Sharing on CEO Talk:
Pagi ini ada sesi CEO Breakfast Talk dengan Managing Director Mydin Mohamed Holdings Bhd; Y Bhg Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali bin Mydin.
Antara perkongsian beliau;
1) Business kerana passion. You have to be there!.
2) Jadi Orang kaya ni perlu "kedekut". Bukan kedekut untuk sedekah pada orang. Tapi kedekut dalam berbelanja. Perlu teliti. Jangan belanja sesuka hati.
3) Give the Customer, what they want.
Pesan Datuk; "Kalau pergi Mydin, jangan ambil barang yang mahal. Ambil yang murah!". Sebab barangnya adalah sama!.
Part Ni kata beliau sebenarnya pada PERSEPSI. Persepsi pengguna/pembeli itu sendiri. Penjual ikut pengguna.
Contoh minyak wangi di Mydin. Ada harga RM5 ada harga RM10. Try bagi pelanggan bau yang RM5, pelanggan kata "bau x kuat, x ok".
Bagi try yang harga RM10, dia kata "bau ni lebih kuat dan wangi". So ambik yang ni.
Hakikatnya minyak wangi yang samala!
.
Sama juga dengan Tie. Ada gantung biasa sahaja tak sampai RM10, letak plastik elok sikit, RM belas2. Yang letak dalam box RM puluh2.
Bila pelanggan pegang, dia kata yang tak sampai rm10 tu kain x kualiti, yang kotak tu rasa macam silk!. So ambil yang mahal ni sebab katanya lebih beekualiti.
Hakikatnya barang sama jer!.
4) Jangan salahkan faktor semasa kalau business ada masalah. Sebenarnya entrepreneur yang tidak mengambil PELUANG apabila sesuatu masalah berlaku.
Contoh Datuk bagi, musim banjir di Kelantan. Banyak kedai tutup. Tapi Mydin buka. Masa inilah ramai yang akan datang ke kedai. Beli barang yang sangat diperlukan. Bateri, Pelampung, Torchlight etc. Harga boleh naikkan sikit.
Keyword: "MASALAH" = "PELUANG"
5) FOKUS & DETERMINATION
Kunci kejayaan adalah FOKUS & KEAZAMAN yang tinggi. Yakin "You Can Do it!"
6) Nak Bersaing Mesti Tahu niche kita.
Tahu Kekuatan & kelemahan kita. Buat apa yang competitor x buat.
7) Jangan underestimate competitor.
Yg ni beliau bagi contoh Giant. 1st outlet Giant, the biggest outlet di Subang.
.
Masa Mydin nak buka di sebelah Giant, diorang tak ambik apa-apa action. Mungkin persepsinya "Alah..setakat Mydin tu je kot..takkan tergugatlah Giant".
.
Once Mydin buka, lagi cantik, lagi mesra pengguna & selesa. Pelanggan mula pergi ke Mydin. Jualan di Giant jatuh. Baru diorang ambik action renovate etc. Masa tu sudah terlambat.
8) Kalau nak berniaga. Jangan pinjam duit.
Hatta daripada bapa yang kaya. Easy Come, Easy Go.
Save Money, jadikan based capital.
9) Start Small; Passion
Ada Matlamat / Goal dalam 5 tahun dan seterusnya.
10) Jangan cepat nak kaya. pastikan Makan Hasil dari Duit yang Halal.
Disitu ada Barakah. Jangan menipu dalam berniaga. "Kalau naik tangga, jangan berlari. Kalau berlari, takut jatuh nanti". Buat sesuatu, Slow & Steady. SABAR.
===================
Mardiana Mat Ishak
UIAM
9.5.2017