Mcm tak caya jeee😡
Menurut kajian terbaru, banyak meminum air kosong boleh meninggikan tekanan darah jika dibandingkan dengan makan daging kambing.
Air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, boleh dipertikaikan.
Ujikaji telah dibuat selama 3 malam terhadap 2 orang peserta yang dipilih secara rambang.
Malam 1:
Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B diberi 2 botol air mineral 500ml.
* Reaksi keduanya Normal.
Malam ke-2:
Peserta A diberi kari kambing dan peserta B diberi 3 botol 500ml air mineral.
*Reaksi A Normal manakala B sedikit tidak selesa.
Malam terakhir :
Peserta A diberi kambing bakar dan B, 2 botol air mineral 1 liter.
• Reaksi A masih Normal manakala B beremosi.
Peserta B telah mengamuk dengan membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata "Kalau hari-hari air kosong, siapa pun boleh naik darah macam ni!!
Kesimpulan ujikaji:
Dengan hanya meminum air kosong sahaja, boleh meninggikan tekanan darah dan tidak dapat dikawal jika dibandingkn dengan memakan daging kambing...
moral; jangan la makan daging kambing seorang diri..😂
Jangan marahh aaa... Yang Gigih baca sampai habis😜🤣