Tuesday, August 23, 2016

Wahai manusia-manusia: Bagitahuku apakah kepunyaanmu

Lahirmu : dilahirkan oleh org lain.
Namamu: dinamakan oleh org lain.
Pelajaranmu : diajar oleh org lain.
Pendapatanmu : diberikan oleh org lain.
Hormat : diberi oleh org lain.
Mandian pertama dan terakhir : dimandikan oleh org lain.
Selepas mati:  segala harta dan hakmu diambil org lain.
Pengkebumianmu :  dibuat oleh org lain.

Terasa amat hairan kerana masih ada ego mu.

Wednesday, August 10, 2016

50 Sen Sebiji.. MAHALNYA...

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?"  tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.

"Saya mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

Tuesday, July 26, 2016

KITA TAK NAMPAK ALLAH

Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH.

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH.

Sunday, July 24, 2016

7 Kata Mutiara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Di sini merupakan antara 7 kata mutiara yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tok Guru :

1 . " Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah "

2 . " Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas "

3 . " Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil "

4 . " Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen "

5 . " Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka "

6 . " Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar "

7 . " Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup "

7 Kata Mutiara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .

Copy And Paste
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )

Wednesday, July 20, 2016

RAHSIA AL-FATIHAH


1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

Saturday, June 18, 2016

Kelebihan Solat Berjemaah & Berbuka Di Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ لَاسْتَهَمُوا عَلَيْهِمَا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya manusia mengetahui pahala mendatangi azan dan pahala pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkan keduanya, dan sekiranya mereka mengetahui pahala orang yang bersegera mendatangi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk lebih awal, dan sekiranya mereka mengetahui pahala solat isya` dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak." (HR Ahmad No: 7412)

Pengajaran:

Allah memberikan kelebihan yang banyak kepada mereka yang bersegera untuk melaksanakan solat berjemaah di masjid. Antara yang akan menjadi keutamaan dan galakkan:

1.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala menyahut seruan azan (dgn segera ke masjid) dan pahala berada pada sof pertama, nescaya mereka akan mengundi untuk dapat merebut keduanya

2.  Sekiranya seseorang itu  mengetahui pahala orang yang bersegera menuju ke masjid untuk melaksanakan solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk datang lebih awal

3.  Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala solat isyak dan solat subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak

JOM rebut pahala

۞Luaskan Sayap Dakwahmu
KENAPA BERBUKA DI MASJID

Saya nak share satu kisah.
Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan
ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini :
" Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya"
Beliau jawab :
"InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka"
Saya kehairanan lalu bertanya kenapa.
Beliau menjawab : " Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam ... tengok2 dah azan..RUGI..! "
" Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah makbul".
" RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan msa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa "
Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan....
" Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib .. "
"Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun... Allahu akbar...."  kata beliau lagi....
"Buatlah ... inshaaALLAH lain you rasa...dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai... inshaaALLAH " Akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan hj jutawan tersebut.
Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.
Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka, atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan.Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga "mengejar" bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.
Saya terbanding diri saya dengan beliau.

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah,
air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah.
Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE !

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga.

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Terima kasih tuan hj jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan.Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan....

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna.

Wednesday, March 23, 2016

Tanda-Tanda DIA Sudah Menjadi Orang Dunia:

1. DIA tidak segera bersiap-siap apabila waktu solat hampir tiba.

2. DIA melalui hari ini tanpa sedikitpun membuka lembaran Al Qur’an lantaran terlalu sibuk dengan usaha dunia.

3. DIA sangat memberi perhatian dengan kata-kata orang lain tentang dirinya.

4. DIA selalu berfikir setiap waktu, bagaimanakah cara agar hartanya akan semakin bertambah.

5. DIA akan marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang ia lakukan itu adalah makruh atau sia-sia.

6. DIA terus menerus menunda taubatnya untuk berbuat baik. "Aku akan mengerjakannya besok, nanti, dan seterusnya."

7. DIA selalu mengikuti perkembangan gadget terbaru dan selalu berusaha untuk memilikinya.

8. DIA sangat tertarik dengan kehidupan para artis dan selebriti sehingga menjadi idola hidupnya.

9. DIA sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya yang selalu lalai dan leka.

10. DIA ingin selalu menjadi pusat perhatian orang ramai (giler glamer).

11. DIA selalu bersaing dengan musta’an
in untuk meraih cita-cita duniawinya.

12. DIA selalu merasa haus akan kekuasaan dan kesenangan dalam kehidupannya, dan perasaan itu tidak dapat ia bendung.

13. DIA mudah merasa tertekan apabila ia gagal meraih sesuatu.

14. DIA tidak langsung rasa bersalah apabila melakukan dosa-dosa kecil, sebaliknya pula, dia berbangga.

15. DIA tidak mampu untuk segera berhenti daripada berbuat yang haram, dan selalu menunda untuk bertaubat kepada Allah.

16. DIA seperti tidak mahu berbuat sesuatu yang diredhai Allah, walaupun perbuatannya itu boleh menyebabkan orang lain sakit hati dan kecewa.

17. DIA terlalu memberi perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin ia miliki.

18. DIA merancangkan kehidupannya hingga jauh ke hadapan.

19. DIA menjadikan aktiviti belajar agama sebagai mengisi waktu lapangnya sahaja, kerana terlalu sibuk dengan kerjaya dunia.

20. MEMILIKI kawan dan rakan yang kebanyakannya tidak dapat mengingatkan nya kepada Allah.

21. DIA menilai seseorang manusia itu hanyalah semata-mata berdasarkan status sosial mereka di dunia.

22. DIA melalui hari ini tanpa sedikitpun tersedik dibenak fikiran dan hatinya memikirkan tentang kematiannya yang sudah pasti akan tiba.

23. MENGHABISKAN banyak waktunya dengan sia-sia, melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

24. DIA merasa sangat malas dan amat berat untuk mengerjakan sesuatu ibadah kerana Allah. Kalau ada imbuhan dunia, dia laju pasti bersegera.

25. TIDAK upaya mengubah gaya hidup moden, yang suka berhibur dan berpoya- poyo, walaupun ia tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

26. DIA merasa gembira dan senang hati apabila berkunjung ke negara-negara orang kafir.

27. DIA telah diberi nasihat tentang bahayanya memakan harta riba, akan tetapi ia tetap beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar dapat tetap bertahan di tengah-tengah kesulitan ekonomi ini.

28. MENGINGINKAN agar dapat menikmati kehidupan dunia ini dengan sepuas-puasnya.

29. DIA terlampau memberi perhatian dengan penampilan fizikalnya.

30. DIA meyakini bahawa hari kiamat itu masih lambat lagi datangnya.

31. APABILA melihat orang lain meraih sesuatu nikmat dan ia selalu berfikir agar ia dapat meraih nikmat yang sama.

32. DIA ikut sama menguburkan orang yang telah meninggal dunia, tetapi dia sama sekali tidak mengambil pengajaran sedikit pun dari kematian itu.

33. MENGINGINKAN agar semua yang ia harapkan di dunia ini akan terkabul dengan cepat.

34. MELAKSANAKAN solat dengan cepat dan tergesa-gesa agar ia dapat dengan segera, menyambung semula pekerjaan dunia.

35. TIDAK pernah pula berfikir bahawa hari ini boleh jadi adalah hari terakhir ia hidup di dunia.

36. MERASA seakan mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang dimiliki, bukan pula merasa tenang dengan mengingati Allah.

37. BERDOA agar dapat masuk syurga namun tidak sepenuh hati tetapi lain pula halnya, iaitu bersungguh-sungguh ketika meminta kenikmatan dunia.