Tuesday, July 25, 2017

Tips ketika menunaikan haji

Khusus utk kawan kawan yang nak ke tanah suci..untuk mengerjakan haji ...

Sajer nak kongsi tips haji:


1.Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2.Bawak extension cord. Banyak jasanya berkongsi dengan kawan sebilik untuk caj telefon.Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.

3. Bawak tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawak ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan2. Terutama di kem Mina.

5. Bawak Quran kecik yg sendiri punya.Senang nak baca di mana2. Niat nak khatam di Mekah.
Baru ada nostalgia... best.

6.Makanan di sana tak pedas..banyak guna sos tomato. Bawa cili sos..kicap...sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.

7.Masa ke Muzdalifah bawa sudu..untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar)..jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang  Lampu suluh kecil jgn lupa. Siap melontar batu lebih dibuang. Haram bawa balik.

8. Di dlm Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat..Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain...jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain..janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan(pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pi dlm kumpulan rakan sebilik. Jika terpisahpun tak risau.

9.Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid dll supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10.Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up...spt Zain, Mobile. STC susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile..kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga.

11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH..boleh keluar duit hari2 yg mampu nak Shooping. Kalau lebih boleh simpan balik.

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan2 sebilik siapa gilir2 boleh ambil nasi makanan tgh dan mlm ikut bilangan kawan2 sebilik. Ambil letak di bilik.

15.Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa2....jgn takut minta tawar

16. Patuh pada arahan TH. Masa pi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru..hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkn diletak didlm masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat..solat sunat taubat dll...minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah2an dimaqbulkan.

Selamat berangkat..... semoga dipermudahkan... mendapat Umrah dan Haji Mabrur...Aamiin.

Selamat berangkat kpd jemaah2 yg pergi. Semoga dipermudahkan urusan dan dpt haji mabrur.Aamiin.