Monday, January 25, 2016

AMALAN SEPERTI BEKAS YANG BOCOR

@ Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air> ia umpama . . bekas BOCOR.

@ Kita solat, sedekah, baca Quran, pergi haji dan umrah banyak kali tapi kita sering membuat memfitnah atau mengumpat orang> ia umpama . . bekas BOCOR.

@ Kita beri banyak sedekah dengan belanja kawan2 dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak> ia umpama . . bekas BOCOR.

@ Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat pada Allah tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci> ia umpama . . bekas BOCOR.

@ Kita kuat beramal membaca Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka> ia umpama . . bekas BOCOR.

@ Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada kita belum berkahwin pula dengan tujuan memikat> ia umpama . . bekas BOCOR.

@ Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian> ia umpama . . bekas BOCOR.

@ Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah> ia umpama . . bakes BOCOR.

@ Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa Allah jadikan hidup kita terseksa begini> ia umpama . . bekas BOCOR.

AYUH.. sahabatku mari kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas . .
Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk
Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan Allah SWT di akhirat kelak.

* Peringatan utk diri sendiri serta sahabat2ku semua. *