Showing posts with label Jenaka Hari Ini. Show all posts
Showing posts with label Jenaka Hari Ini. Show all posts

Monday, October 16, 2017

BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING

Mcm tak caya jeee😡

Menurut kajian terbaru, banyak meminum air kosong boleh meninggikan tekanan darah jika dibandingkan dengan makan daging kambing.

Air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, boleh dipertikaikan.

Ujikaji telah dibuat selama 3 malam terhadap 2 orang peserta yang dipilih secara rambang.

Malam 1:
Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B diberi 2 botol air mineral 500ml.
* Reaksi keduanya Normal.

Malam ke-2:
Peserta A diberi kari kambing dan peserta B diberi 3 botol 500ml air mineral.
*Reaksi A Normal manakala B sedikit tidak selesa.

Malam terakhir :
Peserta A diberi kambing bakar dan B, 2 botol air mineral 1 liter.
• Reaksi A masih Normal manakala B beremosi.

Peserta B telah mengamuk dengan membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata "Kalau hari-hari air kosong, siapa pun boleh naik darah macam ni!!

Kesimpulan ujikaji:

Dengan hanya meminum air kosong sahaja, boleh meninggikan tekanan darah dan tidak dapat dikawal jika dibandingkn dengan memakan daging kambing...

moral; jangan la makan daging kambing seorang diri..😂

Jangan marahh aaa... Yang Gigih baca sampai habis😜🤣

Friday, April 7, 2017

Silalah bagi pandangan yer..

Hakak nak mohon pandangan Uols ya...hakak ada kawan yang dah kahwin.

Dua-dua bekerja. Suaminya kerja kilang,
Tapi selalu balik lewat. Alasannya OT. Kadang-kadang yang peliknya kena travelling 2-3 hari. Baru-baru ini Raya Haji pun kena kerja. Takkan tak ada cuti kan.

Bila di rumah asyik main handphone. Sebelum ini tak ada password. Sekarang password bagai. Bila minta tak nak bagi. Bila telefon berdering. Dia pergi jauh untuk angkat telefon tu.

Satu hari tu kawan hakak ni plan nak intai suami dia dekat tempt kerja. Dia pinjam motor kawan supaya tak nmpak sangat kelibat dia. Masalahnya motor kawan dia tu dah la uzur. Selalu semput-semput.

Nak dijadikan cerita, dalam dia tunggu-tunggu tu, datang sebuah kereta Exora. Dalam tu nampak seorang perempuan. Tiba-tiba keluar kelibat suami dia dari kilang tu terus masuk dalam kereta tu. Kawan sy ni buat-buat la berlakon supaya suami dia tak nampak.

Bila Exora tu dah gerak, terus kawan sy ni start motor dan kejar kereta tu. Tersenggut-senggut moto tu. Tiba-tiba nak dijadikan cerita, enjin motor tu mati pulak. Terus tak pasal-pasal ketinggalan jauh dari Exora tu.

Jadi kt sini sy nak tanya Uols, apa yang perlu dibuat ya Uols? Plug yang rosak atau karburator? Sebab bila start-start tak boleh pulak. Dah try buka plug tengok okay je. Minyak pun penuh lagi. Roadtax insurans semua hidup lagi. Kenapa ya Uols?

Siapa ada kenal pomen motor ya?

Boleh PM hakak tak kot kedai pomen mana ada yg murah ..  😂

Sape baca sampai habis? Kita geng 😊

#JanganKecamHakak 😜😜😜
#akkponterkena😝😝😝😝

Thursday, December 22, 2016

HATI-HATI NAIK  UBER DI KUALA LUMPUR !!!

Kejadian ini terjadi hari Khamis mlm Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina.

Sebab ada pekerjaan yg harus diselesaikan, mlm tu Lina bekerja sampai larut mlm di office di depan Masjid India...

Kira-kira jam 11 mlm, Lina memesan uber utk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.

“Stadium Merdeka ya bang?” ujar Lina

Pemandu uber itu hanya menggangguk & langsung menjalankan uber

Selama perjalanan tdk terjadi percakapan antara Lina & pemandu uber

Mungkin Lina merasa letih karena bekerja sampai larut mlm

Pemandu uber juga tdk berniat utk berkomunikasi.

Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba2 Lina ingat kalau ia tdk bawa cukup duit buat bayar tambang

Di dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja & Lina cemas takut x cukup

Lina lalu menepuk belakang pemandu uber dgn maksud berhenti dulu di kawasan Ampangan  utk mengeluarkan duit di ATM

Tapi setelah blkg nya di tepuk tiba2 pemandu uber itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria...

Sampai akhirnya uber itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..

Untung Lina & pemandu uber tdk mengalami luka parah.

Pemandu uber itu kemudian menoleh & bercakap dgn Lina :

“Maaf saudari... saudari  x apa-apa kan? Saudari tepuk blkg sy td... terkejut sy setengah mati !!”

“Laaa, tepuk blkg bahu pun x blh?!” jwb Lina heran

“masalahnya ini hari pertama sy jadi pemandu uber.”

“Sebelum ni kerja apa Cikkk ?” tanya Lina turut terkejut.

"Sy kerja 20 tahun  jadi pemandu Van jenazah” jawabnya...

"Tu la terkejut sgt sy tu...

PSIKOLOGI RAMBUT

Check Rambut Masing2 Jenis-jenis Rambut

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan..

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung..

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang..

9) RAMBUT KUSUT
Baru bgn tidur atau malas sikat rambut..

10) RAMBUT BERUBAN
dah tua tu...rumah kata pergi..kubur kata mari..

11) TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...
jangan marah..

Sunday, November 6, 2016

Puspakom kat hospital?????..

Perbualan sorang pomen motor dgn sorang ustaz yg bertanyakan soalan

Pomen : "Assalamualaikum ustaz "
Ustaz   : "W'salam.. ha.. awatnya"
Pomen : "Dak aih..ni nak tanya sikit pasai mayat"
Ustaz : "Ha..awatnya..sapa meninggai"
Pomen : "Kawan accident dgn backhoe"
Ustaz : Innalillahiwainna ilai hi rojiun.. muda lagi ka?
Pomen  :" Muda lagi ustaz.. baru masuk 26.. hujung tahun ni baru  nak menikah"
Ustaz : "Ishh ishhh ishhh.. hang nak tanya apa.."
Pomen  : "Macam ni ustaz.. saya kat tempat accident lagi ni.. polis mai nak bawa mayat pi puspakom"
Ustaz ;" Awatnya.. dia naik moto takdak roadtax ka yg nak kena bawa moto pi puspakom"
Pomen: "Bukan motor ustaz oii.. mayat dia la... polis kata pasai dia muda lagi.. boleh ka ustaz?"
Ustaz :  Ishh.. tak tau nak habaq la pulak kot prosedur baru..!
Pomen : Tu yang pening la ni....saya dok bertengkaq dgn polis ni.. depa nak bawa pi puspakom jugak.!!!!.....
Ustaz :" Puspakom mana yang buka lagi pukui 11 malam niii!
Pomen : Puspakom kat hospital laaa!!!!
Ustaz : "Bila masa puspakom buka kat hospital"
Pomen  : "Laaa.. ustaz oii.. memang depa buat puspakom kat hospital.. abih depa belah perut  tengok kantung hati limpa belah kepala la mcm2 lagi aihh.. depa buat kat mayat..sian kat mayat"
Ustaz  : oiii TELOQ MASIN oiii hat tu bukan puspakom.. hat tu postmortem.....
                             #&%$## "Sepat benua.. keladi angin.. pucuk kaduk..koq jamban punya budak.. lain kali jangan dok kalut pomen moto saja, pomen otak hang sama......😆😆😆

Wednesday, October 26, 2016

Jadilah Lawyer

Seorang lawyer, pulang kerumah selepas membuat hubungan sex didalam kereta bersama pasangan gelapnya. Tetapi pasangannya telah tertinggal bra dan seluar dalamnya didalam kereta.

Isteri Lawyer telah menjumpai bra dan seluar dalam sambil mengoyak ngoyakan dia menjerit.. "Jantan sial, tak guna..!! apa yang kau dah buat dgn perempuan lain dalam kereta ni.!!"?

Sambil menjengkilkan mata, Lawyer pun berteriak, "perempuan bodoh..!!!"Awak baru sahaja memusnahkan satu2nya barang kes yang menjadi bukti didalam kes rogol berfrofil tinggi yang sedang saya wakili. Klu saya menang kes ni, bayarannya sgt lumayan. "Sekarang awak boleh lupakan tentang rantai berlian yang awak minta saya belikan..."

Isteri terduduk sambil menangis sambil cuba utk menjahit semula bra dan seluar dalam yang koyak rabak. Lawyer pun berlalu sambil tersenyum lebar....

Moral:
Jadilah  LAWYER...😆😝😜

Monday, October 24, 2016

KELAS BAHASA ARAB

KELAS BAHASA ARAB

دخل الولد الحمام وبدأ يغني ^طلع البدر علينا من ثنيات الوداع^

Seorang anak masuk ke dalam bilik air sambil menyanyi: "Tola'al badru 'alayna, min tsaniyyatil wadaa'.." 🛀🏻🎶

فدخل عليه أبوه ضربا! فبكى.

Lalu ayahnya masuk dan memukulnya sehingga anak itu menangis! 😭

سألته الأم لماذا ضربت الولد؟؟

Sang ibu kehairanan lalu bertanya: "Kenapa engkau pukul anak ini?" 🤔

قال سمعته يقرأ القرآن وهو في الحمام

Sang ayah menjawab: "Aku mendengar dia membaca al-Quran di dalam bilik air.." 😡

قالت إنه ليس من القرآن إنما هي نشيد ديني

Si ibu menjawab: Ia bukan al-Quran, itu cuma nasyid. 😌

جلس الأب يبكي! !!

Sang ayah tiba-tiba terduduk dan menangis! 😭

سألته لماذا تبكي؟؟؟

Si ibu bertanya: Kenapa pula engkau tiba-tiba menangis? 😯

قال ثلاثين سنة وأنا أقرأها في الصلاة!!!!

Si ayah menjawab: 30 tahun aku dok baca ayat tu dalam solat! 😰😩

WASPADA DIKALA REUNION

Buat yg akan mengadakan acara
reunion biasanya ada yang janji untuk datang sekali pergi ke majlis itu.
Diharap jangan sampai terjadi seperti pengalaman yang dialami teman di salah satu sekolah dibawah ini yaa...!?

Ceritanya Reunion sekolah Sekolah tahun 72 - 74 setelah 42 tahun terpisah cuma dapat berbicara dalam talipon saja. Yahya mau berangkat ke reunion bersama2 teman Sekolah seangkatannya dan janji nak bersama empat teman2 perempuan semasa sekolah dulu via telepon dan wssap.

Yahya: "..Nanti pergi sama ya, korang semua berempat tunggu aku jemput didepan kedai Roti maniam yang masih ada sampai sekarang..."

Masa hari majlis Yahya menjemput keempat teman2 perempuan semasa sekolahnya itu.

Sekali dia pusing kedai roti tak ada. Dua kali pusing pun tak ada, dimana mereka. Kali ketiga pusing tetap juga tidak ketemu... Yahya mulai kesal. lalu call ke salah satu teman perempuan tu..

Yahya: "...Hai, korang dimana? Aku dah pusing sampai 3 kali, tapi tak jumpa  korang bertiga.."

Jawab teman perempuan: "...Aku sudah di depan kedai Roti Maniam dari tadi. Kamu dimana...?

Yahya: "Laa.....aku  kesitu tadi. Disitu yg ada cuma 3 orang nenek2 bertudung satu orang yg rambut putihnya agak lebat...!"

"Ya itu kami le oi...!!" jawab si perempuan. ...kamu ingat kita masih Sekolah dulu ke.. tadi kami juga lihat ada orang tua botak kehulu kehilir; jadi..itu kamu ya Yahya...?"

SEMUA ORANG PASTI MATI.....

Di area perkuburan, Seorang doktor menangis di depan sebuah pusara yg tanahnya masih merah.
Uniknya di pusara makam terletak batu nisan berbentuk  HATI yg cukup besar, serta nampak sangat jelas,walau dari jauh.

Ustadz :
"Sudah la, reda aje, jangan terus menangis..."

Doktor :
"Ustadz, bagaimana saya tidak sedih. Bagaimana kalau saya yg mati?"

Ustadz :
"Semua orang pasti mati, Dok !"

Doktor :
"Begini Ustadz, yg mati ini teman saya.
Kami para kumpulan Doktor Specialist sudah sepakat, siapa saja di antara kami yg mati, maka akan dibuatkan batu nisan dengan gambar sesuai dlm bidang specialist kami"

Ustadz :
"Ooo... teman doktor yg mati ini apa specialistnya?"

Doktor :
"Dia specialist HATI, makanya batu nisan dia berbentuk hati."

Ustadz :
"Lalu apa yg membuat Anda begitu khuatir?"

Doktor :
"Lahh, kalau saya mati, tak dpt dibayangkan batu nisan yg akan dibuat untuk saya..."

Ustadz :
"Memangnya doktor ni specialist dlm bidang apa ekk?"

Doktor :
"Saya Doktor specialist dlm bidang KELAMIN, Ustadz !!"

Ustadz :
"Astaghfirullah haladzim..." (Ustadz sampai melompat.... terbayang sambil tersenyum krn tak dpt menahan ketawa.)

Akhirnya ustadz itu berkata:
"Ya, sudah la. Tak ada apa-apa yg perlu di risaukan, tenang aje, nanti batu nisannya kami akan pakaikan spender...”

Нaªªнaªªнaªªнaªª
si Doktor akhirnya ketawa juga.

Semua masalah ada solusinya & tersenyum bikin kita awet muda .....

Wednesday, October 19, 2016

Pesanan buat suami

Seorang isteri yg sedang sakit tenat berpesan kepada suaminya;
Isteri   : "bang, nanti kalau Mah mati, abang cari lah pengganti Mah ye, ada juga yang boleh uruskan abang dan anak2 kita tu."
Suami  : "Yang, kenapa cakap mcm tu, jgn cakap mcm tu, semua tu ALLAH yang tentukan."
Isteri   : "Tak bang, ni wasiat dari Mah untuk abang sebab Mah sayangkan abang dan Mah x nak tgk abang bersedih."
Suami  : "Dah la, jgn cakap lagi, abang x nak fikir benda tu semua, ALLAH akan tentukan semuanya."
Isteri   : (Masih lagi berpesan) "Bagi lah semua barang2 Mah tu untuk isteri baru abang tu nanti ye, cuma 1 je yang abang jgn bagi."
Suami  : "Hmmm..."
Isteri   : "Kasut yang warna merah tu abang jgn bagi dia, sebab tu hadiah abang pada Mah dulu kan, itu lah kasut kesayangan Mah."
Suami  : "TAK PE MAH, PASAL KASUT TU, MAH JGN RISAU... SEBAB  DIA PAKAI SAIZ 5... MAH SAIZ  7."
Isteri   : (Terkejut dan terus meninggal dunia)

# Dah ada calon pengganti rupanya... 😂😂😂

Fakta tentang 'hon' kenderaan

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu di sebaliknya.

Saya bongkarkan maksud di sebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk kawan2 lebih berhati2 supaya tidak timbul pergaduhan. Please take note yer!

- 1x HON PENDEK
- Pemandu tu nak cakap “HAI”

- 2x HON PENDEK
- Pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

- 3x HON PENDEK
- Pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

- 1x HON PANJANG
- Pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.

- 2x HON PANJANG
- Pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

- 4x atau lebih HON PENDEK
- Pemandu tu cakap

“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM! TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU...😝

Thursday, September 29, 2016

Kalau haiwan ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki aku malam ni...

CICAK : isteriku tersepit pintu...menduda lagi kali ke 24..

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa sbb I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update status, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh...

NYAMUK : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN : Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KHINZIR : Aku bengang betol la...dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro!! lain kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...agak-agak laa weyy😖😖

Friday, September 2, 2016

Jangan pilih isteri yang pandai cari duit.

Dalam suatu ceramah seorang ustaz mengajar...   "Jangan pilih isteri yang pandai cari duit..."

Hal ini membuat ramai jemaah kehairannya dan timbul persoalan... 

Ada seorang jemaah yang bertanya :

"Ustaz , kalo isteri kita pandai cari duit kan boleh bantu suaminya..."
tanya dia. ustaz membalasnya:

"Begini penjelasannya, kalo isteri kita pandai cari duit, di manapun duit kita sembunyikan; di laci, di peti, di kereta atau di tabung, mesti dia jumpa!!"

😆😂.....bestnya jd isteri...😂😂

Wednesday, January 13, 2016

Apakah rahsianya sehingga menjadi seorang pendekar

Seorang lelaki sedang memandu keretanya🚗..tiba2 keretanya mengalami kerosakan dan berhenti berdekatan dengan sebuah dojo persilatan🏡..

Oleh kerana hari pun sudah malam🌒..dia pon pergi ke dojo tersebut dan mengetuk pintu itu..pintu pon dibuka dan seorg pendekar tua yg selaku pengetua dojo itu menyambutnya..

lelaki itu berkata: minta maaf tuan, bolehkah saya bermalam di sini kerana kereta saya rosak secara tiba2..

Sang pendekar tua itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.

Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan utk melayan lelaki itu..malah kereta itu pon dibaikinya🔧.

Setelah kekenyangan lelaki itu pon cuba melelapkan matanya😴..selang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh,

die teringin nak mengetahui bunyi apakah itu..namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan pagi..dia pon bertanya kepada pendekar tua tentang bunyi itu, tetapi pendekar tua menjawab:

saya tak boleh bgtahu awak..kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu kelihatan kecewa krn tdk dpt mengetahui tentang bunyi yg pelik itu..tetapi apapun die berterima kasih di atas layanan yg diberikn, kemudian dia pon bergerak pulang ke tempatnya..😣

Setahun selepas itu..

keretanya rosak kembali ditempat yg sama berdekatan dojo itu🏡..

Dan sekali lg sang pendekar tua itu membantunya membaiki kereta dan menyediakan tempat tidur serta makanan kpd lelaki itu🛁..

Pada malamnya..ketika hendak tidur dia terdengar bunyi yang aneh yg pernah didengarinya pd tahun yg lepas..

Keesokan pg nya lelaki itu pon bertanya kpd pendekar tua mengenai bunyi itu..tetapi dia menjawab:

saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya tetap sama..die enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorg pendekar.

Pada tahun berikutnya..ditakdirkan keretanya rosak lg ditempat yg sama, dan layanan yg sama diberikan oleh sang pendekar tua itu..

pada keseokan pg nya, seperti biasa..lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yg didengarinya malam td😯..

namun pendekar tua tetap dgn jawapannya..

Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lg lalu berkata😠:

Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pon aku xkn dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bkn seorg pendekar..

Kalaulah satu2 nya cara utk sy mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorg pendekar..macam mane caranya sy utk menjadi seorg pendekar???

Kata pendekar tua: Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorg pendekar..kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia,

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20,000 dojo persilatan di seluruh dunia..

dan kamu mesti menewaskan kesemua 200,000  pendekar handalan di seluruh dunia, baru aku akan iktiraf kau sebagai seorg pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yg berkobar2 dia pon memulakan pengembaraannya utk menjadi seorg pendekar😤..

10 tahun kemudian...

lelaki itu kembali semula ke dojo tersebut dlm keadaan tubuh bdn yg gagah perkasa dan berparut di sebelah muka nya..

dia berkata kepada sang pendekar tua itu:

aku telah menguasai ilmu dari 20,000 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200,000 org pendekar handalan di seluruh dunia..

Sang pendekar tua itu menjawab: Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorg pendekar.

Utk mengotakan janji..Sy akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu..

Pendekar tua pon membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang dojo itu.

katanya: bunyi aneh yg kamu nk tahu ade di belakang pintu itu..

Dengan hati yg berdebar2 selepas penantian selama 13 tahun..lelaki itu pon cuba membuka pintu itu..

Tetapi pintu itu berkunci..dia berasa sgt marah lalu di tanya pd pendekar tua😠:

Kelakar sungguh! Mana kuncinya???

Pendekar tua pon memberi kunci kepadanya dan dia pon membuka pintu papan itu...apa yg didapatinya di sebalik pintu papan itu🚪...

ialah Pintu yg diperbuat dari Batu..

Lelaki itu pon meminta kunci dan pendekar tua itu pon memberinya..

selepas dibukanya pintu batu itu...dia mendapati ada pintu besi disebaliknya..

Dia pon meminta kunci dari pendekar tua itu..dan selepas membuka pintu besi..apa yg dijumpai nya ialah...pintu yg diperbuat dari kaca..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yg diperbuat dari kaca,

zink,

logam,

plastik,

tembaga,

emas,

keluli,

dan timah..

Disebalik pintu timah itu die mendapati ade sebuah pintu yang diperbuat dari Batu Marmar..

Akhirnya pendekar tua berkata: Inilah kunci yg terakhir utk pintu marmar yg terakhir itu..

Selepas dibukanya pintu yg terakhir itu..dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yg didengarnya itu..

Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu😨...

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .

☝😐😶Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan...

seorg pendekar

😜

Thursday, December 3, 2015

Pak Amir dan Jin Tasik.. Apakah kesudahan cerita ini..

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.

Jin Tasik: "Kenapa dengan kau?"

Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Ya, itulah kapak aku."

Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kepadanya.

Pada hari yg lain pula. Pak Amir mencari kayu api di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir..

Jin Tasik: "Kenapa kau bersedih?"

Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama Nora Danish.

Jin Tasik: "Inikah isteri kau?"

Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku.."

Jin Tasik pun marah,

"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi lupa daratan & penipu?"

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,

"Aku bukan lupa daratan & penipu, aku cuma khuatir kalau aku kata 'tidak' pada Nora Danish... kau akan bawakan pula Erra Fazira... kalau aku katakan 'tidak', kau akan bawakan pula Emma Maembong...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Dan bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka berempat padaku... Aku yang dah tua lg miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."

Tuesday, December 1, 2015

KEMAJUAN TEKNOLOGI KEDOKTORAN YG LUAR BIASA

Seorang Nenek berumur 90 th sedang di interview oleh wartawan sebuah surat kabar.

Pers: “Apa rahasia nenek sampai boleh berumur 90 tahun?"

Nenek: “Kalau saya sakit sedikit saja langsung pergi ke Doktor”.

Pers: “Bagaimana menurut nenek
perkembangan ilmu kedoktoran kita sekarang ?”.

Nenek:  “Hebat..Luar biasa.., Doktor sekarang semakin hebat & pintar

Nenek ingat waktu umur 20 thn
Doktor suruh saya buka baju semua, diperiksa dari atas ke bawah sampai 1 jam, baru ditulis resit ubat.

Waktu umur 40 th, Doktor suruh saya buka baju atasnya saja, diperiksa 15 minit, lalu diberi ubat…

Waktu umur 60 th, Doktor suruh saya buka kancing baju saja, masukkan stetoskop 5 minit selesai, lalu diberi ubat…

Waktu umur 80 th, Doktor suruh saya hanya buka mulut, lihat pakai lampu suluh 2 minit sudah selesai, lalu diberi ubat..

Sekarang saya umur 90 th, belum lagi duduk, Doktor sudah tulis resit ubat untuk saya, sambil berteriak
”Pesakit seterusnya.. ....."
😅😅😅😅😅😅-

Friday, November 13, 2015

KISAH SEORANG DOKTOR YANG MENYENTUH HATI...

Seorang doktor yang bernama Alberto Liutinié. Beliau merupakan seorang doktor pakar dalam bidang kardiologi.

Pada 7 Mei 2010, beliau memasuki sebuah bilik bedah untuk menjalani pembedahan jantung.

Beliau meminta seorang pembantu beliau membedah tubuh tersebut setelah semua prosedur keselamatan diaambil.
Sambil beliau memerhati pesakit itu dibedah. Beliau terasa keinginan untuk menyentuh hati pesakit itu. Lalu dia pun menyentuh.

Kemudian dia menyentuh lagi. Dan menyentuh lagi.

Inilah kisah seorang doktor yang menyentuh hati

Thursday, November 12, 2015

Sadis tul.. Anak ini asyik kena belasah jer.. Sekarang dia nak tinggal dengan.....

Baca kisah sedih yg dikongsi dlm laman fb baru2 ni..

Ada 2 org ibubapa di KL berebut2 hak penjagaan kanak2..
Lalu Hakim bertanya kpd kanak2 tersebut..
"Adakah kamu ingin tinggal dgn Ayah?
Lalu kanak2 itu menggelengkn kpala dan menjawab..
"tidak mahu krn Ayah selalu membelasah sy"

Lalu Hakim bertanya lg..
"Ingin tinggal dgn ibu kamu? Sambil menangis kanak2 itu menjawab..
" sy tdk mahu ibu krn dia jg selalu membelasah sy"

Hakim sudah mula pening Lalu bertanya lg..
"Habis itu dgn siapa kamu mahu tinggal?
Lalu dgn pantas dia menjawab..
"Sy ingin tinggal dgn pasukan bolasepak Malaysia.."
Semua yg berada dlm dewan mahkamah berasa hairan..
Tuan Hakim bertanya lg..
" knapa kamu mahu tinggal dgn pasukan bolasepak Malaysia?
Kanak2 malang itu seraya menjawab..
"Sebab pasukan bolasepak Malaysia tak pernah belasah sesiapa pun.. 😆😆😂😂

Thursday, October 29, 2015

Alasan seorang isteri menyebabkan hakim membenarkan suaminya kahwin lain.. Hmm apa alasannya ?

Isteri: Suami saya nak nikah lagi tetapi saya berjaya menghalangnya!

Saya: Apa yang puan lakukan untuk menghalangnya?

Isteri: Oh! Saya senarai 10 sebab kenapa dia tidak layak nikah lagi. Duit tak cukup, masa tiada, tak pandai jaga keluarga sekarang ini... macam-macam lagi. Terdiam dia. Esok lusa saya nak tambah lagi 10 sebab... !

Saya: Ooo, salah strategi tu puan.

Isteri: Kenapa pulak?

Saya: Apabila puan lakukan cara itu, puan sebenarnya mencabar kemampuan suami puan. Lebih tepat, puan mencabar kelelakiannya. Cabaran ini akan menyebabkan dia lebih nekad untuk nikah lagi untuk membuktikan kemampuannya.... meskipun pada asalnya tak seberapa mampu. Percayalah, lambat atau cepat dia pasti nikah lagi.

Isteri: Habis, saya nak buat apa... kenduri kesyukuran?

Saya: Bukan. Tetapi lakukan yang terbalik. Senaraikan 10 kebaikan dan kelebihannya sebagai suami dan ayah kepada puan dan anak-anak sekarang ini. Suami akan merasa dirinya diihargai (appreciated) dan sedar betapa susah untuk melakukan yang sama kepada keluarga barunya, andai dia bernikah lagi. Dia akan berfikir panjang sebelum hendak nikah lagi.

Isteri: 10 kebaikan? Huh! Satu kebaikan pun sejam saya nak fikir apa!

Saya: Jika begitu saya sokong suami puan nikah lagi. Moga dia mendapat isteri yang bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepadannya. Isteri yang nampak kebaikan lebih daripada keburukan, kelebihan lebih daripada kekurangan

Friday, October 16, 2015

To those above 50 try this

One of the tool, doctors
uses to test Dementia patients' skills... ....
Yeah.. Am able to read!!
I've  seen this with the letters out of order, but this  is the first time I've seen it with numbers. Good  example of a Brain Study: If you can read this   you have a strong mind. And better than that:  Alzheimer's is a long long, way down the road before it ever gets anywhere near you.


7H15      M3554G3
53RV35      7O PR0V3
H0W      0UR M1ND5 C4N
D0      4M4Z1NG 7H1NG5!
1MPR3551V3      7H1NG5!
1N      7H3 B3G1NN1NG
17      WA5 H4RD BU7
N0W,      0N 7H15 LIN3
Y0UR      M1ND 1S
R34D1NG      17
4U70M471C4LLY
W17H      0U7 3V3N
7H1NK1NG      4B0U7 17,
B3      PROUD! 0NLY
C3R741N      P30PL3 C4N
R3AD      7H15.
PL3453      F0RW4RD 1F
U      C4N R34D 7H15.

To my 'selected' strange-minded friends: If you can read the following paragraph, forward it on to  your friends with 'yes' in the subject line.  This is weird, but interesting!

If you can read this, you have a strange mind, too. Only 55 people out of 100  can.

I cdnuolt  blveiee  that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I  was rdanieg. The phaonmneal pweor of   the hmuan  mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it  dseno't  mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt  tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset  can  be a taotl mses and you can still raed it  whotuit a pboerlm. This is  bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey  lteter by istlef, but the word as  a wlohe.  Azanmig  huh?  Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

If  you can raed  this frowrad it.