Wednesday, July 5, 2017

Cara berdoa ketika marah

Kisah seorang ibu yang mendoakan anaknya menjadi Imam Besar Masjidil Haram..!

MEYAKINKAN UMAT UNTUK MENJADIKAN DOA ITU SEBAGAI SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

P E R G I  K A M U
K E L U A R  D A R I  S I N I

S E M O G A
A L L A H  J A D I K A N
K A M U  I M A M
M A S J I D I L  H A R A M

D o a l a h  y g  b a i k - b a i k
J a n g a n  d o a  y g  b u r u k
C o n t r o l  e m o s i  a n d a

Seorang anak kecil sedang asyik bermain-main tanah. Sementara si ibu sedang menyiapkan jamuan makan yang diadakan si ayah.

Belum lagi datang para tetamu yang diundang makan, tiba-tiba kedua-dua tangan anak kecil yang comel itu menggenggam debu..!

Si anak ini lalu masuk ke dalam rumah dan menaburkan debu itu di atas makanan yang terhidang. Anda dapat bayangkan..?

Ketika si ibu masuk ke rumah dan melihatnya, beliau marah dan berkata,

“Izhab ja’alakallahu imaaman lilharamain..!”

Yang ertinya, “Pergi kamu! Semoga Allah jadikan kamu imam Masjidil Haram..!”

Subhaan Allah..! Kini anak itu telah dewasa dan telah menjadi imam di Masjidil Haram..!

Tahukah anda, siapa anak kecil yang didoakan ibunya ketika marah itu..?

Beliau adalah Syeikh Abdurrahman as Sudais, Imam Masjidil Haram yang nada bacaannya menjadi kegemaran kebanyakan kaum Muslimin di seluruh dunia.

Ini adalah teladan bagi para ibu, calon ibu, ataupun ibubapa.

Hendaklah selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak meskipun dalam keadaan yang sedang marah.

Ini kerana salah satu doa yang tidak terhalang adalah doa ibubapa orang tua untuk anak-anak mereka.

Sekaligus ini menjadi peringatan bagi kita agar menjaga lisan dan tidak mendoakan keburukan bagi anak-anak lebih-lebih lagi bila kita dalam keadaan marah.

Janganlah kamu mendoakan keburukan untuk diri kamu sendiri. Begitu juga untuk anak-anak kamu, pembantu kamu, juga harta kamu.

Jangan sekali-kali mendoakan keburukan yang boleh jadi bertepatan dengan masa di mana Allah mengkabulkan doa kamu..!

(HR Abu Dawud)

P E R G I L A H
K A M U  K E L U A R
J A U H - J A U H  H I N G G A
K E  H U J U N G  D U N I A

S E M O G A
A L L A H  S E B A R K A N
H I D A Y A T
K E  S E L U R U H  A L A M

Mendoakan setiap jemaah yang dibentuk dapat disempurnakan.