Mutiara Hadis Nabi S.A.W
Adab minum air
Hadis dan huraian
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Daripada Anas RA, “Bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum”. (Sekali meneguk sekali bernafas di luar bekas minuman).
Rasulullah SAW merupakan orang yang paling baik akhlaknya dan mulia budi pekertinya.
Adalah sunat mengikut cara Rasulullah SAW ketika minum iaitu sekali meneguk air sekali bernafas di luar bekas.