Showing posts with label Knowing this info. Show all posts
Showing posts with label Knowing this info. Show all posts

Saturday, November 5, 2016

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..-Wilson Jack Ma Pengasas Alibaba

Jack Ma berkata:

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA. 

Kalau kamu luangkan masa untuk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa untuk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa untuk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome. 

Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik. 

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga  kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA

Friday, October 16, 2015

Adakah anda sudah berasa tua.. Nah baca ni..

RENUNGAN......SUDAH TUA KAH KITA NI???

Subhanallah......kedut dah mai.....uban dah kuasai kepala........kejap2 penin pala....kejap2 sakit perut....tido tak lena.....makan tak rasa........sikit2 mengah....sikit2 letih.........hehehe ni rasanya tua!

Kulit kendur kedut......pakai sluak jeans dah tak nampak macho......t shirt tak de lengan still tak serlah sasa.......perut boroi....ponggong kempis....lengan tak dak otot..............dok depan cermin tarik nafas tarik urat lengan...
Hehehehe hodohnya!

Nak makan sup gearbox...........teringat doktor....nak cubit ikan masin.....nampak wad emergensi......nak kunyah roti canai.......ingat kolestrol dok menanti!..........nak makan pulut kuning.......nampak bayang spital universiti.

Last2 jadilah terlior kat daging korma....nasi kandar.....mee mamak......murtabak ........kambing kari....ayam turkey...........itu ini itu ini itu ini!.............dalam bank duit banyak beb!

Nak speed keta laju......mata dah rabun.....nak kangkang konvoi atas harley davidson....dah macam katak tonggang kerbau.......vroommmm vroommmmmmmmmmm berenti depan awek cun depa panggil pak cik tok wan!......ahhhhhhhhhhhhhhhh serba tak kena ngan tua nih!

Jeling kat bini.....bini buat2 tak reti...silap2 kluar ayat..."DAH TEBIAT KOT ORG TUA NIH....SENGEHHHHHHHHH DARI TADI!"
mintak bini garu belakang....bini suruh cucu tulong urut ngan tempurung!...........alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii usia tua........best nyeeeeeee!

Ajak bini kluak alok setak......bini cakap......."pak hang pi la sorang!"
ajak bini pi tengok wayang....bini cakap......."buang tebiat!"
ajak bini round2 ngan keta....bini cakap....." buang minyak!"

Ajak bini teman tido....bini cakap........."ishhhhhhh org tua nih!" sambil jegil mata cam burung antu nampak jebon.......last2 masuk bilik sorang2...mata kebil2 nangis sorang2 bila tengok cicak ngorat kat dinding siling.

Tua ni usia mas....tua ni usia bagus..............manfaatkan idup sebelum kita diusung ke tanah kubo!

Sunday, July 26, 2015

Misteri Kebaikan Che'gu Shaari

* 10 misteri kebaikan Chegu Shaari berbanding dengan satu keburukan yang sering kita perkatakan...

'chegu suka main bola, hari2 chegu main bola'

1. Walaupun Cg. Shaari tidur dalam kelas tetapi dia masih memberi tugasan kepada murid.
* cg kini bukan saja takat tidor kadang2 tak masuk kelas pun.

2.  Walaupun gb memarahi Cg. Shaari tetapi dia tidak memarahinya di hadapan murid sebaliknya di bilik gb.
* sekarang kita sering mendengar seorang guru dimarahi oleh gb di depan murid.

3. GB dan Cg. Shaari saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
* guru sekarang tidak saling menghormati antara satu sama lain akibat pengaruh harta kuasa dan ego masing2.

4. Cg. Shaari sanggup meninggalkan kerjaya sambilan sebagai pemuzik demi tanggungjawab sebagai guru.
* guru sekarang sanggup abaikan kerjaya demi mencari pendapatan lebih.

5. Cg. Shaari sentiasa berdisiplin dan kemas semasa berada di sekolah.
* guru sekarang tidak lagi menghiraukan etika berpakain semasa berada di sekolah.

6. Semasa meninggalkan bilik mesyuarat dia sempat berpesan bahawa dia akan akur apa saja keputusan mesyuarat.
* guru sekarang akan membantah sekiranya sebarang keputusan tidak disukainya.

7.  Cg. Shaari merupakan seorang yang setia dan menghormati masa.
* kebanyakan guru kini tidak pentingkan masa dan setia pada tugas.

8. Sebelum pergi ke sekolah dia hanya minum secawan kopi dan sebiji pisang. Sarapan yang seimbang pada waktu pagi.
* guru sekarang suka mengambil sarapan yang berat pd waktu pagi dan banyak menghabiskan masa di kantin.

9. Cg.Shaari tidak pernah membawa masalah rumahtangganya  ke sekolah.
*guru sekarang terbawa2 masalah di rumah ke sekolah yg jadi mangsanya adalah murid.

10. Akhirnya Cg.Shaari menjadi guru yang berjaya..mana tidaknya di akhir cerita dia menjadi 'guru besau'.😄

Walaupun satu keburukan yang hanya kita nampak...
tetapi banyak misteri pengajaran yg perlu kita ambil...
itulah masej sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada generasi kini.

FALSAFAH BAJU MELAYU (TRADISIONAL)

Setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama. Ber baju Melayu misalnya dimulakan sekitar 700 tahun dulu dan dipercayai diperkenalkan pada zaman empayar Melaka oleh Sultan Muhammad Syah serta kaya dengan falsafah dalam berbusana.
Sultan Muhammad Syah ketika itu mahukan orang Melayu berbaju khusus bagi menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri sekalipun alam berpakaian, bukannya berbaju 'atas angin' seperti pakaian pedagang Arab atau India zaman itu.
Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin ketika dihubungi menjelaskan, baju Melayu pada zaman Melaka awalnya dipakai singkat dan sendat seperti baju pesilat.

Bagaimanapun, rekaan baju Melayu ini mengalami evolusi dan diubahsuai atas persetujuan sultan. Dari berbaju sendat dan seluar singkat, bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh. Seperti kehendak Sultan Muhammad, pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki bukan sekadar menutup aurat, tetapi lambang identiti bangsa.
Cara penggayaan baju Melayu juga sebenarnya mengandungi falsafah tersendiri. Orang Melayu sangat berhemah apabila bertutur kata dan perlakuan mereka, malahan pemakaian membawa makna tersendiri. Secara tidak langsung orang Melayu mendidik generasi muda melalui pemakaian.

Baju Melayu ada dua rekaan iaitu cekak musang dan baju teluk belanga.
Baju Melayu cekak musang butangnya lima, teluk belanga pula butangnya satu dan membawa falsafahnya sendiri.
Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Islam dengan dua butang diatas bermaksud, mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu.
Selebihnya diwakili tiga butang di bawah. Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga, falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam itu tidak tercapai. Malah, ada teromba mengenai pentingnya pamakaian lima butang baju ini;

"cekak musang berbutang lima
lima rukun di dalamnya
lima petua dibawanya
lima tiang ditegakkan."

Pemakaian satu butang untuk teluk belanga bermaksud Tuhan Yang Esa seperti dinyatakan dalam teromba yang berbunyi;

"teluk belanga berbutang tunggal
tunggal satu tuhan yang disembah
tunggal tidak dapat dianjak alih
tunggal tidak dapat dibelah."

Tiga kocek pula merujuk kepada Iman, Ihsan, Islam.

Sungguh pun demikian, ada juga pandangan lain mengatakan, butang baju Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini dipakai oleh golongan aristokrat, manakala pemakaian kurang daripada tujuh hanya dikhususkan kepada orang kebanyakan.
Butang tujuh ini merujuk kepada 7 lapis langit dan bumi, dan tujuh tingkat syurga dan neraka, bertujuan mengingatkan bangsawan akan Allah Yang Maha Mulia.

Jika memakai baju Melayu ia mesti dilengkapi samping dan tanpanya pemakaian menjadi janggal kerana ia juga membawa maksud tersirat sama ada si pemakai sudah berkahwin atau sebaliknya.

Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah berkahwin mesti di bawah lutut, namun kalau orang yang bujang, sampingnya mesti di atas lutu. Kalau orang sudah berkahwin memakai samping singkat, itu tandanya dia hendak menambah isteri. Ada teromba klasik berhubung pemakaian samping berbunyi;

"Adat memakai samping
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain samping bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tandanya nak cari lagi
harus tahu keadaan ini."

"Kok anak muda muda
kain labuh di atas lutut
bagai dubalang masuk gelanggang
bagai ayam mencari lawan."

Cara pakai sampin pun ada makna atau menunjukkan status masyarakat. Contohnya kerabat mengikat kepala sampin di sebelah kanan. Bangsawan di sebelah kiri. Rakyat biasa di tengah tengah.
Ilmu dan falsafah di sebalik pemakaian baju Melayu perlu dihebahkan supaya lebih ramai yang tahu dan mempraktikkan apalagi dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi komunikasi hari ini.

Orang muda tidak buat sebab dia tidak tahu. Kalau tahu tentu dia buat. Sebab ini adalah adat kita orang Melayu. Kalau kita tidak sebarkan ilmu ini dampai bila-bila pun ia tidak dapat dikongsi dengan masyarakat.

Sunday, April 19, 2015

SEJARAH AWAL NO PLAT DI MALAYSIA

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.

Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.

Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf
tertentu mengikut negeri/fungsi.

Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an

EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak
1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak

QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E

SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera

Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan
Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Kongsi Info..

Thursday, February 26, 2015

Tips sangat baik drp Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan membayar finance kenderaan anda,
jangan sesekali anda:-
- Serah kpd pihak ke3 (samb.bayar @ skim sewa)
- Sembunyikan drp pihak bank elak ditarik.
- Jual spare part atau sebagainye..

Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drp tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.
Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari drp tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong td akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.

Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:-

1- finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- pada hari cuti umum

4- selepas jam 9 malam.

-Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

- Sekiranya si penarik kereta dtg lebih drp seorang, semua drp mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang drp mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yg bijak..sharing is caring✌

Monday, February 9, 2015

Beautiful advices from Prof Dr Muhaya

Stay away from anger
It hurts only YOU and nobody else
If u are right, then there is no need to get angry
and if u are wrong then u don't have any right to get angry

Patience with family is love
Patience with others is respect
Patience with self is confidence and
Patience with GOD is faith

Never think hard about the past, it brings tears
Don't think more about the future, it brings fear
Live this moment with a smile, it brings cheer

Every test in our life makes us bitter or better
every problem comes to make us or break us
The choice is ours whether we become victims or victorious

Search for a beautiful heart and not a beautiful face
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful

Do u know why God created gaps between fingers?
So that who is special to u
comes and fills those gaps by holding your hand forever

Never forget this advice....
Happiness keeps Us sweet 
Trials keep Us strong
Success keeps Us Glowing

BUT ONLY ALLAH KEEPS US GOING......

Friday, February 6, 2015

BAHAGIA ITU SEDERHANA

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
..................
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.
....
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng iron timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
..................
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
....
Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar.
....
Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.
..................
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah
mengirimkannya kepadaku.
................
Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.
......
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.
......
Ayuh kite sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tnpa brfkir hikmah di sebaliknye...

Semoga yang dipesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan  kedamaian..aaminn

Tuesday, February 3, 2015

Maksud Kalimah "UMMI" Yang Sebenarnya


Apakah yang dimaksudkan dengan Ummi? Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ? Apa fikiran anda ? Ayat yang terdapat kalimah “Ummi” ialah seperti dalam ayat 157 dan 158 surah Al A’raf, dinyatakan di bawah ini ayat 158 :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah pertunjuk”.

Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehinggan orang kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah. Ustaz ini mengambil Phd dan beliau yelah membuat kajian tentang UMMI iaitu sifat yang ada pada Rasulullah SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Beliau telah berjumpa dengan ramai professor dan melawat banyak perpustakaan universiti di negara-negara Arab tetapi jawapan yang ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak sanggup mendengar penghinaan orang kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.

Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Munawwarah. Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua senyum kepadanya. Ustaz ini datang kepada orang tua itu dan berbual-bual. Akhirnya soalan terakhir yang dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu ialah ‘apakah maksud ummi yang ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’. Walaupun tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tua itu, tetapi ustaz ini bertanya juga.

Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab…. “Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud. Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu ~ tempat letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW Al-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul. Yang bersifat Bijaksana”

Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini yang beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yang sebenar yang ada pada diri Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya. Ustaz itu menyesal, bertaubat dan sangat gembira kerana apa yang dicarinya selama ini telah ditemui. Melihatlah dengan pandangan mata hati… Wallahu a’lam

KEEGOAN SEORANG BAPA/IBU

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap

Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

Saturday, January 31, 2015

KERANGKA PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Prof Madya Dr Muhammad Syukri Salleh 
Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP) 
Universiti Sains Malaysia 
 

Setiap disiplin akademik memerlukan kerangka teoritis. Begitulah juga dengan pembangunan berteraskan Islam. Ia bukan sahaja mempunyai pelaku, skala waktu, perkaedahan, peralatan dan matlamat, tetapi juga kerangka yang jelas. Kerangka pembangunan berteraskan Islam adalah berlandaskan kepada ilmu fardhu `ain.

Ilmu fardhu ‘ain merupakan salah satu dari dua bentuk ilmu di dalam Islam, selain dari ilmu fardhu kifayah. Berbeza dengan ilmu fardhu kifayah yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat, ilmu fardhu `ain wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu Islam. Kalau fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial, fardhu `ain merupakan tanggungjawab individu. Oleh kerana hukum mempelajari dan mengamalkan ilmu fardhu `ain adalah wajib, maka sesiapa yang tidak mempelajari dan mengamalkannya dikira berdosa.

Ilmu fardhu `ain ini terbahagi kepada tiga jenis, yakni Ilmu Tauhid, Ilmu Fekah dan Ilmu Tasawwuf. Ilmu Tauhid berhubungan dengan aqidah dan terkandung di dalamnya ialah rukun-rukun Islam dan rukun iman. Ilmu fekah pula berhubungan dengan syari’at. Ia terbahagi kepada empat bahagian (rubu’), yakni bahagian ibadah, muamalat, munakahah dan jinayat. Manakala ilmu tasawuf pula berhubungan dengan akhlak. Ia memandu manusia mengenali sifat-sifat terkeji (mazmuumah) yang ada di dalam diri masing-masing dan menyediakan kaedah menghapuskannya serta menggantikannya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah).

Dengan lain perkataan, ilmu fardhu `ain menyediakan segala kerangka asas kepada manusia dalam mereka melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah dengan sempurna. Ilmu Tauhid menyediakan akar tunjang agar pembangunan yang diusahakan tidak terpisah dari aqidah dan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Ilmu Fekah menyediakan kaedah-kaedah menjadikan usaha pembangunan itu sebagai ibadah. Manakala ilmu tasawwuf menyediakan manusia dengan sifat-sifat terpuji agar pembangunan dapat dilaksanakan dengan jujur, amanah dan berakhlak. Gabungan ketiga-tiga ilmu fardhu `ain inilah yang membentuk satu kerangka pembangunan yang jitu dan harmonis.

Jadi berbeza dengan ilmu fardhu kifayah yang meliputi ilmu-ilmu seperti ilmu pembangunan, perundangan, politik, ekonomi, perubatan, perniagaan dan sebagainya, ilmu fardhu `ain merupakan ilmu asas yang mesti dimiliki dan diamalkan oleh setiap pelaku pembangunan. Mereka mesti bergerak melaksanakan pembangunan berteraskan Islam di dalam lingkungan kerangka fardhu `ain ini.

Namun begitu, ini tidak bererti bahawa ilmu fardhu kifayah mesti diabaikan. Tambahlagi, pembangunan sebenarnya merupakan salah satu dari bentuk fardhu kifayah. Fardhu `ain dan fardhu kifayah sepintas lalu nampak terpisah, tetapi pada hakikat sebenarnya kedua-duanya adalah bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. Walaupun pembangunan terletak di dalam kategori fardhu kifayah, namun ia tidak boleh dikatakan pembangunan berteraskan Islam sekiranya ia tidak bertunjangkan kepada ilmu fardhu `ain dan dilaksanakan di dalam kerangka fardhu `ain tersebut. Pembangunan berteraskan Islam tetap mesti bertunjangkan kepada Tauhid (aqidah) serta dilaksanakan mengikut apa yang digariskan ilmu Feqah (syariat) dan Tasawwuf (akhlak).

Selain itu, ilmu fardhu `ain juga merupakan ilmu yang dinamik dan boleh melahirkan pembangunan yang cukup progresif. Misalnya, dalam Tauhid dipelajari bahawa Allah SWT adalah Pemberi rezeki yang mutlak. Manakala di dalam Feqah pula diajari bahawa di dalam perniagaan terdapat sumber rezeki yang banyak, tetapi ianya mesti dilaksanakan secara bersyariat. Antara syariat itu ialah dengan mengadakan `akad jual beli apabila berlakunya sesuatu transaksi perniagaan. Kedua-dua ilmu ini tidak mungkin dapat dihayati dan dilaksanakan kecuali dengan menjalankan perniagaan itu.

Tetapi, barangan apakah yang hendak diniagakan? Di dalam Tasawwuf diajari bahawa makanan itu menempa hati. Oleh itu berniaga makanan yang halal dan suci di sisi Islam mestilah menjadi ke utamaan.

Dari situ lahirlah perniagaan makanan Islam. Kalau pengeluaran makanan selama ini hanya dilakukan oleh orang bukan Islam dan tidak ada walau seorang pun pengeluar dan peniaga beragama Islam yang mengeluarkan dan berniaga makanan halal, maka tindakan mengeluar dan berniaga makanan halal itu adalah merupakan fardhu kifayah.

Dalam kes ini, terbukti bahawa tuntutan fardhu kifayah dapat dipenuhi hasil dari melaksanakan tuntutan fardhu `ain. Tidak mungkin makanan halal dapat dikeluar dan diniagakan tanpa bertunjangkan kepada ilmu fardhu `ain. Makanan halal tidak mungkin dapat dikeluarkan sekiranya pengeluar itu tidak mengetahui ilmu Feqah yang membincangkan tentang syariatnya, tentang hukum-hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Begitu juga tidak mungkin pengeluar itu terdorong mengeluarkan makanan halal sekiranya beliau tidak mengetahui bahawa makanan itu menempa hati dan hati yang bersih akan melahirkan manusia berakhlak. Semua ini pula tidak mungkin dapat diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kecuali beliau bertunjangkan usahanya penuh kepada rasa kehambaan kepada Allah SWT.

Kedua-dua ilmu fardu `ain dan fardhu kifayah ini sebenarnya bersumberkan kepada Al-Qur’an dan Hadith, yang menyediakan dalil-dalil naqli untuk manusia. Berbeza dengan dalil-dalil aqliyang boleh didapati secara mudah dari aqal pemikiran manusia, dalil-dalil naqlidikurniakan Allah SWT sama ada melalui wahyu atau melalui perkataan dan perbuatan Rasulullah SAW sendiri.

Dalam Sains Sosial Barat, dalil-dalil aqlimerujuk kepada istilah saintifik yang bercirikan pembuktian dan fakta-fakta yang boleh diamati dengan pancaindera. Dalam Islam, ilmu yang menggunakan dalil-dalil aqli ini dipanggil ilmu darurimanakala ilmu yang menggunakan dalil-dalil naqli dipanggil ilmu nadhari. Tahap keyakinan dalam ilmu daruri hanyalah di peringkat `ainul-yaqin, yakni yakin dengan ilmu dan pengetahuan tentang sesuatu benda apabila ia dapat dibuktikan dengan pancaindera semata-mata.

Tetapi keyakinan dalam ilmu nadhariadalah di peringkat haqqul-yaqin, yakni dengan ilmu dan pengetahuan tentang sesuatu benda kerana kebenarannya (haq), walaupun tidak dapat dibuktikan dengan pengamatan pancaindera. Dalam ilmu teori pembangunan lazim khususnya dan Sains Sosial Barat amnya, hanya ilmu daruri saja yang dipakai. Ertinya ia hanya menggunakan aqal dan bersandarkan kepada dalil-dalil aqli. Tetapi di dalam ilmu teori pembangunan berteraskan Islam, bukan sahaja ilmu daruri dan aqal serta dalil-dalil aqli yang dipakai, tetapi lebih dari itu ia juga memakai ilmu nadhari dan dalil-dalil naqli yang kebanyakannya didapati melalui hati.

Jadi terjadinya ilmu fardhu `ain ini sebagai kerangka pembangunan berteraskan Islam adalah kerana berdasarkan kepada sekurang-kurangnya tiga perkara utama. Pertama, ia menyediakan asas yang kuat dan jitu, dengan tunjang Tauhid, perkaedahan syariat dan pelaku pembangunan yang berakhlak. Kedua, ia cukup dinamik kerana pelaksanaannya bukan sahaja memenuhi tuntutan fardhu `ain itu sendiri, tetapi sekaligus memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan melahirkan pembangunan berteraskan Islam yang sepadu. Dan ketiga, ia lahir dari sumber mutlak, yakni dari Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri, bukan dari aqal fikiran manusia sepertimana yang berlaku di dalam teori pembangunan lazim

Friday, January 30, 2015

Jom main ni..

Jom main Game versi Islamik✌
.
Confirm Enjoy 
.
*Tarik nafas. 1,2,3*
Ok! Jommm. >_<
.
1. Assalamu'alaikum. Baca ni. Tengok nombor 5.

2. SubhanAllah Wa Bihamdih! Lari ke nombor 8. Cepat!!!

3. Laa ila ha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Dzalimiin. Ermmm... Dekat nombor 7 lah.

4. Laa ilaaha illallah. Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.

5. Wa'alaikumussalam. Pergi kat nombor 2.

6. Lahaula Wala Quwata illa Billah Hil Aliyil 'Azim. Singgah ke 4.

7. SubhanAllahal'adzim. Sabarnye awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.

8. Allahuakbar! Pindah ke nombor 3.

9. Alhamdulillah'ala Ni'matil Islam. Dah dekat! Pergi kat nombor 13.

10. Astaghfirullah al 'adzim! Istighfar. Jangan marah. Awak tahu Jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.

11. Alhamdulillah. Awak dah dapat Pahala! 

12. Selawat lah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad. Move to number 10.

13. MashaaAllah. Ni yang Terakhir. Pergi kat nombor 11.

ASTRONOT WANITA JADI MU'ALAF


Sunita Williams, seorang wanita
India pertama yang pergi ke
bulan pada tanggal 9-07-2011.
Kembalinya dari Bulan langsung
masuk dan memeluk Agama
Islam . Dia berkata :
''Dari Bulan seluruh Bumi
kelihatan hitam dan gelap kecuali
dua tempat yang terang dan
bercahaya. Ketika aku lihat
dengan Teleskop, ternyata tempat
itu adalah Mekkah dan Madinah.''
Di Bulan semua frekuensi suara
tidak berfungsi, Tapi aku masih
mendengar suara Adzan.
Prof Lawrence E Yoseph :
Sungguh kita telah berhutang
besar kepada umat Islam dalam
Encyclopedia Americana
menulis :"...Sekiranya orang-orang
Islam berhenti melaksanakan
thawaf ataupun shalat di muka
bumi ini, niscaya akan terhentilah
perputaran bumi kita ini, karena
rotasi dari super konduktor yang
berpusat di Hajar Aswad, tidak
lagi memencarkan gelombang
elektromagnetik .
Menurut hasil penelitian dari 15
Universitas : Menunjukkan Hajar
Aswad adalah batu meteor yang
mempunyai kadar logam yang
sangat tinggi, yaitu 23.000 kali
dari baja yang ada.
Beberapa astronot yang
mengangkasa melihat suatu sinar
yang teramat terang mememancar
dari bumi, dan setetlah diteliti
ternyata bersumber dari Bait
Allah atau Ka'bah. Super
konduktor itu adalah Hajar Aswad,
yang berfungsi bagai mikrofon
yang sedang siaran dan jaraknya
mencapai ribuan mil jangkauan
siarannya.
Prof Lawrence E Yoseph - Fl
Whiple menulis :"...Sungguh kita
berhutang besar kepada orang
Islam, shalat, tawaf dan tepat
waktu menjaga super konduktor
itu..."
Para astronot telah menemukan :
bahwa planet Bumi itu
mengeluarkan semacam radiasi.
Radiasi yang berada di sekitar
ka’bah ini memiliki karakteristik
dan menghubungkan antara
Ka’bah di planet Bumi dengan
Ka’bah di alam.Di tengah-tengah
antara kutub utara dan kutub
selatan, ada suatu area yang
bernama ‘Zero Magnetism Area’,
artinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area
tersebut, maka jarum kompas
tersebut tidak akan bergerak sama
sekali karena daya tarik yang sama
besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang
tinggal di Mekah, maka ia akan
hidup lebih lama, lebih sehat,
dan tidak banyak dipengaruhi
oleh banyak kekuatan gravitasi.
Sebab itu lah ketika kitìa
mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-
akan diri kita di-charged ulang
oleh suatu energi misterius dan
ini adalah fakta yang telah
dibuktikan secara ilmiah.
Makkah juga merupakan pusat
bumi. Makkah adalah Pusat dari
lapisan-lapisan langit Ada
beberapa ayat dan hadits nabawi
yang menyiratkan fakta ini. Allah
berfirman :
‘Hai golongan jin dan manusia,
jika kamu sanggup menembus
(melintasi) penjuru langit dan
bumi, maka lintasilah, kamu tidak
dapat menembusnya melainkan
dengan kekuatan.’ (ar-
Rahman:33).
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan
Abdullah bin Amr bin As, dahulu
Hajar Aswad tidak hanya berwarna
putih tetapi juga memancarkan
sinar yang berkilauan. Sekiranya
Allah subhanahu wata'ala tidak
memadamkan kilauannya, tidak
seorang manusia pun yang
sanggup mamandangnya. Dalam
penelitian lainnya, mereka
mengungkapkan bahwa batu Hajar
Aswad merupakan batu tertua di
dunia dan juga bisa mengambang
di air. Di sebuah musium di
negara Inggris, ada tiga buah
potongan batu tersebut ( dari
Ka’Bah ) dan pihak musium juga
mengatakan bahwa bongkahan
batu-batu tersebut bukan berasal
dari sistem tatasurya kita.
Dalam salah satu sabdanya,
Rasulullah Shalallahu 'alaihi
wassalam bersabda :
Hajar Aswad itu diturunkan dari
surga, warnanya lebih putih
daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang
menjadikannya hitam.
Subhanallah,
Alhamdulillah,
Laa Illaha illallah,
Allahu Akbar
Betapa bergetar hati kita melihat
dahsyatnya gerakan thawaf haji
dan Umroh. Ini adalah jawaban
fitnah dan tuduhan jahiliyah yang
tak didasari ilmu pengetahuan ;
yaitu mengapa kaum Muslimin
shalat ke arah kiblat dan bahwa
umat Islam di an
ggap menyembah
Hajar Aswad. Hanya Allah Yang
Maha Kuasa Dan Segala-
Galanya ;;;;;;
Subhanallah ..
Kalau sedang on sebarkan ke
sesama muslim. (Berarti anda
telah membelanjakan hartamu di
jalan Allah).