Sunday, May 21, 2017

REZEKI ITU.. Bagaimana yer..

Assalammualaikum

Dulu saya ingat  rezki itu duit. Banyak order, banyak job, urusan kerja lancar, banyak wang simpanan, banyak asset disana-sini. Intinya : harta.

Setelah mencari ilmu apa makna rezki dalam Islam, ternyata saya salah.

Ternyata,
▪langkah kaki yg dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezki.

▪langkah kaki yg dimudahkan untuk solat berjamaah di masjid, adalah rezki.

▪hati yg Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezki.

▪ada sahabat2 yang soleh dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezki.

▪bila ada kesulitan, itu juga rizqi. Mungkin jika tiada, membuat kita kufur, sombong dan lupa diri.

▪ada ibu bapa yang sakit adalah rezki kerana itu merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

▪tubuh yang sihat, adalah rezkii. Bila diuji dengan sakit, itu juga rezki kerana sakit adalah penggugur dosa.

▪dan mungkin ada lain2 bentuk rezki yang kita tidak sedari...

Yang harus kita waspada adalah bila hidup kita bercukupan, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan. Itulah Istidraj (tipuan agar bertambah dosa-dosa).