Wednesday, November 30, 2016

BAIKKAH SAYA??

Baik kah saya walaupun selalu sholat 5 waktu serta tepat pada waktunya

Baik kah saya walaupun telah berhaji & umroh beberapa kali

Baik kah saya walaupun telah bersedekah setiap hari

Baik kah saya walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kpd orang lain yang berbuat salah.

Baik kah saya walaupun sudah pakai jubah, berjenggot dan menutup aurat dengan sempurna.

Baik kah saya walaupun setiap malam sholat Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir

Baik kah saya walaupun  tiap hari ke masjid atau musholla utk shalat & menambah ilmu.

Baik kah saya walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

Baik kah saya walaupun setiap saat kita menolong orang lain.

al-Quran, surah an-Najm ayat 32:

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) karena Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa

Aisyah (ra) ditanya orang "Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "yaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "yaitu orang yang merasa dirinya buruk

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

Karena kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letakkan dalam keadaan:

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain mungkin lebih baik dari aku karena hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah".
Aku sedang perbaiki diriku dan mencoba menjadi berguna bagi orang lain._-  👍.
....
'..آمين... آمين... آمين...  يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
Άαmίίπ 3x Yαα Robbαl Άlααmίίπ..

Friday, November 18, 2016

4 AMALAN AGAR MUDAH MENCAPAI REDHA ALLAH.


Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya.
Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya.
Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan kamu hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka janganlah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya.
Biarkan ia dengan perasaan yang aman.
Kamu carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok/kerongkong.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elakkan dari membuatnya terkejut.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara kamu dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila kamu terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat kamu hendak memberi makhluk lain makan.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan kamu rezeki dari jalan yang tak disangka.

Bila kamu berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan kamu dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana kamu tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan kamu ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

-Tuan Guru Allahyarham Dr Haron Din..
☆

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA ..

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
 
Sabda Rasulullah s. a. w :-
  "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."  Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
  
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
 
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.        Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat" Mendengar itu para sahabat bertanya:

"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-  "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka),
di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud" Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Sunday, November 6, 2016

Puspakom kat hospital?????..

Perbualan sorang pomen motor dgn sorang ustaz yg bertanyakan soalan

Pomen : "Assalamualaikum ustaz "
Ustaz   : "W'salam.. ha.. awatnya"
Pomen : "Dak aih..ni nak tanya sikit pasai mayat"
Ustaz : "Ha..awatnya..sapa meninggai"
Pomen : "Kawan accident dgn backhoe"
Ustaz : Innalillahiwainna ilai hi rojiun.. muda lagi ka?
Pomen  :" Muda lagi ustaz.. baru masuk 26.. hujung tahun ni baru  nak menikah"
Ustaz : "Ishh ishhh ishhh.. hang nak tanya apa.."
Pomen  : "Macam ni ustaz.. saya kat tempat accident lagi ni.. polis mai nak bawa mayat pi puspakom"
Ustaz ;" Awatnya.. dia naik moto takdak roadtax ka yg nak kena bawa moto pi puspakom"
Pomen: "Bukan motor ustaz oii.. mayat dia la... polis kata pasai dia muda lagi.. boleh ka ustaz?"
Ustaz :  Ishh.. tak tau nak habaq la pulak kot prosedur baru..!
Pomen : Tu yang pening la ni....saya dok bertengkaq dgn polis ni.. depa nak bawa pi puspakom jugak.!!!!.....
Ustaz :" Puspakom mana yang buka lagi pukui 11 malam niii!
Pomen : Puspakom kat hospital laaa!!!!
Ustaz : "Bila masa puspakom buka kat hospital"
Pomen  : "Laaa.. ustaz oii.. memang depa buat puspakom kat hospital.. abih depa belah perut  tengok kantung hati limpa belah kepala la mcm2 lagi aihh.. depa buat kat mayat..sian kat mayat"
Ustaz  : oiii TELOQ MASIN oiii hat tu bukan puspakom.. hat tu postmortem.....
                             #&%$## "Sepat benua.. keladi angin.. pucuk kaduk..koq jamban punya budak.. lain kali jangan dok kalut pomen moto saja, pomen otak hang sama......😆😆😆

RAHSIA AL-FATIHAH

1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

Kongsilah dengan rakan group yg lain...mudah-mudahan  penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.

Saturday, November 5, 2016

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..-Wilson Jack Ma Pengasas Alibaba

Jack Ma berkata:

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA. 

Kalau kamu luangkan masa untuk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa untuk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa untuk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome. 

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik. 

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga  kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA

Friday, November 4, 2016

Nilai 15 sen buat orang miskin dan orang susah..

Tadi semasa di sebuah kedai ada orang berbual kata ish cuma 15 sen jer ustaz. Cuma seringgit lebih jer...bukan banyak pun. Sebenarnya abang seringgit atau sejuta semua takde kuasa. Yang berkuasa cuma Allah. Allah akan tanya seseorang yang tidur kekenyangan sedangkan jirannya lapar, Allah akan tanya dia di akhirat. Bagi seorang yang miskin dan susah, 15 sen tu sangat besar abang. Rm1 tu besar nilainya.

Tadi baru saya tengok seorang remaja tanya harga nasi lemak ini berapa makcik? Saya cuma nak yang rm1 jer. Bagilah yang mana-mana pun. Sebak rasa dan saya kata padanya adik ambil yang mana-mana pun abang belanja. Sedih rasa..ya Allah..

Semalam saya berbual dengan 2 orang kawan yang baru mula nak jual air tepi jalan sebab perniagaan lain tak jadi. Semua habis. Kedai tutup. Air dia jual cuma rm1 jer. Saya terima puluhan mesej perniagan mereka susah dan tak jadi. Mereka menangis minta doa.

Tahun lepas saya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 km dalam hujan balik dari ambil ubat untuk anak sakit. Cuma ada Rm2. Tiada duit dalam bank. Rm1 guna di hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu..rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.

Saya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.

Saya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan..di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.

Seorang hafiz Al-Quran sedang belajar lari sana sini kerja. Semua orang marahkannya sebab risaukannya. Tapi siapa tahu apa yang dia tanggung menanggung ibunya yang dah tua. Tinggal dalam pondok buruk dikelilingi bahaya dalam pedalaman dengan sedikit duit zakat dan menjual kuih. Menangis waktu malam. Semua orang ada kisah...

Saya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..

Saya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.

Saya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.

Saya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Di suruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.

Masih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain. Takdir kita semua tak sama. Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.

Dalam Al-Quran, Allah menerangkan siapakah manusia penipu pendusta dalam agama. Iaitu orang yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat...penipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah. Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang. Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Duit bersepah-sepah dan sudah tiada nilai. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah. Kita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita. Ingat baik-baik sementara diberi peluang. Saya jumpa ramai orang kaya yang tak faham bagaimana orang miskin ni pemalas. Memang ada yang malas tapi bukan semua. Mungkin bila Allah ambil semua kembali baru mereka faham....

Ada kerana beberapa sen makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana beberapa sen ramai yang tak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup jer. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.

Kata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam. Jika ingin kalahkan orang Islam senang sahaja. Saat pemimpin mereka mengutip cukai sedangkan mereka hidup mewah dan senang itulah zaman kehancuran dan kekalahan mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari tuhan lagi.

Di zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku. Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam. Islam ialah kasih sayang tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. Indahnya Islam.

Marilah kita menarik rahmat Allah malam ni dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Terbaik kita bantu ahli keluarga kita yang rapat. Ahli keluarga isteri kita. Rezeki kita bertambah dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat. Jaga solat awal waktu kerana Allah janji rezeki di dalamnya. Buat solat dhuha 8 rakaat sehari. Baca surah waqiah setiap malam. Kita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka menzalimi ramai orang.. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah. Semua orang buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun. Buatlah dakwah dan doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam. ya Allah maafkanlah kami semua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu. Yang paling kami inginkan ialah keredhaanMu. Hanya KegembiraanMu atas kami membuat segalanya berbaloi.

Begitulah lebih-lebih lagi nilainya iman di akhirat nanti. Itulah hari penentuan segalanya. Tiada beza antara orang kaya dan miskin melainkan takwa. Setiap amalan menjadi begitu bernilai. Semuanya akan dihitung. Tiada satu masa yang berlalu yang tidak ditanya oleh Allah.
Mungkin malam ni kita mati, marilah kita semua bertaubat pada Allah. Tiada masalah yang lebih besar dari mati tanpa mengenal Allah. Itulah masalah paling besar dan paling dahsyat.. Tiada bahagia yang lebih besar selain dari mencintai Allah. Mencintai Nabi saw..ya Allah rindunya kepadaMu..Terima kasih beri kami Islam..-yang bersyukur pasti mulia dan yang bersabar pasti berjaya
Ubat bagi setiap orang kaya dan miskin ialah beri masa berdakwah di jalan Allah. Duduk dan makan bersama orang miskin. Melihat dan memahami keadaan manusia yang lain- ebit lew