Sunday, March 5, 2017

Kisah pendek Garisan Pendek

Seorang Guru membuat garis sepanjang 10 cm di atas papan tulis, lalu berkata : "Anak2, cuba pendekkan garisan ini!"

Murid pertama maju ke depan, ia memadam 2 cm dr garis itu, skrg menjadi 8 cm. Guru mempersilakan anak murid ke 2. Iapun melakukan hal yg sama, 'sekarang' garisnya tinggal 6 cm. Anak murid ke 3 & ke 4 pun maju kedepan, skrg garis itu tinggal 2 cm.

Terakhir, anak yg Bijak maju kedepan, ia membuat garis yg lebih panjang, sejajar dgn garis pertama, yg tinggal 2 cm itu.

Guru menepuk bahunya,

"Kau memang bijak. Utk membuat garis itu menjadi pendek, tak perlu menghapusnya - cukup membuat satu garis yg lebih panjang. Garis pertama akan menjadi lebih pendek dgn sendirinya."

***

Pengajaran:
Utk memenangkan diri tak perlu mengecilkan yg lain, Tak usah memburukkan yg lain, kerana secara tak langsung, menceritakan keburukan yg lain adalah  secara tak jujurnya, memuji diri sendiri. Cukup lakukan yg terbaik seikhlasnya utk semua, biarkan waktu membuktikan kebaikan tersebut. Buat sehabis baik kerana Allah SWT bukan kerana manusia.
                                                                                                                                      Semoga berbahagia semuanya.