Tuesday, November 1, 2016

KISAH KAEDAH 99

Disebutkan sebuah kisah di mana seorang Raja bersama pelayannya dan menterinya,

‎فكان الملك يرى في خادمه السعادة 

Sang Raja sering melihat pelayannya dalam keadaan gembira,

‎ويرى في نفسه الكدر،

dan dia sering melihat dirinya dalam keadaan tertekan,

‎وكان الخادم لا يملك شيئا وهو سعيد

Sedangkan pelayan itu tidak memilik apa-apa, tetapi dia gembira.

‎فقال الملك في نفسه :

Sang Raja pun berkata kepada dirinya:

‎أنا المَلِك عندي وعندي ولست سعيدًا؟!

'Aku ni Raja! Aku memiliki sekian, memiliki sekian, dan aku tak bahagia?'

‎فسأل الملك الوزير:

Sang Raja pun bertanya kepada sang menteri:

‎ما بال الخادم أسعد مني في حياته؟

'Apakah halnya (sehingga) si pelayan itu boleh menjadi lebih bahagia berbanding aku dalam hidupnya?'

‎فقال له الوزير:

Sang menteri pun menjawab:

‎جرِّب معه قاعدة التسعة والتسعين : ضع 99 دينارًا عند بابه في الليل واطرق بابه وانظر ماذا سيحدث ..

'Cuba Tuanku guna *Kaedah 99*. Letak 99 dinar di pintu rumahnya di waktu malam, dan ketuk pintunya dan kemudian perhatikan apa yang berlaku..'

‎فعل الملك ما قاله له الوزير فأخذ الخادم تلك الـ 99 دينارا،

Sang Raja pun melaksanakan cadangan sang menteri, lalu si pelayan itu mengambil 99 dinar itu.

‎وكان قد كتب الملك على صرة المال : هذه 100 دينارا ..

Dan (seperti saranan sang Menteri) Sang Raja telah tuliskan di atas bungkusan harta tersebut: Ini 100 dinar!

‎فلما عدها قال: (لا بد أن الدينار الباقي وقع في الخارج)

Apabila si pelayan hitung seluruh wang itu (jumlahnya hanya 99), dia berkata:

'Mesti baki 1 dinar terjatuh di luar!'

‎فخرج هو وأهل بيته كلهم يفتشون،

Dia dan seluruh ahli keluarganya pun keluar mencari 1 dinar itu (kerana menyangkakan sepatutnya ada 100 dinar).

‎فذهب الليل وهم يفتشون،

Berlalulah satu malam dalam keadaan mereka sibuk mencari 1 dinar itu.

‎فغضب الأب لأنهم لم يجدوا هذا الدينار الناقص ..

Sang ayah (si pelayan) itu marah kerana mereka tidak jumpa 1 dinar yang kurang itu.

‎فثار عليهم بسبب الدينار بعد أن كان هادئًا ..

Dia mengamuk di hadapan keluarganya kerana satu dinar walaupun asalnya dia dahulu seorang yang tenang.

‎وأصبح اليوم الثاني الخادم متكدّر الخاطر لأنه لم ينم الليل

Jadilah hari kedua bagi si pelayan itu dalam keadaan tertekan fikiran kerana dia tidak dapat tidur semalaman.

‎فذهب إلى الملك عابس الوجه متكدر المزاج غير مبتسم ناقم على حاله

Dia pun pergi bertemu Sang Raja dalam keadaan wajah yang masam, perasaan tertekan, tanpa senyuman, kerana geram akan keadaannya (selepas apa yang berlaku).

‎فعلم الملك ما معنى الـ 99 .

Maka fahamlah Sang Raja apa maksud *Kaedah 99* itu.

‎العبرة :

PENGAJARAN:

‎أننا ننسى (99 نعمة)  ونقضي حياتنا كلها نبحث عن نعمة مفقودة

Kita sering melupakan *99 nikmat* dan menghabiskan keseluruhan kehidupan kita pada satu nikmat yang hilang,

‎نمضي وقتنا وعمرنا نبحث عن ما لم يقدره الله لنا ،

Kita isi masa dan umur kita dengan sibuk mencari satu benda yang Allah tidak tetapkan untuk kita.

‎ومنعه عنا لحكمة لا نعلمها، ونكدر على أنفسنا وننسى ما نحن فيه من نِعم.

Dia halang ia dari sampai kepada kita kerana hikmah yang tidak kita ketahui, dan kita tekan diri kita sendiri, melupakan segala kenikmatan yang sedang kita nikmati padanya.

‎استمتعوا بالتسعة والتسعين نعمه، واسألوا الله من  فضله.

Nikmatilah *99 nikmat* kurniaanNya, dan mintalah kepada Allah untuk sebarang tambahan kelebihan.