Wednesday, March 18, 2015

Tujuh sebab kenapa kita perlu berjaya

Bila ibu bapa masih belum mampu menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan haji, siapakah akan membantu menunaikan hajat dan impian mereka?. Tergamakkah kita katakan "aku pun tak ada duit."

Bila ibu bapa anda perlukan duit untuk sesuap nasi, seteguk air, siapa yang menanggung mereka?. Tergamakkan kita berkata," aku pun tak cukup makan.'

Bila ibu bapa sakit, siapa yang uruskan bil-bil perubatan?. Adakah kita hanya pejam mata, pekakkan telinga?. Mereka tidak pernah meminta dari kita kerana mereka memahami keadaan kita. Tapi adakah kita memahami keadaan mereka?. Tergamakkah kita berkata, "aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

Bila ibu bapa anda bersedih kesunyian, tiada anak datang menjenguk, siapa akan pulang melihat mereka sedangkan anda sibuk sibuk dan sibuk memanjang. Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja kerana mereka sudah merasai tidak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi. Tergamakkah kita berkata," aku bukan tak nak balik, tapi bos tak bagi cuti, kena outstation."

Bila ibu bapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya?. Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka. Adakah wajahnya dalam kecerian atau kesedihan. Tergamakkah kita berkata, "aku bukan tak nak balik masa dia sakit, tapi masa tu tengah sibuk sangat".

Bila ibu bapa sudah tidak mampu uruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibu bapa kita tak pernah buang kita walau pun kita banyak kerenah. Mereka bergolok gadai bertungkus lumus besarkan kita. Mampukah kita menguruskan mereka dengan usaha kita sendiri?. Tergamakkah kita berkata, "aku sibuk,biarlah adik-beradik yang lain uruskan."

Bila ibu bapa anda minta duit untuk beli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda beri tanpa sebarang alasan?. Ketahuilah, walau apapun kita lakukan untuk ibu bapa kita,kita masih belum mampu membalas jasa mereka.