Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…
Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya.
Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya.
Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan kamu hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.
Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka janganlah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya.
Biarkan ia dengan perasaan yang aman.
Kamu carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok/kerongkong.
Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elakkan dari membuatnya terkejut.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara kamu dari kematian yang mengejut.
Keempat : Bila kamu terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat kamu hendak memberi makhluk lain makan.
Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan kamu rezeki dari jalan yang tak disangka.
Bila kamu berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan kamu dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.
Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana kamu tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan kamu ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.
-Tuan Guru Allahyarham Dr Haron Din..
☆