Friday, April 7, 2017

Kisah ‘Toilet 50 sen’

Pemuda: Pakcik perlu bayar 50 sen untuk masuk ke tandas.

Orang Tua: (menitikkan air mata)

Pemuda: Eh pakcik, janganlah menangis. Kalau pakcik tiada duit, saya boleh bayarkan. Pakcik masuk sahaja.

Orang Tua: Aku menangis  bukan kerana tiada duit, malah aku ada banyak duit sehingga tandas inipun mampu aku beli.

Pemuda: Jadi, mengapa pakcik menangis?

Orang Tua:  Aku menangis kerana tempat sebusuk dan sehina inipun ada harga yang perlu dibayar untuk masuk.. apatah lagi syurga yang begitu indah ,  berapa pula bayaran yang harus ku bayar.. cukupkah amalanku untuk membayar harga sebuah syurga..

Pemuda : (menangis pula)
“ Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (At Taubah: 111)

** Bende yang busuk pon perlu dikendalikan. Kena jugak baya. Sapa nak kendali bende busuk tanpa bayaran?