Bahan- bahannya :-
• sekuntum senyuman
• kekadang senda gurau
• sepadu sayang menyayangi
• sebaik hormat-menghormati
• saling faham memahami
• berbanyakkan kejujuran dan keikhlasan
• sentiasa mendoa-doakan kesejahteraan
Cara-caranya:
◆ Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang ada pada diri anda dan bentuk & kukuhkan suasana ikatan yang harmoni.
◇ Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain - segala yang baik bermula dengan senyum, akhiri dengan kenang-kenangan yang manis.
◇ Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan - Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa.
◇ Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya , tambahkan dahulu faham-memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.
♡ Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu memperoleh keredhaan dari-Nya. Dan truskan dengan doa, smoga sahabat kekal hingga ke jannah... Aamiin
-------
Sahabat Ali bin Abi Thalib karramallaahu wajhahu berkata:
¤ Dua hal yg tidak akan kekal dalam diri seorang mukmin : "masa mudanya dan kekuatannya."
¤ Dua hal yg berguna untuk setiap mukmin : " Akhlak yang mulia dan jiwa yang lapang."
¤ Dua hal pula yg akan mengangkat derajat seorang mukmin: "Sikap tawadhu (rendah hati) dan menolong kesulitan orang lain"
¤ Dua hal pula yg menjadi penolak bala' : "Sedekah dan silaturrahmi."
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak