Friday, May 29, 2015

NASIHAT IBNU ATHO’ILLAH TENTANG REZEKI

Hanya utk prkongsian bg menilik diri kita di sisi Allah...

“Alangkah banyaknya sesuatu yang tersembunyi dalam dirimu! Jika engkau mahu mengamati dengan saksama maka pasti akan tampak. Dan, hal yang paling berbahaya adalah dosa keraguan kepada Allah SWT. Sebab, ragu terhadap rezeki bererti ragu terhadap Zat Sang Pemberi Rezeki, Ar Razaq. Dan sesungguhnya, dunia ini terlalu hina untuk kau risaukan!

Jika engkau mempunyai perhatian tinggi pastilah engkau akan merisaukan sesuatu yang lebih besar, yaitu masalah akhirat. Orang yang merisaukan hal-hal yang kecil, lalu melupakan sesuatu yang lebih besar, maka bererti dia adalah orang yang paling bodoh.

Kerana itu, kerjakanlah kewajipan untuk melaksanakan ibadah dan semua perintah Allah. Dia pun akan menjalankan apa yang menjadi kewajiban-Nya untukmu. Jika kumbang dan cacing saja diberi rezeki oleh Allah, apa mungkin engkau akan dilupakan?

Allah SWT berfirman, “Suruhlah keluargamu untuk solat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak menuntut rezeki darimu. Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa.” (QS Tha Ha: 132).

Jika engkau melihat ada orang yang risau kerana rezeki, maka ketahuilah bahawa sebenarnya dia jauh dari Allah. Seandainya ada yang berkata kepadamu, “Besok kamu tak perlu kerja! Cukup kamu kerjakan ini saja! Saya akan memberimu RM 2 juta,” pastilah engkau akan percaya dan mematuhi perintahnya. Padahal, dia itu makhluk yang faqir, tak mampu memberi manfaat atau mudharat. Lalu, mengapa engkau tidak merasa cukup dengan Allah Yang Maha Kaya dan Maha Mulia, yang menjamin rezekimu sepanjang hidupmu?

Allah SWT berfirman, “Tidak ada makhluk yang melata di muka bumi ini kecuali Allah-lah yang menjamin rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggal binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semua tertulis dalam Kitab yang nyata (Lawh Mahfuzh).” (QS Hud [11]: 6).

---Ibnu Atha’illah dalam Bahjat An-Nufus

Wednesday, May 27, 2015

Cara mendidik anak

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Saturday, May 23, 2015

Cara minum Air Alkali (Kangen Water)

Panduan ini adalah sebahagian coretan oleh Dr. Dave Carpenter dalam bukunya "Change Your Water, Change Your Life"

Ketika bangun pagi, anda disarankan untuk minum 1 gelas air berion. Setelah tidur selama 6-8 jam, badan kita pastinya memerlukan air.

Sekiranya air merupakan komponen pertama yang masuk ke dalam tubuh kita, seluruh organ pencernaan akan segar dan air tadi akan membersihkan perut sebelum kita mengambil sarapan.

Minum air alkali sekurang-kurangnya setengah jam sebelum makan. Ini kerana ia dapat merangsang rembesan asid hidrochloric untuk percernaan dan penyerapan nutrien secara efektif dalam badan kita.

JANGAN minum air ketika makan, terutamanya air alkali kerana ini akan meneutralkan asid hidroklorik dalam perut. Sekiranya asid hidroklorik dalam perut menjadi neutral, pencernaan tidak dapat berlaku dengan sempurna dan lambat.

Sekiranya BENAR-BENAR TERPAKSA dan perlu minum air, minumlah air biasa yang bersifat neutral (Contohnya air minuman pH7). Walau bagaimanapun, sebarang jenis air tidak digalakkan diminum ketika makan kerana air akan mencairkan asid hidroklorik dan seterusnya melambatkan pencernaan dan penyerapan nutrient ke dalam badan.

TUNGGU sekurang-kurangnya satu jam selepas makan untuk minum air. Biarkan makanan tersebut hadam ke dalam perut terlebih dahulu.

HENTIKAN dan ELAKKKAN pengambilan air bikarbonat kerana air ini akan menjadikan tubuh badan sangat berasid . Tubuh badan kita memerlukan air alkali kira-kira 1 Liter untuk meneutralkan asid dari air bikarbonat ini.

Minum air SEPANJANG HARI. Letakkan air anda ditempat yang selalu anda berada. Selain itu, panduan ini juga turut di sokong oleh Dr. Hiromi Shinya menerusi bukunya "The Enzyme Factor":-
1-3 cawan air setelah bangun dari tidur
2-3 cawan air 1 jam sebelum makan tengahari 2-3 cawan air 1 jam sebelum makan malam
20 minit setelah minum air, makan buah-buahan
Mengambil sarapan 30 minit selepas makan buah-buahan.

Elakkan mengambil air sebelum tidur pada waktu malam ini kerana akan menyebabkan refluks. Refluks ialah keadaan dimana kandungan didalam perut (asid perut) cuba untuk kembali semula ke bahagian esofagus.

Ini akan menyebabkan pedih ulu hati. Elakkan minum air ketika makan. Air akan mencairkan enzim pencernaan ketika makan sekaligus menjadikan makanan sukar untuk dicernakan dan diserap ke dalam tubuh kita.

Saranan pengambilan makanan dan minuman ini telah disarankan oleh para saintis dan dalam tidak sedar ia juga diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu.

Antara adab Rasulullah s.a.w. ketika makan dan minum ialah:-

Dilarang makan berselang seli dengan air Memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan
Mengamalkan banyak minum air
Elakkan kekenyangan sebelum tidur
Minum dengan tiga nafas-
Minum dengan tiga kali tegukkan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman.
Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain Hindari menonggang
Minum dalam keadaan duduk.

Semoga tips dan panduan ini dapat membantu cara minuman harian anda untuk kekal sihat dan cergas.

Monday, May 4, 2015

Ukuran kejayaan

Pd usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pd usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pd usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pd usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pd usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)
Pd usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pd usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pd usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pd usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pd usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pd usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pd usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pd usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pd usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pd usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pd usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pd usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pd usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua manusia).

"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Tuhan yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan pergi...

Hargailah sebuah pengorbanan

Permintaan saya ialah mohon baca  dan kongsikan pembacaan itu bersama anak-anak .

Seorang lelaki muda datang untuk memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.

Beliau lulus temuduga awal, dan kini akan bertemu pengarah untuk temuduga terakhir.

Pengarah mendapati dari CV bahawa pencapaian akademik lelaki itu  sangat baik.

Beliau bertanya, Adakah anda mendapatkan apa-apa biasiswa di sekolah ...?
Lelaki  itu menjawab "TIDAK".

Siapa  yang membayar  yuran sekolah anda ...?
"Ibu bapa", dia menjawab.

"Di mana mereka bekerja ......?"

"Mereka bekerja sebagai tukang cuci pakaian."

Pengarah  meminta  lelaki itu  menunjukkan tangannya.
Lelaki itu menunjukkan sepasang tangan yang halus dan sempurna.

"Adakah anda pernah membantu ibu bapa anda mencuci pakaian?"

"Tidak sekali-kali, ibu bapa saya sentiasa mahu saya untuk belajar dan membaca  buku.

Tambahan pula, ibu bapa saya boleh mencuci pakaian dengan lebih cepat daripada saya.

Pengarah itu berkata, "Saya ada 1 permintaan.

Apabila anda pulang ke rumah hari ini, pergi dan bersihkan tangan ibu bapa anda, dan kemudian jumpa saya pagi esok.

Lelaki itu berasa kecewa.
Apabila dia pulang ke rumah, dia meminta orang tuanya untuk membiarkan dirinya membersihkan tangan mereka.

Ibu bapanya berasa pelik tetapi gembira dengan perasaan bercampur-campur,
Mereka menunjukkan tangan mereka kepada anak mereka.

Lelaki itu membersihkan tangan mereka perlahan-lahan.
Air mata lelaki itu jatuh menitik-nitik kesayuan.

Inilah kali pertama lelaki itu melihat  tangan ibu bapa  nya yang berkedut-kedut; dan terdapat begitu banyak lebam di tangan mereka.

Kelihatan lebam itu begitu  menyakitkan apabila disentuh. Pedih.

Buat pertama kali dalam hidup  lelaki itu dia   menyedari dari tangan ibu bapa ini lah yang membasuh pakaian setiap hari bagi  membolehkan yuran sekolahnya di bayar.

Lebam di tangan adalah harga yang di bayar oleh ibu bapa nya untuk digunakan bagi menampung kos pendidikan, aktiviti sekolah dan masa depannya.

Setelah membersihkan kedua-dua tangan ibu bapabya, lelaki itu  secara senyap-senyap membasuh semua pakaian yang berbaki itu.

Pada malam hari, ibu bapa dan anak itu bercakap untuk satu tempoh  yang lama.

Pagi keesokan harinya, lelaki itu pergi ke pejabat pengarah.

Pengarah perasan air mata berlopak di matanya seraya bertanya:

"Bolehkah anda beritahu saya apa yang telah anda lakukan dan pelajari semalam di rumah anda ....?"

Lelaki itu menjawab,
Saya membersihkan tangan ibu bapa saya, dan juga selesai membersihkan semua pakaian yang masih ada.

"Saya kini tahu apa itu erti sebuah penghargaan.

Tanpa ibu bapa saya, saya tidak akan menjadi siapa saya hari ini ...

Dengan membantu ibu bapa saya, baru  sekarang saya menyedari betapa susah dan sukarnya  mendapatkan sesuatu

Pengarah tersebut terus menambah,
"Ini adalah apa yang saya cari dalam diri seorang pengurus.

Saya mahu merekrut seseorang yang boleh menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain bagi mendapatkan sesuatu yang dilakukan; dan seseorang yang tidak akan meletakkan wang sebagai matlamat sahaja dalam kehidupan. "

"Anda diterima untuk bertugas"

Seorang kanak-kanak yang telah dilindungi dan lazimnya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membangunkan "mentaliti hak" dan sentiasa meletakkan dirinya pertama.

Dia akan menjadi jahil & buta dengan apa yang diusahakan oleh  ibu bapanya.

Sekiranya kita ini jenis ibu bapa prihatin, adakah kita benar-benar menunjukkan kasih sayang atau sedang memusnahkan masa depan  anak-anak kita  ...?

Anda boleh biarkan anak anda tinggal di sebuah rumah besar, makanan yang enak & lazat serta menonton di TV LCD.

Tetapi apabila anda memotong rumput, ajak mereka bersama untuk merasai aktiviti terbabit.

Selepas makan, biarkan mereka membasuh pinggan mangkuk mereka dan bersama-sama dengan saudara-saudara mereka.

Ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah seorang pembantu rumah, tetapi ia adalah kerana anda mahu menyayangi mereka dengan cara yang betul.

Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kaya ibu bapa mereka, satu hari perlahan-lahan rambut mereka akan mula beruban, sama seperti yang dialami pasangan ibu  bapa muda.

Perkara yang paling penting dalam hidup ini adalah;  anak anda harus belajar untuk berusaha dan mengalami kesukaran serta  berkeupayaan untuk bekerja dengan orang lain bagi mendapatkan perkara yang diingini.

Sila  kongsikan artikel ini kepada seramai mungkin ... Ia mampu  mengubah hidup / sikap seseorang itu

Bersyukurlah segalanya

Assalamualaikum...

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki .. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah..
utk renungan bersama..👍

Zaman Dulu dan Zaman Sekarang

Zaman dahulu bila duduk aja kat restoran kita akan tanya,teh ais ada?
Zaman sekarang kita akan tanya "mamak, password wifi apa"...

Zaman dahulu, imam akan remind, "luruskan saf, rapatkan antara tumit"..
Zaman sekarang imam akan remind, "matikan henpon..."..

Zaman dahulu kita terima khabar mengejut dengan telegram,
Zaman sekarang kita sembang dengan Telegram...

Zaman dahulu banyak accident kereta sebab terlelap,
Zaman sekarang banyak accident sebab sibuk whatsapp.

Zaman dulu kita berjual beli pakai timbang kati,
Zaman sekarang kita jual beli pakai GST

Zaman dulu org bangun pagi dok mikir nak makan ape,zaman skrg org bangun pagi dok mikir nak makan sapa......

Semoga bahagia

MACAM-MACAM Syukur dan Cara Bersyukur yang Baik

Dalam hadits diceritakan” suatu malam Aisyah ra mendapati Rasulullah SAW sedang melakukan shalat tahajud hingga membuat kaki beliu bengkak karena berdiri terlalu lama.

Melihat itu Aisyah ra berkata,” Ya Rasulallah, mengapa dirimu selalu melakukan ini setiap malam hari, sedangkan hal ini bukanlah merupakan kewajiban. dan bukankah dosa-dosamu yang lalu dan yang akan datang sudah diampuni oleh Allah? . Rasulullah SAW pun tersenyum dan berkata,” Apakah salah jika aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur”?.

Sungguh indah apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, tidak ada rasa kesombongan. tidak ada kemalasan untuk senantiasa mendapatkan cinta sang Kuasa, meskipun gelar kekasih telah ia dapat dari Allah SWT.
Dalam surat Ibrahin : 7 Allah berfirman,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti akan Kami tambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
Lantas bagaimana cara bersyukur? bersyukur dapat dilaksanakan dengan berbagai cara.
1. Bersyukur dengan lisan.
orang yang bersyukur senantiasa akan memuji Tuhannya, mengucapkan hamdalah jika mendapat nikmat, beristighfar jika melakukan kesalahan, mengucapkan subhanallah jika melihat ciptaan-Nya, menasehati saudaranya yang salah, dsb.
2. Bersyukur dengan hati.
yakni dengan menjaga dari penyakit-penyakit hati , seperti dengki, iri hati, munafik, riya, dll. Hati yang bersyukur akan selalu berprasangka baik dengan apa yang telah ditetapkan dalam hidup ini.

3. Bersyukur dengan amal perbuatan.
Memberikan banyak kebaikan kepada orang lain adalah salah satu bentuk rasa syukur. Bersyukur sangat dituntut dilakukan dalam keseharian. perilaku yang baik, santun, jujur, ramah tamah adalah bagian dari rasa syukur itu sendiri.

Hal ketiga inilah yang paling penting dalam kehidupan kita sekarang ini. sudah seharusnya bangsa ini menjadi bangsa yang bersyukur, rakyat juga bersyukur. Sedangkan pemimpin yang bersyukur adalah mereka yang senantiasa menjadi suri teladan bagi rakyatnya, bukan mengajarkan rakyat berlaku kufur dengan segala konspirasi yang ada.
Wallahu a’lam.

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.

Allahuakbar..
Wallahua'lam