Thursday, December 22, 2016

Cuba kita rasa bila kita diperlakukan begini..

AMALAN SOLAT

Seorang suami bertanya pada isterinya, "Sudah solat asar ke..?”

"Belum..!" Jawab isterinya ringkas.

Suaminya bertanya lagi, "Kenapa belum solat..?"

Lalu isterinya menjawab, "Saya baru saja balik, badan letih sekali dan saya tertidur tadi..!"

Suaminya menjawab, "Baiklah, bangun dan solatlah asar dan maghrib sekali gus..! Sebentar lagi akan masuk waktu isyak..!"

Pada keesokan hari, suaminya pergi untuk bertugas ke Singapura..! Seperti biasa si suami akan telefon isterinya bila telah tiba dengan selamat di tempat kerjanya..!

Si isteri menunggu berjam-jam telefon dari suaminya namun si suami tak juga menghubunginya..!

SMS atau whatsApp pun tidak ada..! Si isteri mulai cemas kerana ini bukan kebiasaan suaminya..!

Ia mula membuat macam-macam andaian dan amat risau dengan keselamatan si suami. Berkali-kali dia cuba menghubungi HP suaminya, terhubung tapi tak diangkat..!

Setelah beberapa jam akhirnya si suami mengangkat HPnya..! Terketar-ketar si isteri bertanya,

"Abang, apakah abang telah tiba dengan selamat..?"

"Ya, alhamdulillah..!'' Jawab suami ringkas..!

"Bila sampainya..?" Si isteri bertanya lagi..!

Si suami menjawab, "Saya sampai kira-kira 4 jam yang lalu..!"

Dengan nada marah si isteri berkata lagi, "Empat jam yang lalu dan abang tidak menghubungi saya..?"

Masih dengan nada malas, si suami menjawab, "Abang rasa letih sekali dan tertidur sebentar..!"

Si isteri bertanya lagi, "Berapa minit sangat, kalau hendak telefon saya..? Cuma sekejap saja tak boleh ke..? Apa tak dengar ke bunyi HP waktu saya call berkali-kali..?"

"Ya, abang dengar..!" Jawab suami

Dengan suara sedih si isteri berkata, "Kenapa macam tu..? Apa abang dah tak sayang saya lagi ke..?"

Si suami menjawab, "Abang amat sayang padamu..! Tapi kelmarin mengapa engkau tidak menyahut seruan azan asar dan bersegera solat..?"

"Bukankah solat itu hanya sebentar..? Bagaimana nanti abang nak menjawab bila ditanya ALLAH tentang perbuatan kamu itu..? Apakah engkau sudah tidak sayang padaku..?"

Si isteri terdiam kaku dengan jawapan si suami, lantas berkata,

"Engkau benar suamiku..! Saya mohon maaf..! Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi..!"

Sejak hari itu si isteri tidak pernah lagi melewat-lewatkan waktu solat bila tiba waktunya..!"

Y A N G  B A I K

SUAMI YANG BAIK IALAH SUAMI YANG AMBIL BERAT TENTANG AGAMA ANAK ISTERI MEREKA

Y A N G  L E B I H  B A I K

SUAMI YANG LEBIH BAIK IALAH SUAMI YANG MENYEDIAKAN SETIAP AHLI KELUARGANYA KELUAR KE JALAN ALLAH

Y A N G  T E R B A I K

DAN SUAMI YANG TERBAIK PULA IALAH SUAMI YANG BERHABIS-HABISAN MENGURBANKAN HARTA DIRI DAN MASA IKUT KEHENDAK ALLAH.

S E M A K L A H
H U B U N G A N  K I T A
D A L A M  M E M B A N G U N K A N
U S A H A  A G A M A  I N I

Membetulkan fikir umat dari fikir dunia kepada fikir Akhirat. Dari kesibukan kerja dunia kepada kesibukan kerja agama dan membaiki iman dan amal masing-masing dengan betul.

:: ✋😃 jaga masa ikut perintah Allah