ain. Makanan halal tidak mungkin dapat dikeluarkan sekiranya pengeluar itu tidak mengetahui ilmu Feqah yang membincangkan tentang syariatnya, tentang hukum-hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Begitu juga tidak mungkin pengeluar itu terdorong mengeluarkan makanan halal sekiranya beliau tidak mengetahui bahawa makanan itu menempa hati dan hati yang bersih akan melahirkan manusia berakhlak. Semua ini pula tidak mungkin dapat diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kecuali beliau bertunjangkan usahanya penuh kepada rasa kehambaan kepada Allah SWT.

Kedua-dua ilmu fardu `ain dan fardhu kifayah ini sebenarnya bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Hadith, yang menyediakan dalil-dalil naqli untuk manusia. Berbeza dengan dalil-dalil aqliyang boleh didapati secara mudah dari aqal pemikiran manusia, dalil-dalil naqlidikurniakan Allah SWT sama ada melalui wahyu atau melalui perkataan dan perbuatan Rasulullah SAW sendiri.

Dalam Sains Sosial Barat, dalil-dalil aqlimerujuk kepada istilah saintifik yang bercirikan pembuktian dan fakta-fakta yang boleh diamati dengan pancaindera. Dalam Islam, ilmu yang menggunakan dalil-dalil aqli ini dipanggil ilmu darurimanakala ilmu yang menggunakan dalil-dalil naqli dipanggil ilmu nadhari. Tahap keyakinan dalam ilmu daruri hanyalah di peringkat `ainul-yaqin, yakni yakin dengan ilmu dan pengetahuan tentang sesuatu benda apabila ia dapat dibuktikan dengan pancaindera semata-mata.

Tetapi keyakinan dalam ilmu nadhariadalah di peringkat haqqul-yaqin, yakni dengan ilmu dan pengetahuan tentang sesuatu benda kerana kebenarannya (haq), walaupun tidak dapat dibuktikan dengan pengamatan pancaindera. Dalam ilmu teori pembangunan lazim khususnya dan Sains Sosial Barat amnya, hanya ilmu daruri saja yang dipakai. Ertinya ia hanya menggunakan aqal dan bersandarkan kepada dalil-dalil aqli. Tetapi di dalam ilmu teori pembangunan berteraskan Islam, bukan sahaja ilmu daruri dan aqal serta dalil-dalil aqli yang dipakai, tetapi lebih dari itu ia juga memakai ilmu nadhari dan dalil-dalil naqli yang kebanyakannya didapati melalui hati.

Jadi terjadinya ilmu fardhu `ain ini sebagai kerangka pembangunan berteraskan Islam adalah kerana berdasarkan kepada sekurang-kurangnya tiga perkara utama. Pertama, ia menyediakan asas yang kuat dan jitu, dengan tunjang Tauhid, perkaedahan syariat dan pelaku pembangunan yang berakhlak. Kedua, ia cukup dinamik kerana pelaksanaannya bukan sahaja memenuhi tuntutan fardhu `ain itu sendiri, tetapi sekaligus memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan melahirkan pembangunan berteraskan Islam yang sepadu. Dan ketiga, ia lahir dari sumber mutlak, yakni dari Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri, bukan dari aqal fikiran manusia sepertimana yang berlaku di dalam teori pembangunan lazim

Salam Buatmu Wahai Nabi s.a.w.

Wahai Nabi!
Namamu begitu suci
Muhammad yang terpuji
Namamu anugerah Ilahi
Lambang elok pekerti
Lambang kesempurnaan budi

Wahai Nabi!
Kasihmu kepada kami
begitu pasti.
Saat jiwa melangkah pergi
Menuju Kekasih Abadi
Masih lagi ingatanmu terhadap kami;
"Ummati ummati ummati"
mengalun lembut dari bibirmu yang suci
di bawah lembayung kasih nan murni

Wahai Nabi!
Hadirmu manifestasi cinta Ilahi
Cintamu kepada kami ibarat mentari
mencahayai

Namun begitu wahai Nabi
dirimu tetap basyari
kematian tetap menanti.
Walau seteguh jiwa Umar perwira Bani 'Adi
namun hancur luluh saat dikau pergi.
Bagai al-Siddiq teguh berdiri
Kasihnya padamu tidak terperi
Namun
ia sedar akan diri
Saat mengungkap ibarat suci:
“Kalau dikau menyembah Muhammad,
sesungguhnya dia telah pergi.
Namun
jika kau mengabdi kepada Ilahi
Dia kekal hidup takkan mati!”

Wahai Nabi!
pemergianmu diratapi
Namun
pemergianmu juga dinanti
seluruh warga samawi

Wahai Nabi!
Di kala sunyi
Di pinggir Raudhah di Masjid Nabawi
Menghadap sekujur tubuhmu yang qudsi
penuh asyik menatap rindu Wajah Nan Azali
dengan deraian air mata
mengalir di pipi
aku menantimu dengan hati tulus suci

Wahai Nabi!
Pergimu takkan kembali
Namun
pertemuan itu pasti
di suatu hari nanti
Nantikan daku wahai Nabi!
Syafaatkan daku wahai Nabi!
agar diri yang berdosa ini
bisa menginjak tanah suci
taman Firdausi
bersama sekelian kekasih Ilahi
meneguk air al-Kawtsar
di sampingmu wahai Nabi.

Ya Ilahi!
Tika munajat di kala sepi
di pedalaman lubuk hati
ku bermohon dengan nurani tulus suci
Temukan daku dengan Nabi
Dalam jaga atau dalam mimpi
Sebelum mati
Walau hanya sekali.

Wahai Nabi!
Dalam redup pandangan matamu
Aku dipaut rindu
Bilakah kita akan dapat bertemu
Agar dua jiwa menjadi satu
Satu dalam restu

Salam buat mu
wahai Nabi!
Aku rindu padamu.

Al-Faqir Mohd Nasir Mohd Tap

Friday, January 30, 2015

DOA DIKELUARKAN DARI KESUSAHAN

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya ALLAH)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. “
(Surah Al Anbiya’ : 87)

ULASAN AYAT:

1) Nabi Yunus Alaihissalam, telah mengalami ujian, baginda berada di dalam perut ikan. Ketika dalam keadaan yang gelap, lemas, gelisah itu, Nabi Yunus A.S meminta tolong daripada ALLAH SWT. Baginda meminta dengan ungkapan doa di atas.

2) Setelah daripada itu ALLAH SWT memberi pertolongan dengan segera kepada Nabi Yunus A.S. dengan berfirman sesudah ayat di atas, yang bermaksud : ” Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Surah Al Anbiya’ : 88) 

3) ALLAH SWT telah menyuruh ikan itu mengeluarkan Nabi Yunus A.S di tanah yang luas. Nabi Yunus A.S keluar dari perut ikan di dalam keadaan lemah dan sakit lalu ALLAH SWT telah menumbuhkan sebuah pohon di situ supaya dimakan oleh Nabi Yunus A.S sehingga sembuh. 

4) Begitulah keadaan orang yang mengingati ALLAH. Pada waktu senang kenal ALLAH, maka ALLAH SWT akan segera memberi pertolongan ketika seseorang hamba itu di dalam keadaan susah dan memerlukan pertolongan. Sandaran kita hanya pada ALLAH. 

Wallahu 'alam.

Sekian, selamat beramal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Jom main ni..

Jom main Game versi Islamik✌
.
Confirm Enjoy 
.
*Tarik nafas. 1,2,3*
Ok! Jommm. >_<
.
1. Assalamu'alaikum. Baca ni. Tengok nombor 5.

2. SubhanAllah Wa Bihamdih! Lari ke nombor 8. Cepat!!!

3. Laa ila ha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Dzalimiin. Ermmm... Dekat nombor 7 lah.

4. Laa ilaaha illallah. Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.

5. Wa'alaikumussalam. Pergi kat nombor 2.

6. Lahaula Wala Quwata illa Billah Hil Aliyil 'Azim. Singgah ke 4.

7. SubhanAllahal'adzim. Sabarnye awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.

8. Allahuakbar! Pindah ke nombor 3.

9. Alhamdulillah'ala Ni'matil Islam. Dah dekat! Pergi kat nombor 13.

10. Astaghfirullah al 'adzim! Istighfar. Jangan marah. Awak tahu Jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.

11. Alhamdulillah. Awak dah dapat Pahala! 

12. Selawat lah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad. Move to number 10.

13. MashaaAllah. Ni yang Terakhir. Pergi kat nombor 11.

13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari

👍1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

🌻2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

🌻3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

🌻4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan ….

🌻5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

🌻6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

🌻7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

🌻8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

🌻9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

🌻10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

🌻11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

🌻12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

🌻13. Jangan menunggu waktu luang untuk Tuhan,

Tapi luangkan waktu utk Tuhan,
☝Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama....

💐🍃💐🍃💐🍃💐

Allah Maha Kuasa menetapkan segala sesuatu

🍀  Allah Maha Kuasa menetapkan segala sesuatu dengan sistemnya seperti yg dijelaskan dlm Rukun Iman ke-6, dan bukan tanpa sistem, tanpa matlamat dan tujuan.
🍀 Setiap sesuatu taqdir Allah yg ingin dicapai memerlukan usaha (كسب), sama ada sikit, banyak sikit atau banyak-banyak.
🍀 Tanpa usaha dan ikhtiar, taqdir Allah tidak akan dicapai kerana sistem Allah  menghendaki insan mendorong dan menggerakkan diri ke arah perubahan menerusi usaha sendiri  terlebih dahulu.
🍀 Telitikanlah kata hikmah ini yg menyebutkan: "Org yg  berusaha mencari sesuatu (طلب شيء), akan mendapatkannya, paling tidak sebahagian daripadanya (بعضه)."
🌍 Justeru, siapapun kita adanya,  berusahalah, berikhtiarlah kerana usaha yg besar memungkinkan hasil yg besar diperolehi, dan begitulah juga sebaliknya.
🍀 Secara mudahnya, Allah menetapkan bhw usaha yg banyak akan dapat banyak, dan usaha yg sedikit akan dapat sikit.
🍀 Dari kualiti usaha juga penting dilihat,  kerana usaha banyak tanpa kualiti boleh berikan pulangan yg kecil,  dan usaha sedikit yg berkualiti berikan pulangan besar.
🍀 Dlm kedua2 keadaan,  jgn lupa syukur alhamdulillah atas ni'mat Allah kerana dpt ganjaran drp usaha itu.
🌎 Jadi, sebelum berangan2 dpt hasil sebesar gunung,  tanyakan diri tentang matlamat usaha, usaha itu sendiri, kualiti usaha, sistem dan perancangannya.
💥 Usaha anda adalah gambaran diri anda, dan andalah apa yg anda usahakan

ASTRONOT WANITA JADI MU'ALAF


Sunita Williams, seorang wanita
India pertama yang pergi ke
bulan pada tanggal 9-07-2011.
Kembalinya dari Bulan langsung
masuk dan memeluk Agama
Islam . Dia berkata :
''Dari Bulan seluruh Bumi
kelihatan hitam dan gelap kecuali
dua tempat yang terang dan
bercahaya. Ketika aku lihat
dengan Teleskop, ternyata tempat
itu adalah Mekkah dan Madinah.''
Di Bulan semua frekuensi suara
tidak berfungsi, Tapi aku masih
mendengar suara Adzan.
Prof Lawrence E Yoseph :
Sungguh kita telah berhutang
besar kepada umat Islam dalam
Encyclopedia Americana
menulis :"...Sekiranya orang-orang
Islam berhenti melaksanakan
thawaf ataupun shalat di muka
bumi ini, niscaya akan terhentilah
perputaran bumi kita ini, karena
rotasi dari super konduktor yang
berpusat di Hajar Aswad, tidak
lagi memencarkan gelombang
elektromagnetik .
Menurut hasil penelitian dari 15
Universitas : Menunjukkan Hajar
Aswad adalah batu meteor yang
mempunyai kadar logam yang
sangat tinggi, yaitu 23.000 kali
dari baja yang ada.
Beberapa astronot yang
mengangkasa melihat suatu sinar
yang teramat terang mememancar
dari bumi, dan setetlah diteliti
ternyata bersumber dari Bait
Allah atau Ka'bah. Super
konduktor itu adalah Hajar Aswad,
yang berfungsi bagai mikrofon
yang sedang siaran dan jaraknya
mencapai ribuan mil jangkauan
siarannya.
Prof Lawrence E Yoseph - Fl
Whiple menulis :"...Sungguh kita
berhutang besar kepada orang
Islam, shalat, tawaf dan tepat
waktu menjaga super konduktor
itu..."
Para astronot telah menemukan :
bahwa planet Bumi itu
mengeluarkan semacam radiasi.
Radiasi yang berada di sekitar
ka’bah ini memiliki karakteristik
dan menghubungkan antara
Ka’bah di planet Bumi dengan
Ka’bah di alam.Di tengah-tengah
antara kutub utara dan kutub
selatan, ada suatu area yang
bernama ‘Zero Magnetism Area’,
artinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area
tersebut, maka jarum kompas
tersebut tidak akan bergerak sama
sekali karena daya tarik yang sama
besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang
tinggal di Mekah, maka ia akan
hidup lebih lama, lebih sehat,
dan tidak banyak dipengaruhi
oleh banyak kekuatan gravitasi.
Sebab itu lah ketika kitìa
mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-
akan diri kita di-charged ulang
oleh suatu energi misterius dan
ini adalah fakta yang telah
dibuktikan secara ilmiah.
Makkah juga merupakan pusat
bumi. Makkah adalah Pusat dari
lapisan-lapisan langit Ada
beberapa ayat dan hadits nabawi
yang menyiratkan fakta ini. Allah
berfirman :
‘Hai golongan jin dan manusia,
jika kamu sanggup menembus
(melintasi) penjuru langit dan
bumi, maka lintasilah, kamu tidak
dapat menembusnya melainkan
dengan kekuatan.’ (ar-
Rahman:33).
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan
Abdullah bin Amr bin As, dahulu
Hajar Aswad tidak hanya berwarna
putih tetapi juga memancarkan
sinar yang berkilauan. Sekiranya
Allah subhanahu wata'ala tidak
memadamkan kilauannya, tidak
seorang manusia pun yang
sanggup mamandangnya. Dalam
penelitian lainnya, mereka
mengungkapkan bahwa batu Hajar
Aswad merupakan batu tertua di
dunia dan juga bisa mengambang
di air. Di sebuah musium di
negara Inggris, ada tiga buah
potongan batu tersebut ( dari
Ka’Bah ) dan pihak musium juga
mengatakan bahwa bongkahan
batu-batu tersebut bukan berasal
dari sistem tatasurya kita.
Dalam salah satu sabdanya,
Rasulullah Shalallahu 'alaihi
wassalam bersabda :
Hajar Aswad itu diturunkan dari
surga, warnanya lebih putih
daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang
menjadikannya hitam.
Subhanallah,
Alhamdulillah,
Laa Illaha illallah,
Allahu Akbar
Betapa bergetar hati kita melihat
dahsyatnya gerakan thawaf haji
dan Umroh. Ini adalah jawaban
fitnah dan tuduhan jahiliyah yang
tak didasari ilmu pengetahuan ;
yaitu mengapa kaum Muslimin
shalat ke arah kiblat dan bahwa
umat Islam di an
ggap menyembah
Hajar Aswad. Hanya Allah Yang
Maha Kuasa Dan Segala-
Galanya ;;;;;;
Subhanallah ..
Kalau sedang on sebarkan ke
sesama muslim. (Berarti anda
telah membelanjakan hartamu di
jalan Allah).

Mana satu jawapan korang?


----------
Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen :

Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..

Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.

Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.

Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.

Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut... Besar betulkah masalahnya???

😅

Kisah bapa dan anak


Bapa : belajar rajin2 Nak...
Anak : baik bapa
Bapa : kalau gagal dlm peperiksaan jgn panggil saya bapa...
Anak : ya bapa

2 bulan kemudian

Bapa : macam keputusan peperiksaan?
Anak : gagal Bro...

😝😝😝
Bapa : Buku dlm English ape ?
Anak : "Book" ayah.
Bapa : Kalau buku itu ?
Anak : "The Book" ayah.
Bapa: Kalau buku jatuh ?
Anak : "Gedebuk" ayah..
Bapa : Pak Hang -_-!

Pantun Nasihat

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokkan.

Tanam pisang close together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever,
That's why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari,
Mana nak same the kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before kita mati,
Better kita sembahyang

Kisah rumahtangga - SENDA PETANG JUMAAT

Isteri: Bang, tolong ambilkan suratkhabar tu.
Suami: Ah, awak ini... dunia dah maju sekarang, semua dah serba digital, awak masih baca suratkhabar lg. Ni, pakai i-Pad abg ni haa..

Lalu diambillah iPad suaminya & memukul LIPAS di atas lantai menggunakan iPad tersebut..
Suami pun pengsannn...

Moral of the story: Whatever your wife asks, just give it to her. Whatever it is. 😭😭😭

Kisah rumahtangga-masalah pendengaran

Seorang lelaki pergi menemui doktor kerana risaukan isterinya yang tidak lagi mampu mendengar dengan baik seperti dahulu.

Dia merasakan yang isterinya mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran.

Doktor pun mengesyorkan supaya si suami mencuba satu ujian bg mengesahkan jika si isteri benar2 mempunyai masalah pendengaran.

"...awak buat mcm ni. Berdiri dengan jarak 40 kaki di belakangnya dan tanyakan soalan dengan nada biasa.

Tengok dia boleh dengar atau tidak. Kalau dia tak dengar, awak dekatkan lagi jarak 30 kali, 20 kaki dan seterusnya. Sampailah awak dapat respons daripada isteri awak.."

Petang itu si suami pun memulakan ujiannya.

Isterinya sedang sibuk memasak di dapur. Lalu dari jarak 40 kaki dibelakang, dia bertanya kepada isterinya...

"sayang masak apa utk malam ni?"

Tiada respons.

Dia pun berjalan lebih dekat kepada isterinya. Pada jarak 30 kaki dia bertanyakan soalan yang sama. Masih tiada jawapan.

Dia semakin yakin yang isterinya memang ada masalah pendengaran.

Dia dekatkan lagi jaraknya pada 20 kaki dan sekali lagi dia bertanya...

"Sayang masak apa?" Pun tiada jawapan...

Pada jawak 10 kaki di belakang isterinya dia pun bertanyakan soalan yang sama lagi. Pun masih senyap.

Akhirnya si suami datang betul2 di belakang isterinya sebelum bertanyakan soalan yang sama buat kali kelima...

"..sayang, malam ni masak apa?"

"...Abang, dah lima kali saya jawab, malam ni saya masak ayam cili api..."

🔇
.....😆😆😆

Thursday, January 29, 2015

Akukah yg dermawan ataukah?

 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله و بركاته دان سلام جمعة فغهولو سكل هاري!
 كفد سموا صحابة، جوكا سموا مسلمين موءمنين متقين محسنين يغ درحمتي الله سكالين!
جاديكنله الله سباكي اله دان رب، محمد ابن عبدالله نبي دان رسول، دان اسلام سباكي الدين،  سيستم دان جارا هيدوف كيت سموا.
 تذكرة ٥٢٤ هاري جمعة ٩ ربيع الاخر ١٤٣٦ @ ٣٠ جنواري ٢٠١٥ ترفوكس كفد درماون.
 Akukah yg dermawan ataukah kau?
 sama ada aku atau kau, tahukah kita semua erti dermawan yg sebenarnya?
 Marilah lihat maksud sebenar dermawan  (الكرم) dlm konteks Islam dan ia merujuk kepada berikut: "memberi sebelum diminta."
 Bagaimana pula dgn memberi selepas diminta?
 Ia masih dianggap dermawan cuma tahap kedermawanan sahaja yg berbeza, tahap rendah,  sederhana dan tinggi.
 Terpenting kita dah tahu sekarang, dan apa seterusnya... dermawan tahap rendah,  sederhana atau tinggi pada pandangan Allah dan Rasul-Nya.
 Ini adalah persoalan pilihan kita, diikuti dgn usaha kita.
 Apapun pilihan kita,  itulah realiti kita!
افلا تعقلون،  يا اولي الالباب و يا اولي الابصار دان كيف تحكمون!
 منفعتكنله سكيراث اي برمنفعة انتوق جادي انسان برعلمو، برايمان دان برعمل
 دعاء كامي انتم سكالين سنتياس دالم ناوغن الله
 والسلام عليكم رحمة الله وبركاته!

Kisah rumah tangga - Terima kasih dan nasi goreng

Ada 1 orang suami baru dengar kuliah di masjid.berkaitan ucapan terima kasih penghargaan kepada isteri.
30 tahun dia dah berkahwin..tapi belum pernah ucap terima masih pada isterinya... 
Balik dari masjid dia berazam untuk ucap terima kasih pada isterinya tanda penghargaan.
Sampai dirumah isterinya menghidangkan nasi goreng untuk makan malam
..sebaik menjamah 2-3 suap..si suami terus ucap terima kasih Dan puji melambung2 akan kesedapan nasi goreng tersebut...
Tiba2 isterinya bercekak pinggang dengan Mata terbeliak dan berkata..."dah 30 tahun saya masak nasi goreng abang tak pernah puji pun...bila makan nasi goreng yang ni puji bukan main lg..."
"Aii...puji pun salah ker?" Tanya si suami terpinga2..,
Bininya menjawab dengan marah.."sebab nasi goreng tu janda sebelah rumah yang bagi.."#$$%%%#..;'"*💃💃😖😖😖😲😲🏃🏃🏃💨💨💨

Nak masuk neraka kena bayar

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.

〰〰〰〰〰〰

Wednesday, January 28, 2015

Kelebihan Berulang Alik Ke Masjid

Hadis Nabi S.A.W

Riwayat:  Bukhari dan Muslim

Daripada  Abu Zar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “ Sesiapa yang pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik. 

Hadis ini memberitahu kelebihan berulang-alik ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah. Seseorang yang rajin ke masjid dengan tujuan beribadat secara ikhlas disediakan Allah baginya ganjaran yang istimewa. 

Setiap orang digalakkan untuk menghidupkan masjid dengan berbagai-bagai kegiatan ibadah. 

Kewajipan khusyuk dalam solat

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Allah Ta'ala berfirman:

( وأقم الصلاة لذكري ) [ طه : 14 ]

“Dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingatiku".
(Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam sembahyang bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan sembahyang untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam sembahyangnya.

Allah berfirman lagi:

( ولا تكن من الغافلين ) [ الأعراف : 205 ]

“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai".
(Al-A'raaf: 205)

( قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون ) [ المؤمنون : 1 ، 2 ]
"Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mukminin yang berkhusyu’ dalam sembahyang mereka".
(Al-Mu’minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu’ dalam sembahyang itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam sembahyangnya , bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata “al-Falah”.

Sabda Rasulullah SAW:

" إنما الصلاة تمسكن وتواضع وتضرع وتضع يديك تقول اللهم اللهم ، فمن لم يفعل فهي خداج "

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka sembahyangnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya)".
(Hadith Riwayat At-Tirmizi & Nasaie)

Sabda lain:

" من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر لم يزدد من الله إلا بعدا "

“Barangsiapa yang bersembahyang, padahal sembahyangnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya".
(Hadith Riwayat  At-Thabrani)

Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersembahyang di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan sembahyang itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah sembahyang, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.

Berkata Ibnu Abbas:

" ركعتان في تفكر خير من قيام ليلة والقلب ساه "

"Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai".

Justeru, Muhasabahlah solat mu...

Tuesday, January 27, 2015

Iklan Romantik

IKLAN ROMANTIK: 😜😜😜

Ditengah malam.. Suami terjaga kerana hp Isteri berbunyi. Lalu Suami membacanya, lalu suami mengejutkan dengan marah "INI siapa yang hantar whatsapp dan kata BEAUTIFUL". Lalu isterinya pun baca, dengan lebih marah lagi lalu berkata "lain kali nak baca pakai cermin mata, ini bukan beautifullah tapi BATTERY FULL, dah tua-tua menyusahkan orang".

Kisah 3 Pilot

Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku
kaum Kanibal, ketiga2 pilot yang ketakutan
tersebut memohon agar tidak dibunuh.
Maka ketua suku kaum itu pun berkata,
‘Klau korang semua nak hidup, korang kena
masuk hutan & bawa 10 buah yang sama
jenisnya.
Tapi korang hanya ada masa 3 jam saja!’
Sebelum 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya
sampai dan bawa 10 epal.
Ketua Suku : "Ok, kamu dah bawa 10 biji
epal. Sekarang masukkan semua epal tu ke
dalam lubang dubur kamu satu persatu.
Kalau kamu merintih atau bersuara, kamu
akan di bunuh!"
Dengan penuh perjuangan & ketahanan
akhirnya epal pertama dapat di masukkan.
Tapi untuk epal yang ke 2 dia tak dapat
menahan kesakitan dan terus menjerit.
Dengan kejam ketua suku tadi terus
memenggal kepala si pilot. Maka naiklah
pilot tadi ke syurga.
Pilot ke-2 pulak tiba dengan membawa 10
biji anggur.
Dan ketua suku tadi terus memberikan
arahan yang sama.
1 anggur masuk, 2 anggur, 3 anggur, tapi
pada saat dia nak masukkan anggur yang
ke 10, ketua suku tadi tiba2 memotong
kepala pilot ke-2.
Naik la pilot ke-2 tadi ke langit dan
berjumpa dengan pilot-1 tadi.....
Pilot 2 : Wah, kau pun mati jugak?
Pilot 1 : Ye la, aku bawak epal. Tak tahan
sakit! Sial betul ketua suku tu, syaratnya
susah sangat!
Habis kau bawak buah apa?
Pilot 2 : Anggur
Pilot 1 : Anggur?? Tu kan senang! Kecik aje,
tak sakit pon!
Pilot 2 : Memang betul. Semua anggur aku
hampir masuk ke dalam lubang dah..
Tapi tiba2 aku ketawa dan habis semua
anggur yang aku masukkan tadi keluar
balik…..
Pilot 1 : Bodoh kau! Kenape kau ketawa?
Pilot 2 : Habis tu, masa aku nak masukkan
anggur yang ke 10, aku nampak pilot ke-3
bawak buah durian...
giler ko..!!! durian tu..!!!

Doa Hari Rabu

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
والصلاة و السلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمع ين

Alhamdulillah atas segala nikmat drpd Allah. Ampunilah kami kerana kurang bersyukur dan bermacam kelemahan kami, walaupun dlm usaha beribadat kpdMu. Banyak kepincangan ibadah, masalaah hati dan kelalaian yg kami perlu perbaiki yg tidak berhasil tanpa bantuanMu maka tolonglah kami Ya Rabbul Jaleel. InsyaAllah walhamdulillah wa ameen.

DOA PAGI RABU

Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami kekuatan iman n keyakinan utk menerokai kekayaan. Jadikanlah kami insan yg berpandangan jauh, komited dgn kehendak n perubahan zaman. Tanamkanlah ke dlm hati sanubari kami sifat amanah, tanggungjawab n iktikad agar taat mengerjakan suruhan n menjauhi larangan serta redha menerima dugaan n ikhlas mengerjakan amalan. Peliharalah kami agar sentiasa di dlm sihat sejahtera n aman bahagia sepanjang zaman. Kurniakanlah kpd kami petunjuk n panduan agar kami mendapat kejayaan dunia n akhirat.
Ampunkanlah disa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat dimana saja mereka berada.
Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sert. a ahli n para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

Tazkirah Pagi

💐 بسم الله الرحمن الرحيم
🌺 السلام عليكم ورحمة الله و بركاته دان سلام جمعة فغهولو سكل هاري!
💐 كفد سموا صحابة، جوكا سموا مسلمين موءمنين متقين محسنين يغ درحمتي الله سكالين!
💥جاديكنله الله سباكي اله دان رب، محمد ابن عبدالله نبي دان رسول، دان اسلام سباكي الدين،  سيستم دان جارا هيدوف كيت سموا.
🌺 تذكرة ٥٢٢ هاري رابو ٧ ربيع الاخر ١٤٣٦ @ ٢٨ جنواري ٢٠١٥ ترفوكس كفد كهنجوران انسان.
🍀 Tanyakan tiga soalan ini kepada diri sendiri, dan jangan sibuk tanyakannya kepada orang lain:
🍀 Akukah insan yg bersifat sombong dan bongkak?
🍀 Akukah insan yg bersifat tamak dan haloba?
🍀 Akukah insan yg bersifat hasad dan dengki?
🍀 Kenapa dan mengapa tiga soalan ini ditujukan kpd diri sendiri dahulu sebelum dituju kpd org lain?
🍀 Jawapannya ada dalam Kata hikmah berikut ini: 💥"Kehancuran insan ada dalam tiga perkara:
1. kesombongan (ego,  bangga diri)
2. ketamakan dan
3. hasad dengki (irihati)"
💥 Cuba teropong ke dalam diri sendiri, adakah aku ada satu,  dua atau ketiga2nya sekali?
💥 Semaklah, pernahkah satu, dua atau ketiga2 sifat itu menghancurkan kita dahulu?
💥افلا تعقلون،  يا اولي الالباب و يا اولي الابصار دان كيف تحكمون!
💥 منفعتكنله سكيراث اي برمنفعة انتوق جادي انسان برعلمو، برايمان دان برعمل
💐 دعاء كامي انتم سكالين سنتياس دالم ناوغن الله
🌍 والسلام عليكم رحمة الله وبركاته!

Healthy Food

This chart is awesome! Everyone can use it.
 
Apples
Protects your heart
Prevents constipation
Blocks diarrhea
Improves lung capacity
Cushions joints

Apricots
Combats cancer
Controls blood pressure
Saves your eyesight
Shields against Alzheimer's
Slows aging process

Artichokes
Aids digestion
Lowers cholesterol
Protects your heart
Stabilizes blood sugar
Guards against liver disease

Avocados
Battles diabetes
Lowers cholesterol
Helps stops strokes
Controls blood pressure
Smooths skin

Bananas
Protects your heart
Quiets a cough
Strengthens bones
Controls blood pressure
Blocks diarrhea

Beans
Prevents constipation
Helps hemorrhoids
Lowers cholesterol
Combats cancer
Stabilizes blood sugar

Beets
Controls blood pressure
Combats cancer
Strengthens bones
Protects your heart
Aids weight loss

Blueberries
Combats cancer
Protects your heart
Stabilizes blood sugar
Boosts memory
Prevents constipation

Broccoli
Strengthens bones
Saves eyesight
Combats cancer
Protects your heart
Controls blood pressure

Cabbage
Combats cancer
Prevents constipation
Promotes weight loss
Protects your heart
Helps hemorrhoids

Cantaloupe
Saves eyesight
Controls blood pressure
Lowers cholesterol
Combats cancer
Supports immune system

Carrots
Saves eyesight
Protects your heart
Prevents constipation
Combats cancer
Promotes weight loss

Cauliflower
Protects against Prostate Cancer
Combats Breast Cancer
Strengthens bones
Banishes bruises
Guards against heart disease

Cherries
Protects your heart
Combats Cancer
Ends insomnia
Slows aging process
Shields against Alzheimer's

Chestnuts
Promotes weight loss
Protects your heart
Lowers cholesterol
Combats Cancer
Controls blood pressure

Chili peppers
Aids digestion
Soothes sore throat
Clears sinuses
Combats Cancer
Boosts immune system

Garlic
Lowers cholesterol
Controls blood pressure
Combats cancer
Kills bacteria
Fights fungus

Grapefruit
Protects against heart attacks
Promotes Weight loss
Helps stops strokes
Combats Prostate Cancer
Lowers cholesterol

Grapes
Saves eyesight
Conquers kidney stones
Combats cancer
Enhances blood flow
Protects your heart

Green tea
Combats cancer
Protects your heart
Helps stops strokes
Promotes Weight loss
Kills bacteria

Honey
Heals wounds
Aids digestion
Guards against ulcers
Increases energy
Fights allergies

Lemons
Combats cancer
Protects your heart
Controls blood pressure
Smoothes skin
Stops scurvy

Limes
Combats cancer
Protects your heart
Controls blood pressure
Smoothes skin
Stops scurvy

Mangoes
Combats cancer
Boosts memory
Regulates thyroid
Aids digestion
Shields against Alzheimer's

Mushrooms
Controls blood pressure
Lowers cholesterol
Kills bacteria
Combats cancer
Strengthens bones

Oats
Lowers cholesterol
Combats cancer
Battles diabetes
Prevents constipation
Smoothes skin

Olive oil
Protects your heart
Promotes Weight loss
Combats cancer
Battles diabetes
Smoothes skin

Onions
Reduce risk of heart attack
Combats cancer
Kills bacteria
Lowers cholesterol
Fights fungus

Oranges
Supports immune systems
Combats cancer
Protects your heart
Straightens respiration
 
Peaches
Prevents constipation
Combats cancer
Helps stops strokes
Aids digestion
Helps hemorrhoids

Peanuts
Protects against heart disease
Promotes Weight loss
Combats Prostate Cancer
Lowers cholesterol
Aggravates 
Diverticulitis

Pineapple
Strengthens bones
Relieves colds
Aids digestion
Dissolves warts
Blocks diarrhea

Prunes
Slows aging process
Prevents constipation
Boosts memory
Lowers cholesterol
Protects against heart disease

Rice
Protects your heart
Battles diabetes
Conquers kidney stones
Combats cancer
Helps stops strokes

Strawberries
Combats cancer
Protects your heart
Boosts memory
Calms stress
 
Sweet potatoes
Saves your eyesight
Lifts mood
Combats cancer
Strengthens bones
 
Tomatoes
Protects prostate
Combats cancer
Lowers cholesterol
Protects your heart
 
Walnuts
Lowers cholesterol
Combats cancer
Boosts memory
Lifts mood
Protects against heart disease

Water
Promotes Weight loss
Combats cancer
Conquers kidney stones
Smooths skin
 
Watermelon
Protects prostate
Promotes Weight loss
Lowe rs cholesterol
Helps stops strokes
Controls blood pressure

Wheat germ
Combats Colon Cancer
Prevents constipation
Lowers cholesterol
Helps stops strokes
Improves digestion

Wheat bran
Combats Colon Cancer
Prevents constipation
Lowers cholesterol
Helps stops strokes
Improves digestion

Yogurt
Guards against ulcers
Strengthens bones
Lowers cholesterol
Supports immune systems
Aids digestion

Tanda Tanda Sebelum Mati

Kematian mengejut boleh disebabkan sakit jantung, kemalangan atau sebab lainnya. Dalam situasi normal seperti orang sakit biasanya seseorang akan menunjukkan gejala yang menunjukkan bahawa hidupnya akan segera berakhir beberapa hari lagi

Percaya atau pun tidak hal tersebut memang sering kali terjadi, biasanya orang-orang terdekat mereka akan bercerita bahawa sebelum meninggal kerabat mereka memang akhir-akhir ini selalu melakukan kegiatan yang merupakan tanda-tanda orang meninggal.

1. Selalu gelisah.

Dia akan merasa tidak tenang dan susah tidur, selain itu dia akan seringkali beralih kedudukan tidur kiri atau kanan akibat perasaan gelisah.

2. Suka menyendiri dari tempat ramai.

Dia tidak berminat lagi terlibat dalam aktiviti sosial atau pun melakukan kegiatan kegemarannya.

3. Selalu tidur.

Seseorang akan menghabiskan banyak masa untuk tidur.

4. Kehilangan selera makan.

Seseorang hanya akan makan dan minum dalam jumlah sedikit dan berlainan dari biasanya.

5. Selalu sesak nafas.

Hal ini biasanya terjadi tiba-tiba bila seseorang sedang tidur ataupun terjaga.

6. Luka yang sukar untuk sembuh.

Luka atau jangkitan yang dialami sukar untuk disembuhkan.

7. bengkak anggota badan.

Sesetengah orang terjadinya pembengkakan di tangan, kaki atau bahagian tubuh lain.

Tanda-tanda lain

Beberapa tanda lain yang ditunjukkan oleh orang yang akan mati adalah lebih banyak tidur, hal ini untuk menjimatkant tenaga yang tinggal semakin sedikit di tubuhnya.

Ketika tenaga tersebut hilang, maka seseorang itu akan kehilangan nafsu untuk makan ataupun minum.

Proses menelan pun menjadi sukar dan mulut akan sangat kering, sehingga memaksa untuk minum akan membuatnya tersedak.

Selain itu orang akan kehilangan kawalan pada kandung bemih dan ususnya, sehingga terlihat membuncit.

Dia akan merasa kebingungan, gelisah dan tidak tenang kerana tidak dapat bernafas dengan teratur.

Ketika sel-sel di dalam tubuh mulai kehilangan sambungan, maka akan kerap mengalami kejang otot.

Waktu Sedang Nazak

Kematian semakin menjemput jika kaki dan tangan terasa sejukdan mula sedikit membiru akibat terhentinya aliran darah ke kawasan tersebut.

Tapi lama-kelamaan akan semakin menyebar ke bahagian tubuh seperti lengan, bibir dan kuku.

Selain itu pesakit menjadi tidak responsif, walaupun matanya terbuka tapi renungan matanya kosong atau tidak melihat sekelilingnya.

Setelah itu pernafasan akan terhenti sama sekali dan diikuti oleh berhentinya kerja jantung, maka secara klinikal orang tersebut sudah mati akibat tidak ada sirkulasi dan cadangan oksigen untuk menjalankan sel-sel di tubuh.

Namun kematian klinikal dapat dikembalikan melalui proses CPR (nafas bantuan), transfusi atau ventilator.

Tapi jika 4-6 minit setelah kematian klinikal tidak ada perubahan, maka itu ertinya jantung sudah tidak bekerja lagi.

Jantung sudah tidak bekerja, maka secara otomatik aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh dan otak juga akan terhenti.

Akibat tidak adanya dengupan oksigen dan darah ke otak, maka dalam kiraan beberapa detik otak juga akan mati dan disitulah berakhirnya perjalanan hidup seorang manusia.

Monday, January 26, 2015

Amalan Harian Selasa



Doa hari Selasa

Doa hari Selasa

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kpdMu keimanan yg sempurna, keyakinan yg sebenar ( bahawa tiada sesuatu yg akan menjadi milik kami melainkan apa yg telah Engkau tetapkan).          Ya Allah, kurniakanlah kpd kami ilmu yg berguna agar dpt kami membaiki diri serta memberi manfaat kpd keluarga n masyarakat setempat.
Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kpdMu, dgn lidah yg tak kering selalu menyebut namaMu. Kurniakanlah kpd kami rezeki yg halal serta sifat pemurah agar kami terdorong utk berbakti kpd siapa yg memerlukannya.
Lindungilah kami drpd segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya drpa sumber yg nyata atau tersembunyi.
Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli n para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
DO'A PAGI SELASA
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku..
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.
Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.
Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku.Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan,Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan. Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad , kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya.Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan. Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan.Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya.Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya.Akhirilah hidupku dengan keampunan...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ

Doa Nabi Ayub

DOA NABI AYUB
Surah Al Anbiya' ayat 83

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Nasihat 1

💐 بسم الله الرحمن الرحيم
🌺 السلام عليكم ورحمة الله و بركاته!
💐 كفد سموا صحابة، جوكا سموا مسلمين موءمنين متقين محسنين يغ درحمتي الله سكالين!
💥جاديكنله الله سباكي اله دان رب، محمد ابن عبدالله نبي دان رسول، دان اسلام سباكي الدين،  سيستم دان جارا هيدوف كيت سموا.
🌺 تذكرة ٥٢١ هاري ثلاث ٦ ربيع الاخر ١٤٣٦ @ ٢٧ جنواري ٢٠١٥ ترفوكس كفد فقسأن.
🍀  Ini nasihat kepada yg sudi dinasihati, bukan paksaan, tak nak dengar pun tak apa asal sudi baca.
🍀 "Janganlah kalian memaksa dlm mencari sesuatu,  seperti org yg selalu ingin menang."
🍀 "Janganlah pasrah kpd taqdir seperti pasrahnya org yg menyerah, kerana mencari kemuliaan itu anjuran agama."
🍀 "Bersikap baik pd saat mencari rezeki termasuk harga diri."
🍀 "Harga diri itu tidak akan menghalangi rezeki dan sifat rakus, tamak haloba tidak juga menarik rezeki."
💥 Ringkasnya,  usahlah berbuat baik dlm setiap perbuatan dgn paksaan,  berusaha dan tidak menyerah kpd taqdir tanpa usaha, tidak tamak dlm mencari rezeki dan berbuatlah dgn ikhlas li'Llahi Ta'ala, bukan secara memaksa,  terpaksa dan dipaksa, moga hidup diberkati dan berjaya.
💥افلا تعقلون،  يا اولي الالباب و يا اولي الابصار دان كيف تحكمون!
💥 منفعتكنله سكيراث اي برمنفعة انتوق جادي انسان برعلمو، برايمان دان برعمل
💐 دعاء كامي انتم سكالين سنتياس دالم ناوغن الله
🌍 والسلام عليكم رحمة الله وبركاته!

Hindari Sifat Takbur

Hadis Nabi S.A.W

Hindari Sifat Takbur

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. “Seorang lelaki berkata, sesungguhnya seseorang itu suka pakaian cantik dan kasutnya cantik. Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan, takbur (sombong) itu menolak kebenaran dan menghina manusia.” 

(Riwayat : Muslim)

Adab minum air

Mutiara Hadis Nabi S.A.W

Adab minum air

Hadis dan huraian

Riwayat:  Bukhari dan Muslim

Daripada Anas RA, “Bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum”. (Sekali meneguk sekali bernafas di luar bekas minuman). 

Rasulullah SAW merupakan orang yang paling baik akhlaknya dan mulia budi pekertinya. 

Adalah sunat mengikut cara Rasulullah SAW ketika minum iaitu sekali meneguk air sekali bernafas di luar bekas.