Friday, April 7, 2017

BEZA PEMIKIRAN KRITIKAL DENGAN PEMIKIRAN SUKA MENGKRITIK

Mempunyai pemikiran kritikal bukan bermaksud suka mengkritik atau suka highlight perkara negatif.

Pemikiran kritikal bermaksud mampu untuk mengasingkan apa yang betul/sahih, salah/palsu, baik/hasan, lemah/da'if, neutral, separa betul/salah, tentatif, khilaf, etc. dan tahu menggunakan istilah tetapi, walau bagaimanapun, tidak semestinya, dalam konteks yg berlainan, kecuali, etc.

Bukan sahaja dia mampu menganalisis di tahap mikro dan jangka pendek tentang satu isu spesifik tapi juga mampu menganalisis di tahap makro dan jangka panjang secara menyeluruh dengan membandingkan dan membezakan dengan pelbagai isu2 yg lain.

Dan latihannya tidak cukup dengan sekadar pertandingan debat di peringkat sekolah atau berdebat di media sosial.

Nota:

1. Kadang kadang kita suka "pemikiran suka mengkritik" sebab nampak macam kita hebat, sentiasa ada jawapan dan sentiasa rasa kita betul. Padahal mungkin org malas rasa tak berbaloi nak berbalas hujah dengan kita, atau orang diam tak jawab sebab nak jaga hati kita yang cepat melatah.

2. Kadang-kadang kita lebih mudah untuk menyerang peribadi mereka yang mempunyai "pemikiran kritikal" lantaran kita rasa malu dan tergugat ego sebab hujah mereka lebih ilmiah manakala hujah kita pula lebih emosional. Kadang-kadang kita dakwa mereka serang peribadi kita padahal tidak.

Sebab itu kita melihat kadang-kadang orang yang selalu mengkritik secara peribadi mudah melenting dengan kritikan ilmiah orang lain walaupun kritikan itu ditujukan kepada kandungan idea, proses tingkahlaku dan kadang-kadang tidak ditujukan kepada mana-mana individu pun. Dia akan rasa yg kritikan-kritikan umum itu ditujukan kepada dia secara peribadi.