Monday, August 7, 2017

Ada orang...Rezeki dia...

Rezeki dalam hidup kita lain-lain...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down...

Ada orang...
Rezeki dia dpt kahwin dua orang...ada rezeki dpt 3 orang...maka tersenyumlah dia sorang2...

Ada orang...
Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis...

Ada orang...
Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu...

Ada orang...
Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat travel sana-sini...

Ada orang...
Rezeki dia, business maju dan bertambah maju...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi...

Ada orang...
Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran...

Ada orang...
Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi...

Ada orang...
Rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami...

Hakikatnya...
Allah menjadikan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri...

Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material...

Alhamdulillah...

Semua benda yang baik adalah *rezeki dari Allah*, walau pun hanya dengan dapat *baca satu ayat Al Quran* dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca *Al Quran* walau pun sekali dalam hidup dia...

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat...

Utamakan kehendak Allah, In Shaa Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara...

Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat...

Rezeki kita...
Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat...

Wahai saudara2 ku, semoga setiap nafas kita sentiasa mengingati Nya dgn rahmat Nya & kembali kpd fitrah...

Sunday, August 6, 2017

Apakah rezeki yang kita ingin selama ini

Dulu saya sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak tabungan, banyak aset disana sini, intinya : harta.

Setelah mencari2 apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yg tertera dalam alquran dan hadis), ternyata saya salah besar.

Ternyata,
▪Langkah kaki yg dimudahkan utk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki.

▪Langkah kaki yg dimudahkan utk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.

▪Hati yg Allah jaga jauh dari iri, dengki dan kebencian, adalah rezeki.

▪Punya teman-teman yg soleh/ solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

▪Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justru membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

▪Punya org tua yg selalu sakit, adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

▪Tubuh yg sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dgn sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki karena sakit adalah penggugur dosa.

▪Dan mungkin akan ada jutaan daftar panjang lainnya bentuk-bentuk rezeki yg kita tidak sadari.

Justru yg harus kita waspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, penuh dgn kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yg tidak kita tunaikan.

Muhasabah diri ini.

ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG TAHIYYAT

ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT..... Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting..... kita mengulanginya di dalam solat harian kita.

Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini..... sungguh tersentuh hati saya.

ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.

Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT..... dia tidak berkata 'Assalamualaikum'.

Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah SWT?

Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Allah.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:

"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut Toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah).

Allah SWT jawab:

"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:

"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah).

Nota - Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ..... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah).

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:

"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh" (Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

SubhanAllah!

Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

Apa yang anda fikir perlu anda lakukan dengan ini?

Bayangkan jika orang lain membacanya hanya kerana anda!

Ingat saya dalam doa anda..... Aamiin!

Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tiga soalan yang perlu di jawab oleh menterinya...

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya. Maka diberi istana, Gelaran, Isteri yg cantik dan pelbagai kemewahan..!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan.

PERTAMA!
Apa itu Dunia..?

KEDUA!
Apa itu Akhirat..?

Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu saja. Tak mahu syarahan yang panjang-panjang. Menteri Agama terpinga-pinga mencari jawapan yang memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu utk mencari jawapannya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kepada Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yg diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yang dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-galanya jika gagal memberi jawapan.

Menteri dah tak dapat tidur, makan pun tak lagi berselera, Cakap pun dah lain.
Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai utk mendapatkan jawapan tetapi gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana utk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang dimilikinya.

Masa hampir tiba.Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut, Dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung, Si Menteri tadi terpandang seorg tua yang sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala,
Orang tua itu berhenti utk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri makan  bersama. Menteri yg kerunsingan memikirkan jawatan, istana dan kemewahan yg akan lesap tak langsung berselera nak makan lagi.

Org tua itu bertanya,
"Tuan, Nampak seperti ada masalah..?
Boleh hamba tolong..?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan2 Sultan beserta syarat2nya kepada orang tua yg baik hati tadi.

Soalan pertama,
Apakah itu dunia?

Maka dijawab org tua tadi..!
"Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan.
Hal ini diketahui oleh hati masing2lah..!"

Soalan kedua,
Apakah itu akhirat?

Maka dijawab orang tua tadi..!
"Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa-apa maksud dunia di dalamnya.
Ini pun diketahui oleh hati masing2lah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman?

Maka org tua itu pun bagi tahu,
"Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar,
Mereka solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat,
Si Menteri terus bertanya,
"Apa itu iman..?"

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa-sisa makanan tengahari.

Orang tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga,
Dia mesti makan bersama anjing-anjing itu.

Si Menteri berfikir berkali-kali
Makan dengan anjing ni najis berat.
Tak makan kang jawatan lesap,
Harta melayang,
Hidup susah dan melarat..!

Nak dapat kerja lain bukan senang sekarang ni. Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan untuk makan bersama anjing-anjing itu..!

Apabila saja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu,
Org tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

"Wahai Tuan..!
Inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman,
Mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah..!

Akan tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah utk selamatkan dunianya..!"

Renungan bersama.