Friday, January 30, 2015

Kisah rumahtangga-masalah pendengaran

Seorang lelaki pergi menemui doktor kerana risaukan isterinya yang tidak lagi mampu mendengar dengan baik seperti dahulu.

Dia merasakan yang isterinya mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran.

Doktor pun mengesyorkan supaya si suami mencuba satu ujian bg mengesahkan jika si isteri benar2 mempunyai masalah pendengaran.

"...awak buat mcm ni. Berdiri dengan jarak 40 kaki di belakangnya dan tanyakan soalan dengan nada biasa.

Tengok dia boleh dengar atau tidak. Kalau dia tak dengar, awak dekatkan lagi jarak 30 kali, 20 kaki dan seterusnya. Sampailah awak dapat respons daripada isteri awak.."

Petang itu si suami pun memulakan ujiannya.

Isterinya sedang sibuk memasak di dapur. Lalu dari jarak 40 kaki dibelakang, dia bertanya kepada isterinya...

"sayang masak apa utk malam ni?"

Tiada respons.

Dia pun berjalan lebih dekat kepada isterinya. Pada jarak 30 kaki dia bertanyakan soalan yang sama. Masih tiada jawapan.

Dia semakin yakin yang isterinya memang ada masalah pendengaran.

Dia dekatkan lagi jaraknya pada 20 kaki dan sekali lagi dia bertanya...

"Sayang masak apa?" Pun tiada jawapan...

Pada jawak 10 kaki di belakang isterinya dia pun bertanyakan soalan yang sama lagi. Pun masih senyap.

Akhirnya si suami datang betul2 di belakang isterinya sebelum bertanyakan soalan yang sama buat kali kelima...

"..sayang, malam ni masak apa?"

"...Abang, dah lima kali saya jawab, malam ni saya masak ayam cili api..."

🔇
.....😆😆😆