Saturday, May 20, 2017

Jika Anda Orang Beriman.... Part 1

Di antara kandungan ceramah ustaz Ebit Lew di masjid MITC malam tadi 20/5/2017 yang dapat saya catat :

1.Orang beriman tidak  akan banyak komplain pasal makanan sebab mereka malu dgn Allah, Allah maha mendengar.
2.Orang beriman akan sentiasa jaga percakapannya.
3.Doa dan minta pertolongan pada Allah untuk buat kebaikan dan tinggalkan dosa,  Allah akan buka jalan.
4.Dalam majlis ilmu duduk rapat -rapat dan siapa duduk saf depan akan cepat dapat rahmat Allah. Siapa yang malu-malu duduk belakang akan lambat dapat rahmat Allah.
5. Bulan Ramadhan hati manusia lembut jadi kena banyak buat dakwah selain dari banyakkan buat ibadah.
6.Kita juga perlu ajak orang lain jaga ibadah bukan ibadah sendiri-sendiri. Selalu minta hidayah utk manusia lain juga.
7.Sesiapa yg berhenti belajar dia mati sebelum dia mati. Musibah paling besar apabila hati mati iaitu tidak mahu mendengar majlis ilmu.
8.Syaitan adalah makhluk yg paling berilmu tapi sombong. Sepatutnya makin berilmu makin rendah diri.
9.Perintah Allah melalui wahyu pertama adalah untuk ilmu dan yg kedua untuk berdakwah. Sentiasa kongsi ilmu yg kita dapat walupun sedikit.
10.Ilmu ada dua. Pertama ilmu pada lidah utk debat dan bahas. Kedua ilmu yg turun ke hati, akan membawa kita dekat dengan Allah.
11.Semakin kuat kita buat dakwah, jiwa akan semakin bersih dan hati tenang.
12. Mendapat keampunan dari Allah adalah perkara yg paling mahal kerana apabila dosa kita diampunkan kita akan dapat redha Allah.
13.Orang yg benar-benar kenal Allah tak akan sanggup buat dosa.
14. Orang beriman akan sayang pada semua orang.
15.Orang lelaki solat sembahyang 5 waktu mesti di masjid.
15.Orang yang jaga solat subuh berjemaah,  Allah akan jaga dia.
16. Walaupun ketika belum Islam Khalid Al Walid telah membunuh ramai orang Islam tetapi orang Islam dengan mudah memaafkan Khalid Al-Walid sebab beliau telah kenal Islam walaupun yg dibunuh suami/anak/adik beradik sendiri
17.Bab perintah Allah jangan manjakan diri.
Nak tahu berkat ke tidak puasa Ramadhan kita nanti, lihat solat fardhu, adakah 5 waktu di surau/masjid.
18. Solat dan jaga solat adalah dua benda berbeza antara langit dan bumi. Jaga solat bagi wanita ketika azan telah duduk atas sejadah. Jaga solat bagi lelaki mesti di surau/masjid. Tunggu solat juga dapat pahala umpama kerjakan solat. Kalau tahu kelebihan solat jemaah, nescaya sanggup datang walaupun terpaksa merangkak.
19.Jika Allah murka tiada tempat untuk kita lari. Apa yg kita buat sama dengan yg Nabi buat dan  Allah suruh itulah yg terbaik untuk dapat redha Allah.
20.Orang beriman untuk dapat rahmat Allah mereka sanggup korbankan nyawa. Untuk Allah buat apa pun berbaloi tetapi kenapa tidak sanggup bangun untuk solat Subuh berjemaah di surau/masjid. Di mana tahap iman kita?
21.Tinggalkan usaha untuk memperoleh sesuatu itu adalah jahil tetapi yakin selain dari Allah itu boleh memberi manfaat/mudarat adalah sesat.
22. Orang yang kenal dan cinta Allah pasti akan hargai ibu bapanya.
23. Jangan benci pada orang bukan Islam sebab mereka tak kenal tuhan tapi kesian dan doakan mereka mendapat hidayah.

Semoga perkongsian ini dapat kita sama-sama amalkan dan sampaikan pada yang lain.