Friday, January 30, 2015

Allah Maha Kuasa menetapkan segala sesuatu

🍀  Allah Maha Kuasa menetapkan segala sesuatu dengan sistemnya seperti yg dijelaskan dlm Rukun Iman ke-6, dan bukan tanpa sistem, tanpa matlamat dan tujuan.
🍀 Setiap sesuatu taqdir Allah yg ingin dicapai memerlukan usaha (كسب), sama ada sikit, banyak sikit atau banyak-banyak.
🍀 Tanpa usaha dan ikhtiar, taqdir Allah tidak akan dicapai kerana sistem Allah  menghendaki insan mendorong dan menggerakkan diri ke arah perubahan menerusi usaha sendiri  terlebih dahulu.
🍀 Telitikanlah kata hikmah ini yg menyebutkan: "Org yg  berusaha mencari sesuatu (طلب شيء), akan mendapatkannya, paling tidak sebahagian daripadanya (بعضه)."
🌍 Justeru, siapapun kita adanya,  berusahalah, berikhtiarlah kerana usaha yg besar memungkinkan hasil yg besar diperolehi, dan begitulah juga sebaliknya.
🍀 Secara mudahnya, Allah menetapkan bhw usaha yg banyak akan dapat banyak, dan usaha yg sedikit akan dapat sikit.
🍀 Dari kualiti usaha juga penting dilihat,  kerana usaha banyak tanpa kualiti boleh berikan pulangan yg kecil,  dan usaha sedikit yg berkualiti berikan pulangan besar.
🍀 Dlm kedua2 keadaan,  jgn lupa syukur alhamdulillah atas ni'mat Allah kerana dpt ganjaran drp usaha itu.
🌎 Jadi, sebelum berangan2 dpt hasil sebesar gunung,  tanyakan diri tentang matlamat usaha, usaha itu sendiri, kualiti usaha, sistem dan perancangannya.
💥 Usaha anda adalah gambaran diri anda, dan andalah apa yg anda usahakan