Monday, October 31, 2016

RESAM BERGURU

Al-Imam asy-Syafi’e rahimahullah ketika berusia 12 tahun telah berguru dengan Imam Malik, pelopor Mazhab Maliki.

Kisahnya menghafal kitab Muwatta dalam masa 9 hari sebelum menemui Imam Malik sangat masyhur dan amat menakjubkan.

Ketika di Baghdad, Iraq, beliau juga berguru dengan Imam al-Syaibani, antara murid-murid utama al-Imam Abu Hanifah, iaitu Imam Mazhab Hanafi.

Setelah beliau kembali ke Mekah pada tahun 187H, ketika itu beliau bertemu Imam Ahmad, pengasas Mazhab Hanbali, di mana mereka saling mengambil faedah di antara satu sama lain dalam Fiqh dan Hadits.

Al-Imam asy-Syafie pada hakikatnya telah mempelajari ilmu agama dari aliran dan susur galur Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi dan Mazhab Ahmad.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana beliau boleh belajar dari ketiga-tiga pengasas mazhab-mazhab dan kemudiannya mempunyai pendekatan tersendiri dan membina mazhab fiqhnya sendiri?

Ini juga bermakna setelah beliau tamat bertalaqqi dan mengambil manfaat ilmu bersama para Imam ini, beliau memilih untuk berbeza pendapat dalam sebahagian perkara-perkara tertentu yang melibatkan agama.

Ternyata ia adalah perkara yang biasa dari dahulu hingga sekarang di kalangan para penuntut ilmu yang berterusan mencari dan berkongsi.

Sehingga apabila mereka sendiri menjadi guru, murid-murid mereka juga melakukan perkara yang sama dan mereka tidak menganggap ianya sebagai pengkhianatan terhadap ajaran mereka.

Demikianlah resam sunnah dalam menuntut ilmu.

Bergurulah dengan ramai guru walaupun berbeza aliran, pendekatan dan kefahaman.

Asalkan teguh di atas jalan al-Quran dan as-Sunnah, diiringi konsisten dalam amal ibadah, serta sentiasa memberi manfaat kepada sesama manusia.

Setelah itu hendaklah seorang murid mengembangkan kajian gurunya walau mungkin hasilnya akan sedikit berbeza dengan keputusan gurunya sendiri.

Sunday, October 30, 2016

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI

Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

Kita mengetahui,bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

Kita mengetahui,bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

Wednesday, October 26, 2016

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK SHALAT,PUASA DAN ZIKIR KARENA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!

MAU TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH  SENANG ???

Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang ?

Allah :

SHOLAT ?
Sholat mu itu untukmu sendiri, karena dengan mengerjakan sholat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.

ZIKIR ?
Zikirmu itu membuat hatimu menjadi tenang

PUASA ?

Puasamu itu melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu.

Nabi Musa : Lalu apa ibadahku yang membuat hatiMu senang Ya Allah ?

Allah :

SEDEKAH, INFAQ dan ZAKAT serta AHLAQUL KARIMAH mu. Itulah yang membuat Aku senang, karena tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir disampingnya. ---Dan Aku akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)---

Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.

Tapi, bila kau berbuat dan berkorban untuk orang lain serta melunakkan hatimu kepada orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang karenanya.

Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidupmu lapang dan bahagia

(Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)

Jadilah Lawyer

Seorang lawyer, pulang kerumah selepas membuat hubungan sex didalam kereta bersama pasangan gelapnya. Tetapi pasangannya telah tertinggal bra dan seluar dalamnya didalam kereta.

Isteri Lawyer telah menjumpai bra dan seluar dalam sambil mengoyak ngoyakan dia menjerit.. "Jantan sial, tak guna..!! apa yang kau dah buat dgn perempuan lain dalam kereta ni.!!"?

Sambil menjengkilkan mata, Lawyer pun berteriak, "perempuan bodoh..!!!"Awak baru sahaja memusnahkan satu2nya barang kes yang menjadi bukti didalam kes rogol berfrofil tinggi yang sedang saya wakili. Klu saya menang kes ni, bayarannya sgt lumayan. "Sekarang awak boleh lupakan tentang rantai berlian yang awak minta saya belikan..."

Isteri terduduk sambil menangis sambil cuba utk menjahit semula bra dan seluar dalam yang koyak rabak. Lawyer pun berlalu sambil tersenyum lebar....

Moral:
Jadilah  LAWYER...😆😝😜

Monday, October 24, 2016

MUSIBAH AKIBAT MENGUTAMAKAN HANDPHONE

Imam Masjidil Al Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim dalam sebuah khutbah Jum’at beliau berkata:
"Adakah dari kita  tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Bacalah !

Hal ini merupakan Ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah ta'ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, youtube, Instagram dan sejenisnya.

📹 Kenapa hati kita menjadi keras ?
Itu akibat seringnya kita melihat video yang menakutkan dan juga kejadian2 yang dishare di Whats App. Banyak perkara pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

💜 Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

💔 Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali kekerabatan ???

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu mereka setiap hari.
Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

☎Kenapa kita sangat sering mengghibah (mengumpat), padahal kita tidak sedang duduk dengan seorangpun.
Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke grup2 lain.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah, sedang kita tidak sadar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

🍴 Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.
🌺 Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman. Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami.Terlalu sibuk dengan handphone di tangan....
✏📖Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.
🚕 Sedang memandu, HP juga di tangan.
💐Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

"Aku tidak ingin mendengar seseorang.  yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul al Qur'an "????

Adakah kita yang mengingkari hal ini ?
Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih ?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah HP ?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggugjawab dan agama kita.
Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita"?.

Allah ta'ala berfirman:

( ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﻋْﺮَﺽَ ﻋَﻦْ ﺫِﻛْﺮِﻱ ﻓَﺈِﻥَّ ﻟَﻪُ ﻣَﻌِﻴﺸَﺔً ﺿَﻨْﻜًﺎ )

“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit”.
QS.Thoha: ayat 124.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan....

Wallahua'lam. .

KELAS BAHASA ARAB

KELAS BAHASA ARAB

دخل الولد الحمام وبدأ يغني ^طلع البدر علينا من ثنيات الوداع^

Seorang anak masuk ke dalam bilik air sambil menyanyi: "Tola'al badru 'alayna, min tsaniyyatil wadaa'.." 🛀🏻🎶

فدخل عليه أبوه ضربا! فبكى.

Lalu ayahnya masuk dan memukulnya sehingga anak itu menangis! 😭

سألته الأم لماذا ضربت الولد؟؟

Sang ibu kehairanan lalu bertanya: "Kenapa engkau pukul anak ini?" 🤔

قال سمعته يقرأ القرآن وهو في الحمام

Sang ayah menjawab: "Aku mendengar dia membaca al-Quran di dalam bilik air.." 😡

قالت إنه ليس من القرآن إنما هي نشيد ديني

Si ibu menjawab: Ia bukan al-Quran, itu cuma nasyid. 😌

جلس الأب يبكي! !!

Sang ayah tiba-tiba terduduk dan menangis! 😭

سألته لماذا تبكي؟؟؟

Si ibu bertanya: Kenapa pula engkau tiba-tiba menangis? 😯

قال ثلاثين سنة وأنا أقرأها في الصلاة!!!!

Si ayah menjawab: 30 tahun aku dok baca ayat tu dalam solat! 😰😩

WASPADA DIKALA REUNION

Buat yg akan mengadakan acara
reunion biasanya ada yang janji untuk datang sekali pergi ke majlis itu.
Diharap jangan sampai terjadi seperti pengalaman yang dialami teman di salah satu sekolah dibawah ini yaa...!?

Ceritanya Reunion sekolah Sekolah tahun 72 - 74 setelah 42 tahun terpisah cuma dapat berbicara dalam talipon saja. Yahya mau berangkat ke reunion bersama2 teman Sekolah seangkatannya dan janji nak bersama empat teman2 perempuan semasa sekolah dulu via telepon dan wssap.

Yahya: "..Nanti pergi sama ya, korang semua berempat tunggu aku jemput didepan kedai Roti maniam yang masih ada sampai sekarang..."

Masa hari majlis Yahya menjemput keempat teman2 perempuan semasa sekolahnya itu.

Sekali dia pusing kedai roti tak ada. Dua kali pusing pun tak ada, dimana mereka. Kali ketiga pusing tetap juga tidak ketemu... Yahya mulai kesal. lalu call ke salah satu teman perempuan tu..

Yahya: "...Hai, korang dimana? Aku dah pusing sampai 3 kali, tapi tak jumpa  korang bertiga.."

Jawab teman perempuan: "...Aku sudah di depan kedai Roti Maniam dari tadi. Kamu dimana...?

Yahya: "Laa.....aku  kesitu tadi. Disitu yg ada cuma 3 orang nenek2 bertudung satu orang yg rambut putihnya agak lebat...!"

"Ya itu kami le oi...!!" jawab si perempuan. ...kamu ingat kita masih Sekolah dulu ke.. tadi kami juga lihat ada orang tua botak kehulu kehilir; jadi..itu kamu ya Yahya...?"