Saturday, February 25, 2017

TIPS ELAKKAN DIRI DARI MENJADI PESAKIT DIALYSIS

Rakyat Malaysia sekarang sudah tidak asing lagi dengan penyakit kegagalan ginjal. Saban hari kita dengar ada saja saudara terdekat atau kawan kita yang mengidap penyakit ini atau sedang menjalani rawatan dialysis atau 'cuci' buah pinggang. Setiap tahun dianggarkan seramai 5000 pesakit baru buah pinggang menjalani rawatan dialysis di lebih kurang 640 pusat-pusat dialysis yang beroperasi diseluruh negara kita.

Jika seseorang disahkan mengidap penyakit ini, maka dia harus siapkan masa dan wang untuk dibuang' di pusat-pusat tersebut. Masa rawatan adalah selama 4 jam setiap hari dengan kekerapan 3 kali seminggu (atau 13 kali sebulan). Setiap kali rawatan akan dikenakan caj RM 200. Ambillah kalkulator dan kiralah sendiri berapa wang yang akan 'mengalir' setiap bulan.

Penyakit ginjal atau CKD (Chronic Kidney Disease) dibahagikan kepada 5 peringkat berdasarkan paras CREATININE dalam darah pesakit tersebut (atau lebih tepatnya eGFR). Paras CREATININE darah normal ialah 60 hingga 115 umol/L. Peringkat 1 hingga 4 tidak memerlukan rawatan dialysis tetapi pesakit akan diberikan ubat-ubat tertentu. Rawatan dialysis diperlukan pada peringkat ke 5.

Perubatan Barat (yang berasaskan BAHAN KIMIA) tiada rawatan khusus untuk mengembalikan fungsi ginjal yang rosak. Pada peringkat 1 hingga 4, badan anda umpama satu bom jangka yang menunggu masa untuk 'meledak' ke peringkat 5. Sekiranya paras CREATININE anda mendekati 600umol/L, anda akan dinasihati untuk membuat FISTULA di tangan sebagai penyediaan untuk rawatan dialysis.

Perubatan Nabi (yang berasaskan HERBA dan BEKAM) mampu kembalikan fungsi buah pinggang kembali normal pada mana-mana peringkat sekali pun (sekiranya dirawat awal).

Malangnya, pelbagai tanggapan negatif dilabelkan kepada HERBA yang menjadi asas kepada Perubatan Nabi.
HERBA mengandungi STEROID !!!!!
HERBA merosakkan buah pinggang !!!!!
HERBA sebabkan pendarahan perut !!!!

Tidak menghairankan jika pernyataan negatif diatas keluar dari mulut doktor-doktor beragama Islam kerana sistem perubatan dunia melalui WHO dan FDA telah dikuasai oleh Yahudi Zionis.

Sejarah telah dipadamkan dimana HOSPITAL PERTAMA DI DUNIA yang dibina pada kurun ke tujuh di Baghdad oleh para ilmuan Islam menggunakan HERBA ketika merawat pesakit.
Sejarah dipadamkan dimana FARMASI PERTAMA DI DUNIA yang dibina oleh ilmuan Islam pada tahun 794 menggunakan preskripsi HERBA untuk merawat pesakit.
Sejarah dipadamkan dimana edisi ke 2 KITAB PERUBATAN TERULUNG DIDUNIA tulisan BAPA PERUBATAN, Ibnu Sina atau Avicenna menceritakan tentang HERBA. Kitab tersebut digunakan sebagai rujukan oleh universiti-universiti Eropah selama 400 tahun !!!

HERBA yang boleh kembalikan fungsi buah pinggang diceritakan oleh Ibnu Qayyum dalam kitab perubatan termasyur beliau, HEALING WITH MEDICINE OF THE PROPHET. Kitab ini ditulis kira-kira 650 tahun yang lepas.

HERBA tersebut ialah :-
1. HABBATUS SAUDA (NIGELLA SATIVA)
2. DAUN INAI (LAWSONIA INERMIS)
3. BENIH SADERI (APIUM GRAVEOLENS)
4. GOKHRU (TRIBULUS TERRESTRIS)

BAGAIMANA CARA DAN SUKATANYA ?

Ikuti langkah-langkah dibawah dengan teliti supaya paras CREATININE anda boleh turun ke tahap yang selamat.

1.Biji HABBATUS SAUDA direndam dalam air sebanyak 3 litre semalaman sebelum dipanaskan pada api perlahan sehingga menjadi air menjadi separuh. Air tapisan diminum sebanyak secawan sebelum sarapan pagi.

2. Sarapan pagi hanya dengan bubur BARLI (Talbinah). Barli merupakan salah satu makanan sunnah dan pelbagai kajian saintifik menunjukkan BARLI mempunyai kebolehan membaiki fungsi buah pinggang.

3. Selepas sarapan, air rendaman DAUN INAI KERING diminum secawan. Daun inai mempunyai kesan DIURETIK yang sangat kuat.

4. Semua jenis PROTEIN HAIWAN diberhentikan selama 3 bulan kerana molekul protein haiwan terbukti mencederakan buah pinggang.

5. Selepas makan malam, anda perlu makan 2 sudu kecil kesemua empat herba diatas yang dikisar sekali.

6. Dan akhir sekali, anda harus BEKAM di lapan titik dibahagian belakang badan SETIAP DUA MINGGU selama 3 bulan.

In sha Allah, sekiranya anda YAKIN dengan Perubatan Nabi, paras CREATININE anda akan turun ke normal.

Wassalam

Dr Hj Noorul Amin Hj Abdul Rahman
MD(UKM)
MMC 40461
Pengarah
Beyond Medicare Sdn Bhd

Thursday, February 23, 2017

Ibu... Maafkan ku

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik emak aku.
Aku cakap dekat dia *"orang tua tak ada otak"*.
Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox.
Habis rosak.
Padahal besok tu dah nak raya.
Aku bengang.
Aku campak jeans tu dekat muka dia.
Lepas peristiwa tu,
aku tak pernah minta maaf dekat dia.
Lastnya, emak ok macam tu je.
Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga.
Dan aku ada 2 orang anak.
Tapi malangnya, kedua2 anak aku ni amat sukar untuk aku didik.
Dia orang amat liar.

Start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku.
Hinggalah tiba satu masa,
Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada emak aku dulu.
Ya.
Dosa aku herdik dan campak jeans dekat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu,
aku terus balik kampung jumpa emak.
Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf dekat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah dekat dia.
Dan aku memang tiap2 tahun pun minta maaf dekat dia.
Jadi dia pelik kenapa tiba2 hari tu aku datang nak minta maaf dekat dia.

Aku cakap,
Emak mungkn sudah tak ingat orang pernah buat salah dekat emak dulu.
Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah emak dan campak seluar orang dekat muka emak.
Orang nak minta maaf pasal tu.
Maaf sangat2.
Masa tu aku sudah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu,
muka emak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat.
Mak cakap, dia tak akan lupakan perkara tu.
Bahkan dia sudah nekad,
kalau dia mati,
bila berjumpa Allah,
dia akan pegang tangan aku.
Dia nak cakap : *"ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku.*
*Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"*

Bila emak cakap macam tu,
serta merta aku menangis depan dia.
Aku merayu agar emak maafkan aku.
Tapi emak tetap berkeras tak akan maafkan aku.
Aku sedih dan buntu.
Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa emak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan emak tetap sama.
Hinggalah sekali tu,
aku tidur dekat rumah emak.
Lepas solat subuh, aku datang jumpa emak.
Emak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai emak wirid, aku pegang tangan emak.
Aku cium tangan tua itu lama2.
Aku nangis lagi depan dia.
Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan emak lembut menyapu kepala aku.
Sepertibmembelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu2.

Bersama2 itu,
Emak cakap sesuatu yang aku tak akan lupakan sampai bila2.
Emak cakap *"Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa emak dan minta maaf dngan emak*
*Emak memang tak akan maafkan kau sampai bila2.*
*Tapi, hari ini, bersaksilah nak, emak sudah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah emak akan pergi nanti".*
Aku angkat kepala dan aku peluk jasad emak.
Sedu2 aku nangis di bahu dia.
Sudah seperti anak kecik pun ada.
Aku tak kisah.
Aku nangis semahunya.
Aku sedih dan bersyukur sangat sebab emak sudah maafkan aku.
Emak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku.
Aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat.
Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup drkat muka bumi ni.
Habis tu.
Aku balik ke rumah.
Keluar je dari kereta,
kedua2 anak remajaku datang meluru mendapatkan aku.
Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku.
Saat itu,
Mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka.
Aku akan ada harapan untuk mendengarnya.
Mereka ucapkan : *"Maafkan kami ayah. Kami banyak buat salah pada ayah".*

Serentak dengan itu,
aku dongak ke langit seraya berkata.
Benarlah apa yang Nabi Mu kata Ya Allah.
*Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Maka anak2 mereka akan berbuat baik balik kepada mereka.*
Bersama linangan air mata,
aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga.
Terima kasih Allah. Sesungguhnya,
Engkaulah Tuhan sebaik2 Perencana.

Tuan2 dan Puan2,
bila memohon ampun dengan ibu bapa.
Ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka.
Kita tidak bileh meminta maaf secara umum je pada mereka.
Tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka.
Sekali mereka terasa,
dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita.
Nescaya syurga Allah tak halal buat kita.
Nauzubillahiminzalik - *Karyawan Bisu*

Monday, February 13, 2017

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.

Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan datang ke rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"

Salah seorang daripada mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."

Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.

"Saya kekayaan," kata lelaki pertama.

"Saya kejayaan," kata yang kedua.

"Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang terakhir.

Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, "Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk."

"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?"

"Ya," jawab mereka.

"Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah.

"Kita pilih kekayaan," cadang si isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan kita boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini."

"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi."

"Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak.

"Biarlah kita hidup hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."

Kedua-dua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.

"Baiklah, kita jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah.

"Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pak cik kasih sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jualah yang tuan-tuan minta."

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.

"Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."

Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!

*Pengajaran :*
_Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu, mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali iaitu kaya harta, kaya jiwa!_

Sunday, February 12, 2017

Majlis Ilmu Parenting Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak2, bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang2nya semuka sehari, puasa Isnin & Khamis dsbnya. Tambah2 lagilah untuk mendidik org lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak2 keadaan,  matlamat kita untuk anak2 sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu secara berterusan. Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak2 kepada kita, tapi bawalah anak2 kepada Allah.

6. Ibu sama dengan bulan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak2 dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.

Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.

Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dengan Al Quran. Ibnu Sina, Hafiz Al Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran.

Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kepada anak2. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya Ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan. Dlm rumahtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya.

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan seperti sedekah dsbnya sebagai tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war2kan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak2 yang pandai dengan yang kurang pandai.

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan...

Friday, February 10, 2017

TARBIAH SENTAP.. NASIHAT YANG JARANG-JARANG DIDENGARI DI AKHIR ZAMAN

TARBIAH SENTAP..

NASIHAT YANG JARANG-JARANG DIDENGARI DI AKHIR ZAMAN

POLIGAMI SUATU YANG SUCI

Tajuk :  Poligami, Takut Bini, Takwa Islami

KAUM HAWA TIDAK LAYAK CEMBURU ATAS HAL AGAMA

Sebenarnya, 'Cemburu' itu hak suami tapi bukan hak isteri, isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya ingin berpoligami seperti tuntutan sunnah (hal ketentuan agama). Isteri hanya boleh sikit cemburu dalam hal hal yang tiada punya pertalian dengan hukum hakam agama.

Poligami adalah hal hukum yang telah dihalalkan Allah SWT. Maka apakah layak seorang 'wanita' berlaku cemburu atas hukum "Ketetapan Allah" ? Beraninya kamu cemburu atas "Hukum Allah?" Wahai kaum hawa, bertakwalah kamu!

POLIGAMI MELUKAKAN HATI?
Poligami akan membuat hati isteri sedikit terluka dan 'sakit hati, tetapi kamu (kaum wanita) akan dianggap 'zalim' apabila membiarkan 'wanita' lanjut usia yg lain (andartu) terluka hati bilamana masih tidak mempunyai suami sepertimu?

Siapakah yang lebih 'terluka hati' ? Kamu atau mereka yang 'andartu?'. Kamu yang mendapat 'adik baru' (madu) lebih terluka, atau seorang wanita yang berhajat mempunyai suami tetapi hajat itu tidak kesampaian bilamana kamu menghalangi mereka dari berumahtangga dengan suamimu? Kan itu namanya sebuah kezaliman? Mereka yang andartu itu lebih "terluka hati" dengan gelaran orang "Anak Dara Tua Lanjut Usia!"

Kamu tidak beri mereka menikahi suamimu, tapi bagaimana perasaanmu jika Andartu itu adalah "diri kamu sendiri??" Masa tu barulah kamu pula tergedik gedik nak mencari pasangan dari suami orang atas sebab peluang 'andartu' mendapat yang bujang adalah sangat tipis (pasangan sebaya).

Wahai kaum Hawa! Janganlah begitu Tamak atas suamimu itu! Mereka bukan milikmu selamanya, dan jika kamu engkar menderhaka atas 'hajat' kehendak suamimu, ingatlah bahawa suamimu itu akan menjadi hak milik para Bidadari di syurga, sedangkan nasibmu dipinggir-pinggir kawah jahanam bilamana kamu menjadi penentang hukum Allah.

Izinkanlah suami suamimu yang berkemampuan agar mereka berpoligami .. berilah peluang adik adik madumu yang 'masih bujang' merasai 'kebahagiaan' yang telah Allah beri kamu rasai sebelum ini. Janganlah berlaku tamak atas 'barang' yang bukan milikmu selamanya, suamimu itu adalah "pinjaman Allah" yang sementara buatmu.

POLIGAMI ITU ADALAH JIHAD FISSABILILLAH
Redha Allah atasmu bilamana kamu membenarkan para suami berjihad berpoligami dijalan Allah! Poligami itu adalah sebuah JIHAD terbesar diakhir zaman, maka bantulah para suamimu untuk jihad memerangi maksiat.

Bilamana ramai wanita lanjut usia dinikahi, demi Allah maksiat umat terhadap Allah di atas mukabumi ini akan merendah dan berkurangan - demi Allah!

POLIGAMI DIANGGAP BERDOSA?
Selagi mana Poligami masih dianggap suatu 'dosa' oleh kaum hawa, maka selagi itulah maksiat dari kaum hawa akan terus 'bertebaran' melata di atas bumi Allah ini! Kita dapat 'menyaksikan' "segala" kejahatan kaum hawa itu! Itulah kesannya jika poligami masih dipandang sepi di akhir zaman ini!

Maksiat bertebaran atas umat islam bilamana hukum Allah diremehkan. Hudud ditolak! Poligami ditentang! Kesannya umat umat muslim 'awam' semakin menjadi jahat bilamana Hukum Agama Allah tidak dapat ditegakkan atas umat manusia yang telah hilang 'pedoman' agama yang tulen.

TIDAK KAWIN KUNCI MAKSIAT KAUM HAWA
Jika berlaku kemaksiatan atas wanita wanita bujang lanjut usia, maka dosanya akan ditanggung oleh para isteri isteri "penentang" hukum Allah (poligami). Mereka menjadi jahat dengan bermaksiat dengan Allah atas kerana kamu tidak membenarkan para suamimu dinikahi oleh mereka yang masih bujang masak ranum.

POLIGAMI ITU PENUTUP PINTU ZINA
Penikahan dan Poligami itu adalah peng'reduce maksiat umat Islam! Kalaulah tidak atas kerana kemaksiatan para hamba hamba Allah yang Islam, nescaya umat manusia tidak diwajibkan untuk bernikah @ poligami. Tapi ia diwajibkan (pada yang 'berhajat') bagi menutup segala pintu-pintu Iblis ke lorong kemaksiatan kepada Allah.

IBLIS & SYAITAN ANTI POLIGAMI
Iblis suka ramai wanita wanita tidak berkahwin, maka dengan jalan ini Iblis dan Syaitan mudah menghasud agar kamu @ kaum hawa berbuatan dosa dan noda terhadap Allah SWT. Iblis dan Syaitan itu adalah Penentang No Satu Poligami - Mereka tidak suka umat Islam menikah, maka tertutuplah pintu maksiat terbesar atas para hamba hamba Allah! Ingatlah apa yang berlaku atas Adam & Hawa di syurga? Angkara siapa?

WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI 1:40
Apa yang kamu faham dengan Nisbah angka 40 Wanita Bujang dibandingkan dengan 1 Pria Bujang di tanah melayu ini? Hanya 1 wanita sahaja dari 40 yang layak 'mempunyai' suami ?? 😱.. Maka apa yang akan berlaku dengan 39 wanita lain yang bujang terlajak? Dan dari 39 itu, berapa ramaikah pula yang mampu menjaga & mempertahankan kehormatan diri mereka dari terjebak ke lembah maksiat yang dikutuki Allah?! 🙄🤔??

Apakah kamu faham apa yang saya sampaikan ini? Dan apa yang kamu faham tentang nisbah 9 nafsu wanita berbanding dengan 1 akalnya?? Apa kaitannya terlajak 'bujang' dengan nisbah nafsu yang 9 itu? 🤔😳🙈

POLIGAMI JALAN KELUAR BAGI KRISIS 'ANDARTU'
Atas kerana itulah POLIGAMI di akhir zaman ini yang mana pada asalnya hukumnya 'sunat'(Sunnah) akan menjadi sunnah yang wajib!

Dengan Poligami itu, kaum Adam (Khalifah Allah) mampu me'reduce kemaksiatan dikalangan kaum hawa (namapun dah "hawa nafsu"), Allah SWT menghalalkan pernikahan dan poligami atas kerana untuk menjauhi para hamba-hamba-Nya dari terjebak kelembah kemaksiatan!! Itulah Kunci utama yang perlu kamu fahami mengapa umat islam perlukan hukum Poligami ini.. ia adalah "Penawar" bagi dosa dan noda umat di akhir zaman. Rasulullah tinggalkan kita 'Penawar' bagi penyakit kemaksiatan di akhir zaman. TAPI MENGAPA KAMU 'MASIH' BUAT-BUAT TIDAK 'FAHAM' TENTANGNYA?

APA ITU UBAT MAKSIAT DI AKHIR ZAMAN?
Zina dan Onani itu adalah suatu "jenayah" di dalam agama Allah. Ia dikutuk dan dilaknati Allah SWT atas setiap pelakunya. Maka jalan keluarnya adalah pernikahan yang halal dan "POLIGAMI". Jika tiada poligami, maka jumlah wanta bujang terlajak semakin ramai. Peluang mereka mendapat suami semakin 'susut' jika tiadanya hukum Poligami ini.

Rasulullah menikahi lebih dari 4 orang wanita bukan atas kerana Baginda tinggi nafsu (*seperti tuduhan kaum kafir), tetapi Baginda berpoligami dengan isteri isteri yang kematian suaminya (syahid perang) demi meringankan 'beban jiwa' & batin buat para isteri isteri yang 'solehah' yang kehilangan tempat bergantung! Rasulullah SAW berpoligami demi 'menutup' kemaksiatan yang 'terbuka' dihadapan wanita wanita yang tidak mempunyai suami. Hal itulah yang harus kamu fahami.

UMAT TANPA PEDOMAN & NASIHAT
Apa lagi jika kamu berada pada zaman di mana Rasululah SUDAH TIADA dan NABI-NABI PUN SUDAH TIADA INI! Kamu akan hilang pedoman jika mengikut suatu hatimu (*menjadi para penentang Poligami secara "senyap").

JANGAN JADI PARA ALIM YANG DAYUS
Suami yang ingin beristeri lagi tetapi Takut pada isterinya, dia mungkin menjadi lelaki dayus di sisi Allah sekalipun dia seorang alim agama, sedangkan seorang alim agama yang tulen tidak akan "Takut" kepada sesiapa selain Allah demi menegakkan hukum-Nya @ Sunnah demi kebaikan umat Islam.

PENYAKIT 'TAKUT ISTERI'
Rasulullah SAW sendiri menyatakan 1400 tahun silam akan penyakit-penyakit umat islam diakhir zaman. Salah satunya ; "Penyakit Lemah Iman" dan satu lagi adalah "Penyakit Takut Isteri"😊(*telinga berdesing - Rasulullah sedang memanggil) .. para suami mengabaikan ibu sendiri atas sebab demi menjaga hati si isteri @ takut bini hinggakan ibu ayah sendiri terabai di kampung halaman.

NASIHAT TERAKHIR BUAT KAUM HAWA BERIMAN
Note : Buat kamu Hawa, dengarlah nasihatku ini. Sekalipun kamu tidak suka dimadukan. TETAPI jangan kamu menjadi salah seorang dari para Penentang Poligami. Jadilah seorang muslimah yang mendengar dan taat segala perintah hukum Allah yang diamanahkan ke atasmu.

Sekarang ini terdapatnya sebilangan Ustazah yang menjadi menentang secara "halus" poligami.. Yang sebenar-benarnya, ustazah ni juga 'takut' sekiranya suaminya menambah 'adik baru', maka ditakut takutkan bagi suami yang ingin berpoligami ini. Mereka meremeh remehkan kaum Adam dengan perkataan tajam yang menyakitkan hati.

Koleksi Ucapan para Ustazah2 di TV :
Semua ini kata kata yang tidak mendorong ke arah keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

✳"Bila bab kawin, baru nak ikut sunnah?"
✳"Seorang isteripun tak mampu nak tanggung, inikan 2?
✳"Belanja dapurpun minta duit isteri, ada hati nak kawin lagi?"
✳"Wahai kamu Adam, janganlah ikutkan hawa Nafsu"
✳"Poligami itu tidak termasuk sunnah!"
✳"Kerjapun kilang dan sekurity, gaji tak seberapa tapi ada hati nak buka cawangan? Sedar diri tu sikit!" .... (*ermmm.. Nabi kerja apa? Berapa isteri Nabi Wahai ustazah?)

Poligami itu bukanlah hal untuk bersuka suka, melainkan untuk mengelakkan umat dari jatuh ke lembah maksiat selain meramaikan 'umat islam' sebab Rasulullah suka umatnya ramai dan suka umat islam yang mempunyai anak yang ramai.

NASIHAT BUAT PARA SUAMI YANG BERIMAN :
Jika kamu berkemampuan kewangannya, dan baik agamanya yang bisa memimpin & membimbing umat, maka apa salahnya jika kamu cuba cuba memasang niat menambah 'adik baru' ... kasihanilah 'mereka-mereka' yang masih tidak mempunyai suami di luar sana.

Jika kamu menutup hati atas Poligami, bermakna kamu telah menutup ruang 'wanita wanita' bujang di luar sana untuk memilikimu dan menumpang kasih sayang daripadamu. Mereka jadi "bujang terlajak" atas kerana kamu Taboo kepada Poligami, padahal ia telah Allah halalkan atas kaum Adam.

Kamu telah ditakut-takutkan dimomokkan agar kamu menjauhi "Poligami" ini kaum hawa, semua itu adalah bisikan bisikan syaitan agar manusia terjebak ke lembah yang dimurkai Allah.

JADILAH UMAT MUSLIM YANG "TAAT HUKUM"
"Jika kamu taat perintah Allah & Rasul, maka pandanglah Poligami itu sebagai suatu yang "BAIK" dan "MULIA" tapi bukan suatu yang harus ditakuti dan dijauhi.

SEKOLAH TAKWA BAGI KAUM HAWA
Hanya dengan poligami sahaja isteri isteri beriman akan bertambah menjadi "lebih baik"... Poligami itu sebenarnya adalah "SEKOLAH IMAN & TAKWA" buat kaum Hawa.

Hanya dengan poligami sahaja dapat diuji sejauh mana tingginya keimanan 'seorang isteri' yang muslimah atas segala ketentuan hukum Allah SWT. wassalam. 😊
☀✨🙏✨☀

P/S :
Maaf pada yang terguris hati & 'rasa'... tapi tidaklah kami berbicara mengikut kehendak rasa, kecuali semua itu adalah kehendak Allah agar kami menyampaikan hal 'Kebenaran' yang HAQ dari ajaran agama Islam silam - Ampun maaf pada kaum Hawa yang tersinggung

Wednesday, February 8, 2017

GAJI DAN REZEKI

GAJI DAN REZEKI

Gaji itu ada slipnya
Rezeki tidak ada slip

Gaji itu dari Boss
Rezeki itu dari ALLAH

Gaji itu hanya wang
Rezeki boleh berupa banyak hal.

Gaji itu diperoleh dengan kerja.
Rezeki itu diperoleh dengan iman.

Gaji itu sudah diduga,
Rezeki itu sering tak terduga.

Gaji mungkin sudah besar, tapi terasa kurang
Rezeki itu selalu mencukupi, meski tak seberapa..

Gaji harus dikejar, dicari dan diusahakan dengan bekerja.
Namun Rezeki boleh datang  bagi orang yang percaya.

Tidak semua orang memiliki gaji, tetapi setiap orang memiliki Rezeki.

Gaji kemungkinan tertukar dengan lain orang, tetapi Rezeki tidak akan pernah bertukar.

Besarnya gaji ditentukan oleh masa kerja dan kelayakan, sementara besaran Rezeki ditentukan iman dan percaya kita pada ALLAH.

Jadi, jangan pernah cemas, khuatir, resah, dan gundah terhadap nasib yang akan datang, terlebih jangan pernah merasa susah dan sedih terhadap yang luput dari masa lalu.
Yakinlah bahawa rencana dan kuasa ALLAH tepat dan indah  pada saatnya. 

Jadi...... gaji itu hanya sebagian kecil dari Rezeki.
💰💵💸💰💵💸💰💵💸💰💵💸

Laki dan Perempuan semasa di dunia dan di akhirat

🔴 PEREMPUAN diuji di DUNIA,,
🌸 Kena pakai TUDUNG ...
🌸 Kena pakai STOKIN ...
🌸 Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
🌸 Kena banyak FITNAH ...
🌸 Kena TAAT perintah SUAMI...
🌸 Kena menjaga MARUAH DIRI...
🌸 Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..

📢 Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

🔴 LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,
🍀 Tidak payah pakai TUDUNG...
🍀 Tidak payah pakai STOKIN...
🍀 AURAT senang dijaga ...
🍀 Tidak risau dengan FITNAH...
🍀 MUDAH nak buat apa sahaja..

📢 Tapi di AKHIRAT,,
🔹Tanggung dosa DIRI SENDIRI..
🔹Dosa ISTERI...
🔹Dosa ANAK-ANAK ..
🔹Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
🔹Dosa tidak beri NAFKAH..
🔹Dosa tidak menjaga PANDANGAN...
🔹Dosa ADIK-ADIK...
🔹Dosa sesama MANUSIA...
🔹Dosa tidak SOLAT...

📢 SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA...

LELAKI dan PEREMPUAN... masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL ...

⭐🌙 Janganlah kita MERUNGUT....REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...

🌙⭐ Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN ...Allahurobbi ...

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” fikir si tikus tersebut yang sedang kelaparan.

Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya adalah perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, aku tahu ini ialah masalah besar untuk kau, tapi ini tak ada kena mengena dengan aku… Aku tak kisah pun, jangan kacau tidur aku.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan aku Sang Tikus. Aku tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Aku akan pastikan kau sentiasa dalam doaku.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Aku simpati pada kau, tapi perangkap itu, kulit aku pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yg terkena perangkap itu terus mematuk kaki isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.

Wahai kawan2ku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.

Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.

Saturday, February 4, 2017

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK


Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yg lebih bermakna utk kita di alam sana.

Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yg tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, utk kebaikan our own future :

- Nanti jangan lupa bersedekah utk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang.
- jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur....
- Doakan kebaikan utk mak-abah setiap hari.....

Ini yg lebih penting utk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dgn amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yg masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yg ingatkan ibu-bapa mereka yg dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dgn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya.  Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT utk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.

Ingatlah,

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan utk diri sendiri, seorang bapa yg ada anak2 dan, seorang anak yg telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah .

Setiap hari saya cuba yg terbaik utk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dgn bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).

Semoga. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yg telah pergi,

Everyday.
.
.
Ust Asraff Ayobb

Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu.

Kita perlu berfikir jauh. Invest our time & effort utk dapatkan bantuan yg bersifat longlasting ini. Mulakan dgn mahir membacanya.